Vijayaletchumy Vellasamy adalah anak jati Kampung Sungai Sedu, Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya. Beliau berminat menulis karya kreatif Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris. Cerpen Bahasa Tamil termuat dalam antologi Akar Hati Muda (1997) manakala cerpen Bahasa Malaysia dalam Vanakam. Beliau merupakan Penolong Setiausaha Kavyan 2003.