i.
Penempatan asrama adalah terhad.
ii.
Keutamaan diberi kepada pemohon yang tinggal jauh dari sekolah atau pemohon
yang
menghadapi kesukaran pengangkutan ke sekolah.
iii.
Pemohon diingatkan memilih sekolah yang terdekat dengan rumah.
iv.
Sengaja memilih sekolah yang jauh bukan faktor untuk mendapat penempatan
di asrama.
2. Yuran Asrama di Sekolah
Menengah Teknik Kajang.
i.
Pendaftaran ( Pelajar Tingkatan 4 )
RM 10.00
ii.
Pengangkutan ( Lelaki Islam )
RM 30.00 setahun
iii.
Makan
RM 1.00 setiap hari tinggal di asrama
Yuran pendaftaran,
pengangkutan dan makan bulan pertama hendaklah dijelaskan kepada
penyelia
asrama secara TUNAI atau WANGPOS/KIRIMAN WANG atas nama
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KAJANG semasa pendaftaran.
Yuran
makan untuk bulan-bulan berikutnya hendaklah dijelaskan kepada Penyelia
Asrama
secara
TUNAI sebelum 10 haribulan setiap bulan sebagai bayaran makan bulan sebelumnya
mengikut
nilai bilangan hari, tinggal di asrama yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
3. Keperluan asrama yang
perlu bawa oleh pemohon yang berjaya.
|
|
|
|
2 pasang | Pakaian seragam sekolah (baju putih lenganpendek, seluar panjang hijau kehitaman, kasut kanvas putih dan sarung kaki putih tanpa belang ) |
|
1 pasang | Pakaian sembahyang Jumaat ( Baju Melayu putih dan songkok hitam. Songkok lipat atau kopiah putih tidak dibenarkan ) |
|
2 helai | Baju Melayu untuk sembahyang berjemaah (sebarang warna) /telekong |
|
1 pasang | Kasut sukan, seluar track/pakaian sukan yang bersesuaian (Kemeja T berlengan panjang untuk pelajar perempuan) |
|
1 naskah | Al Quran ( pelajar muslim sahaja ) |
|
1 helai | Sejadah |
|
1 helai | Selimut |
|
2 helai | Cadar Putih |
|
2 helai | Sarung Bantal putih |
|
2 helai | Tuala Mandi |
|
2 helai | Kain Pelikat/kain batik |
|
1 pasang | Seluar Panjang dan Kemeja
( Jeans dan kemeja-T tanpa kolar atau yang bergambar tidak dibenarkan ) |
|
4 keping | Gambar ukuran pasport |
|
1 pasang | Kasut kanvas hitam ( dipakai semasa balik ke kampung atau keluar ke bandar ) |
|
1 helai/pasang | Kemeja batik/baju kurung batik ( mesti di beli dari Koperasi Sekolah sebagai uniform asrama ) |
|
mengikut kesesuaian | Keperluan diri seperti sabun mandi, baldi, ubat gigi dan lain-lain keperluan asas yang boleh dibeli dari kedai koperasi sekolah |
4. Peringatan PENTING untuk makluman penjaga
i.
Ibu bapa/penjaga diminta menandatangani Kad Balik Kampung pada setiap kali
pelajar pulang
ke rumah . Kerjasama ibu bapa/penjaga dalam perkara ini amat diperlukan
bagi memastikan
pelajar balik ke rumah masing-masing. Pastikan pelajar keluar rumah labih
awal semasa
balik ke asrama supaya dapat sampai ke asrama sebelum jam 6.00 petang.
ii. Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan blok-blok asrama
iii.
Waktu melawat :
Sabtu
: 2.00 - 6.00
petang
Ahad/cuti umum
: 9.00 - 6.00
petang
iv.
Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang ditangan sebanyak RM 20.00 sahaja.
5. Jadual Harian Asrama
Hari
Masa |
|
|
Solat Subuh berjemaah di Surau |
|
Sarapan pagi di Dewan Makan |
|
Aktiviti sekolah ( asrama dikosongkan )
Solat Jumaat
|
|
Makan tengahari |
|
Prep / Menyiapkan kerja sekolah |
|
Solat Asar berjemaah di Surau |
|
Aktiviti Ko-kurikulum / pemeriksaan bilik pelajar ( asrama dikosongkan ) |
|
Makan Malam |
|
Solat Maghrib berjemaah / bacaan /surah Yasin / Fardhu Ain / Ceramah Agama |
|
Solat Isyak berjemaah di surau |
|
Prep ( bilik dikosongkan ) |
|
Minum malan di Dewan Makan |
|
'Roll Call' Lampu dipadamkan dan tidur |
DISIPLIN DAN TATATERTIB TINGGAL DI ASRAMA.
Setiap penghuni mestilah sentiasa berkelakuan baik sama ada di dalam atau di luar asrama . Tindakan akan diambil terhadap penghuni yang terbukti melakukan perkara-perkara berikut dan boleh digantung atau dibuang asrama.
a. mengedar, menghisap atau memilik rokok.
b. berjudi dalam apa bentuk sekalipun.
c. mencuri.
d. menyimpan senjata yang merbahaya.
e. menyimpan gambar-gambar/pita video lucah.
f. mengancam, mengugut, memukul pelajar/guru/kakitangan
sekolah atau asrama.
g. makan dan minum minuman yang mamabukkan.
h. melanggar peraturan sekolah atau asrama.
i. melangagar batas-batas agama dan kesusilaan
di dalam pergaulan antara lelaki dan
perempuan.
j. melawan guru atau kakitangan sekolah/asrama.
k. tidak membayar yuran asrama pada masa yamg ditetapkan tanpa
sebarang sebab
yang munasabah.
l. keluar/balik ke kampung tanpa sebarang kebenaran
bertulis dari guru asrama.
m. balik lambat ke asrama tanpa sebab-sebab munasabah.
n. tidak memakai pakaian seragan sekolah/asrama ketika
pulang ke kampung
atau keluar ke bandar / hospital
o. "ragging" adalah diharamkan sama sekali dan pelakuan
ini boleh menjadi
sebab pelajar disingkir dari
asrama.
PAKAIAN.
a. Pakaian semasa berada di dalam kawasan asrama.
Pelajar hendaklah sentiasa
mamakai pakaian yang kemas, sopan, menutup aurat
dan tidak menjolok amta.
b. Pakaian di Dewan Makan.
Berpakaian sekolah, berbaju
melayu yang lengkap, baju kemeja-T berkolar,
baju kurung lengkap(perempuan),
seluar panjang dan berkasut/capal.
Selipar Jepun tidak dibenarkan.
c. Pakaian Sukan.
"Track Suit","track bottom", seluar panjang, kemeja-T dan kasut sukan.
d. Pakaian keluar bandar/balik kampung/hospital.
Berpakaian kemas dengan pakai seragam sekolah/asrama(baju batik).
e. Pakaian di surau.
Baju melayu lengkap dan bersongkok hitam.
f. Pakaian di bilik bacaan.
Sebarang pakaian yang
sesuai mengikut peraturan sekolah dan asrama.
KEBERSIHAN DAN KESIHATAN.
Kebersihan dan kesihatan diri hendaklah dijaga. Sebarang penyakit dan kemalanagn hendaklah dilapor segera kepada Guru Asrama. Bilik asrama dan kawasan asrama mestilah dijaga supaya sentiasa bersih dan teratur. Pemeriksaan kebersihan secara mengejut boleh dilakukan oleh Guru Asrama pada bila-bila masa.
a. sebarang makanan dari Dewan Makan tidak boleh
dibawa masuk ke dalam bilik.
b. pakaian dan alat harian seperti tuala, sarung
bantal dan cadar hendaklah sentiasa
kemas dan bersih. Selimut mesti
dilipat di bahagian hujung tilam sebelah hadapan
katil apabila tidak digunakan.
c. Pakaian tidak boleh digantung di tepi katil,
tingkap atau di merata tempat. Pakaian
yang basah dan kotor tidak
boleh di simpan dalam bilik (sidai di ampaian khas yang
disediakan). Pakaian di dalam
almari hendaklah didudun rapi.
d. Kasut hendaklah disusun dengan kemas di tempat
kasut. Tidak dibenarkan
mamakai selipar/kasut di dalam
bilik.
e. Setiap pelajar dibekalakan dengan tilam dan
bantal yang bercop HAK KERAJAAN.
Sebarang kerosakan/kehilangan
akan dituntut gantirugi. Nama pelajar, tingkatan
dan kursus hendaklah dilabelkan
di bahagian bawah tilam.
f. Pelajar tidak dibenarkan berkumpul di atas
katil, masuk ke bilik lain atau tidur
di atas katil pelajar yang lain.
g. Penghuni asrama tidak dibenarkan membawa pelajar/orang
lain masuk ke dalam
kawasan asrama.
h. Sampah-sarap hendaklah di baung ke dalam tong
sampah. Sawang hendaklah
selalu disapu.
i. Gotong-royong membersihkan kawasan asrama adalah
wajib kepada semua
penghuni asrama.
j. Pakaian tidak dibenarkan diremdam dalam sinki/kolah
membasuh pakaian.
k. Pelajar dilarang memijak sinki di dalam bilik air.
PERATURAN DI DEWAN MAKAN
a. Berbaris ktika mengambil makanan. Jangan memotong
barisan/pentingkan diri
sendiri.
b. Menghormati adab makan.
c. Membaca doa sebelum amakan.
d. Tidak membaut bising.
e. Membawa sudu, garpu, bekas air (tumbler)/cawan
sendiri. Tidak dibenarkan
meminjam hak pelajar lain.
f. Dilarang membuang sisa makanan di atas meja
makan. Buang di dalam tong yang
disediakan.
g. Tray yang telah digunakan hendaklah dihantar
ke tempat yang disediakan.
h. Pelajaqr dilarang masuk ke dalam Dewan Makan
kecuali pada waktu makan atau
minum yang dijadualkan.
i. Penghuni asrama tidak dibenarkan masuk ke dalam
kawasan dapur Dewan Makan.
PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK REHAT, SURAU DAN BILIK BACAAN.
a. Segala kelengkapan seperti meja, kerusi, kusyen
dan lain-lain mestilah sentiasa
dijaga, bersih dan teratur.
b. Dilarang membawa makanan dan minuman.
c. Surat khabar, majalah dan lain-lain bahan bacaan
hendaklah disusun rapi dan
tidak boleh dibawa keluar/dikoyak.
d. Sejadah, Kitab dan al-Quran di dalam surau
hendaklah disusun rapi selepas
digunakan.
PERTURAN BALIK KAMPUNG DAN KELUAR BANDAR.
a. Penghuni asrama hanya dibenarkan balik kampung/keluar
bandar mengikut tarikh
yang telah dijadualkan.
b. Pelajar mesti menggunakan kad keluar /masuk
asrama apabila hendak balik
kampung/keluar bandar. Kad
ini mestilah ditandatangani oleh Guru Asrama.
(Ibu bapa/penjaga perlu mamklumkan
kepada guru asrama jika anak balik kampung
tanpa kad yang ditandatangani)
c. Pelajar hanya dibenarkan balik ke kampung selepas
waktu sembahyang Jumaat
dan balik semula ke asrama
selewat-lewatnya jam 6.00 petang pada hari Ahad.
d. Pelajar mesti mengisi buku keluar masuk asrama
di pejabat asrama atau di pondok
jaga.
e. Jika ada kecemasan ibubapa/penjaga boleh mengambil
pelajar dengan mendapat
kebenaran bertulis daripada
Pengetua/Ketua Guru Asrama.
f. Jika penghuni tidak dapat balik ke asrama pada
watu yang ditetapkan,
ibubapa/penjaga perlu mamklumkan
kepaga guru asrama dengan segera.
CATATAN : SEBARANG KESALAHAN
BERAT DI SEKOLAH ADALAH JUGA KESALAHAN BERAT DI ASRAMA.