KEMUDAHAN FIZIKAL
Sekolah ini terletak di atas kawasan seluas 43 hektar, berbukit dan sedikit mendatar. Tersergam 8 buah bengkel dan 8 blok asrama ( 2 blok asrama puteri dan 6 blok asrama putera ) yang mampun menampung 800 orang pelajar dalam satu masa. Disediakan juga kediaman Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Waden, 4 buah rumah guru dan 10 buah rumah staf sokongan. Di samping itu terdapat 8 unit rumah waden.
Blok Pentadbiran berhadapan Dewan Besar terdiri daripada pejabat , bilik istirehat guru, bilik mesyuarat dan bilik guru. Di Blok ketukangan terdapat 13 bilik darjah , 2 bilik lukisan teknik, 2 makmal, bilik komputer dan bilik APD. Bangunan perpustakaan dibina bersebelahan kedai koperasi sekolah yang behampiran dengan kantin.
Pada tahun 1997 beberapa blok tambahan mula dibina antaranya satu blok yang menempatkan 4 makmal ( 2 makmal kimia dan 2 makmal fizik ). Satu blok pentadbiran baru menempatkan kedai koperasi, klinik gigi, bilik kaunseling, bilik guru dan bilik perkembangan staf. Satu blok lagi digunakan sebagai bilik lukisan dan bilik komputer. Satu blok empat tingkat menempatkan 16 bilik darjah dan sebuah bilik sejarah. Terdapat sebuah bangunan stor sukan di tepi padang berhampiran asrama.
Kemudahan sukan yang ada di sekolah ini ialah gelanggang tenis, takraw, bola jaring, bola tampar, bola keranjang dan bola sepak. Tiga buah gelanggang badminton di dalam Dewan Besar menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan guru - guru sekolah daerah Hulu Langat, malah penduduk tempatan yang menganggotai pelbagai badan/pertubuhan.
Sejak sekolah ini dibuka,
kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah ini terutamanyan Dewan Besar dan asrama
dimanafaatkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
untuk mengadakan kursus/taklimat/mesyuarat. Pihak-pihak lain seperti KPPMS, RISDA dan MBM
juga tertarik dengan kemudahan yang ada bagi menjalankan aktiviti masing-masing.
Selain itu, asrama sekolah ini telah menjadi sebagai tempat persingahan beberapa buah
sekolah dari utara dan selatan Semenanjung yang mengadakan lawatan ke Ibu Kota Kuala
Lumpur.