ALIRAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
1. Objektif

Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada
pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut dan
mengekalkan kecenderungan ini supaya membolehkan mereka
melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi
pengajian tinggi.

2. Matapelajaran Dalam Aliran Pendidikan Teknikal
BIL.
JURUSAN
KOD
MATAPELAJARAN ELEKTIF
MATAPELAJARAN TERAS
1. *
Kejuruteraan Jentera
51 1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Lukisan Kejuruteraan
5. Pengajian Kejuruteraan Jentera
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam
/Pengetahuan Moral
5. Sejarah
6. Pendidikan Jasmani &
Kesihatan
2. Kejuruteraan Awam 52 1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Lukisan Kejuruteraan
5. Pengajian Kejuruteraan Awam
- sda -
3. Kejuruteraan Elektrik 53 1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Lukisan Kejuruteraan
5. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
Dan Elektronik
- sda -
4. Pertanian 54 1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Biologi
5. Sains Pertanian
- sda -
5. **
Perdagangan
55 1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Prinsip Akaun
5. Perdagangan
- sda -
Catatan : * Jurusan ada ditawarkan di SM. Teknik Kajang.
** Jurusan yang berkemungkinan besar akan ditawarkan
di SM. Teknik Kajang mulai pengambilan tahun 2000.

3. Kelayakan Memohon.

i. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.
ii. Pemohon dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
a. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil PMR 1999 dan memenuhi syarat
untuk memasuki tingkatan 4 tahun 2000.

ATAU

a. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil PMR 1999 dan layak memohon
memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan.
b. Dilahirkan dalam tahun 1983 atau selepasnya.
c. Tidak tertahan di mana-mana Tingkatan atau Darjah terdahulu dari tahun
1998.
d. Bagi yang melalui Kelas Peralihan hendaklah dilahirkan pada tahun
1982 atau selepasnya.

CATATAN : Pemohon dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan hanya akan
dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan tempat.

4. Kelayakan Akademik Untuk Semua Jurusan Teknikal
Pencapaian Mata Pelajaran PMR
Syarat Utama
Syarat Lain
Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut :

a. Bahasa Melayu ............................ B
b. Matematik........ C & Sains ......... B
atau
Matematik....... B & Sains ......... C
c. Kemahiran Hidup ......................... C

Mendapat pencapaian minimum
Peringkat C dalam satu (1) dan
Peringkat D dalam dua (2) mata pelajaran lain
.
5. Peperiksaan

Peperiksaan di akhir tahun Tingkatan 5 ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelajar yang lulus cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran
di pusat pengajian tinggi dalam dan luar negeri.

6. Kesihatan Pemohon

Adalah penting bagi pemohon mempunyai kecenderungan dan minat terhadap
jurusan di pilih. Di samping itu sifat fizikal dan kesihatan juga mesti diberi
perhatian.
Perkara-perkara berikut perlu diambil kira :

i. Saiz badan tidak terlalu kecil untuk mengikuti jurusan dipilih
ii. Pelajar bagi Jurusan Kejuruteraan Elektrik, hendaklah mempunyai penglihatan
yang jelas dan tidak rabun warna.
iii. Kesihatan pemohon hendaklah baik, tidak menghidapi penyakit seperti
lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), migrine,
lelah (asthma), pekak, pitam, sawan (epilepsy), rabun dan sebagainya.
Penyakit-penyakit ini akan membahayakan pemohon semasa menjalankan
kerja amali.

7. Tempat Belajar

Tempat belajar disetiap sekolah adalah terhad. Tawaran tempat di sekolah
dan jurusan pilihan pertama adalah mengikut keutamaan pencapaian PMR.
Pemohon berkemungkinan ditawarkan tempat di sekolah atau jurusan lain
mengikut kesesuaian.




( kembali )