Aliran Kemahiran yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Teknikal ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu :
A. Aliran Latihan Kemahiran
Lepasan PMR
B. Aliran Latihan Kemahiran
Khusus Lepasan SPMV/SPM
ALIRAN LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN PMR.
1. Objektif
Memberi peluang kepada pelajar lepasan PMR yang tidak berkemampuan dalam
matapelajaran akademik, meneruskan pelajaran menjurus kepada kemahiran
dalam bidang-bidang tertentu sesuai
dengan keperluan tenaga kerja dalam negara.
2. Senarai Kursus
|
|
|
|
Juru Elektrik |
|
|
Juru Elektronik |
|
|
Amalan Bengkel Mesin |
|
|
Kimpalan Arka |
|
|
Mekanik Kenderaan Motor * |
|
|
Membuat Perabot |
|
|
Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara * |
|
|
Mekanik Jentera Pertanian |
|
|
Pembantu Penyediaan Makanan & Pramusaji |
|
|
Pembuat Pakaian Wanita |
|
|
Jurusolek |
|
3. Syarat Kelayakan Akademik
MENDAPAT PENCAPAIAN YANG RENDAH DALAM PMR DENGAN LULUS TIDAK LEBIH
DARIPADA EMPAT (4) MATAPELAJARAN ATAU LULUS LEBIH DARIPADA EMPAT
MATAPELAJARAN TETAPI MENDAPAT GRED E BAGI MATEMATIK ATAU SAINS
ATAU KEMAHIRAN HIDUP ATAU BAHASA MELAYU ATAU KESEMUA MATAPELAJARAN INI.
4. Pemilihan Calon
i. Merujuk Peruntukan nilai mata seperti di bawah
Gred Mata Pelajaran PMR Peruntukan Nilai Mata
A
14
B
11
C
8
D
5
E
2
Contoh 1 :
Contoh 2 :
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Melayu |
|
|
Bahasa Melayu |
|
|
|
Bahasa Inggeris |
|
|
Bahasa Inggeris |
|
|
|
Matematik |
|
|
Matematik |
|
|
|
Sains |
|
|
Sains |
|
|
|
Sejarah |
|
|
Sejarah |
|
|
|
Geografi |
|
|
Geografi |
|
|
|
Kemahiran Hidup |
|
|
Kemahiran Hidup |
|
|
|
Pengetahuan Islam |
|
|
Pengetahuan Islam |
|
|
|
. |
|
|
. |
|
|
ii. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang
berpencapaian lebih rendah
( contoh 2 ) dan tempat tinggal yang berhampiran dengan sekolah yang
dipohon.
5. Sijil dan Tempoh Latihan
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf
oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
( MLVK ), Kementerian Sumber Manusia.
ii. Tempoh Latihan ialah dua tahun persekolahan.
iii. Terdapat dua jenis sijil iaitu SKM Tahap 1 dan SKM
Tahap 2 yang diberikan kepada pelajar
mengikut pencapaian mereka berdasarkan ketrampilan bagi setiap tugasan
yang terkandung
dalam setiap NOSS kursus-kursus berkenaan
KURSUS KEMAHIRAN KHUSUS
1. Objektif
Memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM/SPMV mendapat latihan khusus
dalam bidang-bidang tertentu.
2. Senarai Kursus
|
|
|
|
|
|
Juru Kerja Paip ( Domestik ) |
|
Membuat Perkakas Dan Acuan | |
|
Senireka Tanda |
|
Penyenggaraan Kilang | |
|
Lukisan Senibina |
|
Lukisan Kejenteraan | |
|
Lukisan Kejuruteraan Awam |
|
Automotif Lanjutan Diesel | |
|
Pembuat Perabot Lanjutan |
|
Memesin Am Lanjutan | |
|
Kemasan Bangunan |
|
Kimpalan Lanjutan | |
|
Elektronik Industri # |
|
Amalan Faundri | |
|
Penyenggaraan Alat # |
|
Automotif Lanjutan Am * # | |
|
Menyembur Cat & Mengetuk Panel Automotif * |
|
Penyejukan Dan Penyamanan Udara Lanjutan |
3. Syarat Kelayakan
i. Pemohon hendaklah lepasan Sekolah Menengah Teknik/Vokasional
yang telah menduduki
Peperiksaan SPMV/SKM/MLVK/Sijil Profil Kemahiran dalam ketukangan-ketukangan
yang berkaitan, sama ada lulus atau gagal.
ii. Pemohon-pemohon lepasan Sekolah Menengah Akademik
dan Sekolah Menengah Teknik
juga dipertimbangkan untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran ini KECUALI
kursus-kursus
dalam bidang kejuruteraan elektrik dan kursus-kursus lanjutan ( # ).
iii. Pemohon mestilah tidak lebih dari 21 tahun pada 01 Jun tahun pengambilan.
iv. Keutamaan akan diberi kepada pemohon lepasan Sekolah
Menengah Teknik/Vokasional.
( Pemegang Sijil SPM/SPMV/Sijil Profil Kemahiran)
4. Jangkamasa Kursus dan Peperiksaan.
i. Jangkamasa kursus ialah 1 (satu) tahun. Kursus akan
bermula pada penghujung Jun atau
awal Julai.
ii. Pelajar-pelajar yang dilatih dalam kursus ini kemahiran
ini akan diberikan Sijil Kehadiran
yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal , Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Sijil Profil Kemahiran akan diberi kepada pelajar-pelajar yang berjaya
memenuhi kriteria
penilaian kursus mereka .
Penilaian kursus adalah berbentuk penilaian ketrampilan pelajar berdasarkan
penguasaan
kemahiran tertentu yang akan dinilai sepanjang masa kursus. Sijil ini dikeluarkan
oleh
sekolah yang menawarkan kursus berkenaan.