Maklumat diri M. Mahendran; seperti yang dikemukakan sendiri oleh beliau melalui e-mel pada 7 November 2001.

 

Saya berasal dari Bentong, Pahang. Bersekolah di S.R.K. Sulaiman, S.M.R.J.K. Ketari dan S.M. Sulaiman, Bentong dan Akademi Sementan, Temerloh, Pahang.

Mula meminati kesusasteraan Bahasa Malaysia semasa di tingkatan empat. Mula menulis tetapi dalam Bahasa Tamil di ruangan-ruangan “Daripada Pembaca” di akhbar mingguan Tamil sejak tahun 1984. Menulis cerpen Tamil sejak 1987 menggunakan nama “M. Prabhu, Bentong”.

Mula menulis cerpen Bahasa Malaysia pada tahun 1987. Memenangi hadiah saguhati dalam pertandingan menulis cerpen untuk kaum Bukan Melayu anjuran DBP—Maybank  pada tahun 1988 dan 1991 melalui cerpen “Karupaya” dan “Sementara ke Neraka”. Cerpen-cerpen ini termuat di dalam antologi Menara dan Menara 4.

Dua buah cerpen yang bertajuk “Prinsip” dan “Dua Alam” termuat di dalam antologi Tanpa Mengira Warna. Cerpen-cerpen lain pernah tersiar di Mingguan Watan,  Dewan Siswa dan Tunas Cipta (asalnya Gen).

Saya lebih banyak menulis cerpen-cerpen Bahasa Tamil berbanding karya Bahasa Malaysia.

Penulis Malaysia yang amat diminati ialah A.Samad Said, A.Samad Ismail dan Azizi Hj Abdullah; manakala penulis India yang diminati ialah Mu. Varatharaasan dan S. Jayakanthan.

Alamat e-mel: jm_john@hotmail.com