Ulasan
Buku
Proses
Penciptaan: Menulis Untuk Remaja
Kelahiran
sebuah buku seperti Proses Penciptaan:
Menulis Untuk Remaja (DBP:
1991) adalah sesuatu yang memang telah dinantikan, terutama oleh golongan
penulis muda yang berminat dan berbakat dalam bidang penulisan sastera remaja.
Khalayak
pembaca biasanya kurang sedar bahawa hasil karya sastera tidak dapat dipisahkan
daripada pengarangnya. Hal ini dapat dikaji melalul teori ekspresif.
Biasanya
pembaca mahupun pengkaji sastera tidak memikirkan tentang proses kreatif dan
proses penciptaan sesebuah karya. Kita jarang memikirkan apakah yang
menggerakkan seorang penulis meng-hasilkan sesebuah karya. Tambahan pula apabila
ia karya untuk remaja.
Bagaimana
bahan diperoleh dan digarap dalam karya, berapa lama proses penciptaan
berlangsung serta pelbagai pengalaman penciptaan diceritakan secara ikhlas oleh
20 penulis sastera remaja dalam buku ini yang pertama dalam jenisnya.
Mereka
adalah Abdul Ahmad, Aminhad, Aripin Said, Azmah Nordin, Ghazali Ngah Azia, H.M.
Tuah Iskandar, Iskandar Dzul Karnain H.M., Jalil A. Rahman, Jamilah Morshidi,
Khairuddin Ayip,Mohd Ismail Sarbini, Mohd Tajuddin, Muhd Mansur Abdullah, Nazel
Hashim, Qthman Puteh, Othman Rasul, Rejab F.I., Talib Samat dan Zailiani Taslim.
Abdul
Ahmad misalnya, menceritakan bagaimana beliau yang kaki bangku berjaya
menghasilkan novel Bintang Harapan.
Kemudian diceritakan secara terperinci proses luar biasa pra menulis novel Terima
Kasih Nudra Syafini.
Aripin
Said pula membawa kepada pengalaman mendengar cerita nenek di zaman kanak-kanak.
Segala pengalaman nostalgik seperti itulab yang akhirnya mendesak Aripin dan
Rejab F.I. menulis cerita rakyat.
Penulis
wanita dan Sabah, Azmah Nordin menceritakan tentang sikapnya yang suka
mengkritik, memotong dan mengedit manuskripnya empat lima kali. Segala mi
dilakukan demi untuk menghidangkan karya yang terbaik kepada pembaca. Bermula
dengan penulisan rencana, beliau telah mengorak setapak demi setapak
meng-harungi pelbagai pengalaman dan cabaran.
Tiada
yang lebih indah bagi seorang penulis selain perasaan gembira yang dialami
apabila karya sulung tersiar. Sekurang-kurangnya itulah pengalaman Ghazali Ngah
Azia. Beliau menganggap penyiaran cerpen sulung dalam akhbar Utusan
Pelajar sebagai dorongan untuk menulis secara lebih gigih.
Namun,
sebagai penulis yang berfikiran matang, beliau tidak pernah kecewa jika karya
yang dikirim tidak tersiar. Mungkin esok, esok, esoknya; dan esoknya lagi, esok
seterusnya, karya kita itu akan tersiar. Demikian kata beliau.
H.M.
Tuah Iskandar memulakan penglibatan dalam bidang penulisan dengan angan-angan
menjadi penulis hanya untuk terkenal di kalangan gadis-gadis kampung beliau.
Iskandar Dzul Karnain pula menceritakan tentang proses penciptaan novel Gerakan
Tengah Malam, Tragedi Empat Disember, Perangkap Rala Laut, Catatan Dan Laut,
Ekspedisi Tanpa Rencana dan Idi.
Sebagai
anak gadis yang merasakan dirinya tersisih daripada keluarga, Jamilah Morshidi
mencurahkan perasaannya di atas helaian-helaian kertas. Dari situlah timbul
minat penulisan beliau.
Novel-novel
awal Khairuddin Ayip pula banyak mengisahkan cinta remaja. Pembaca novel-novel
beliau mungkin berfikir adakah beliau handal bercinta.
Atau
adakah beliau sebenarnya seorang pengkhayal yang mengatur impian-impian yang
tidak menjadi kenyataan itu dalam novel-novel karya beliau?
Dua
orang rakan penulis yang sentiasa sama-sama berbincang tentang proses penciptaan
sejak awal hingga kini adalah Mohd Ismail Sarbini dan Zailiani Taslim. Mohd
Tajuddin pula mendapat ilham bagi menghasilkan novel Surat
Dari Layola daripada surat-surat yang dikirim kepada isteri. Beliau juga
menghuraikan pendapat bahawa “imaginasi adalah hak penulis, tetapi fakta
adalah tanggungjawab”.
Othman Puteh, penulis sastera remaja yang mempunyai
tempat tersendiri dalam peta sastera Malaysia (juga penyelenggara buku ini)
mengamalkan disiplin diri yang membolehkan beliau menghasilkan sebuah novel
remaja dalam masa 5-10 hari sahaja. Juga diceriitakan tentang rahsia penghasilan
sekian banyak novel adventure remaja.
Di
pihak yang lain, Othman Rasul memiliki kebiasaan menulis manuskrip dengan
tulisan jawi sebelum ditaip kemas. Minat Talib Samat pada mulanya lebih kepada
bidang kerjaya polis dan tentera. Lalu apakah yang mengubah fikiran beliau?
Yang
nyata, setiap penulis memiliki sebab tersendiri untuk menulis karya remaja;
sebagaimana setiap daripada mereka memiliki pengalaman proses penciptaan yang
tersendini juga.
Segala
proses penciptaan tersebut diceritakan secara ikhlas – bermula dari peringkat
mula berangan-angan menjadi penulis. Para penulis seperti sedang bercerita
secara langsung kepada pembaca tentang pengalaman diri mereka.
Memang
pada hakikatnya selama ini masyarakat pembaca hanya berpeluang mengenali penulis
melalui karya atau melalui biodata serba ringkas yang terdapat di akhir buku.
Kelahiran
buku Proses Penciptaan: Menulis Untuk
Remaja membuka ruang kepada pembaca untuk mengenali hati budi, pahit jerih
proses penciptaan serta langkah awal 20 orang penulis yang kini sudah mencipta
nama dalam bidang penulisan karya remaja.
Buku
ini paling sesuai bagi bacaan para penulis muda yang mengharapkan bimbingan dan
curahan pengalaman penulis mapan. Malah sekiranya penulis muda memerlukan
motivasi untuk berkarya, mereka boleh membaca pengalaman mana-mana penulis dalam
buku ini. Serta-merta mereka akan terangsang untuk berkarya.
Maka,
Proses Penciptaan: Menulis Untuk Remaja
merupakan semacam ‘kitab’ bagi para penulis muda. Selain menimba ilmu
tentang penulisan, pembaca juga mempelajari secara mendalam proses penciptaan
yang pelbagai seperti yang diamalkan oleh seramai 20 orang penulis tadi.
Bagi
mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan, buku ini akan
menambahkan keyakinan dalam diri bahawa mereka juga boleh menjadi penulis yang
berjaya sekiranya mereka terus mening-katkan minat dan bakat dalam penulisan.
Selepas
membaca buku ini, para pengkritik dan pengkaji sastera remaja khasnya, serta
masyarakat pembaca amnya tidak akan lagi melihat karya dan pengkarya sebagai dua
unit berasingan.
Sebaliknya
mereka akan berupaya menghayatinya dengan penuh kesedaran bahawa karya dan
pengkarya tidak dapat dipisahkan. Tanpa pengkarya, tiadalah karya. Tanpa karya,
tiadalah pengkarya.
Bagi
para penulis muda pula, inilah peluang untuk berguru melalui buku. Inilah antara
‘kitab’ yang berupaya meningkatkan metabolisme dalam diri untuk berkarya
secara aktif.
Oleh: Uthaya Sankar SB