Panduan Menggunakan Vi
Vi "screen-oriented (visual) text editor" adalah antara
utiliti yang biasa digunakan untuk mengubah atau membina
fail-fail text dalam Unix dan Linux.
Bagi dunia Linux Vi adalah daripada Projek Vim
http://www.vim.org/
dan kebanyakan Distribusi Linux seperti Mandrake dan RedHat
akan pasangkan Vi sebagai "editor" utama.
Selain daripada Vi anda boleh gunakan pico dan emacs.
Panduan ini cuba membantu anda dalam menggunakan Vi.
Vi adalah perisian dibina untuk digunakan dalam Command
Line Interface (CLI). Pada awal pembangunan ia, GUI masih
tidak wujud lagi dalam dunia Unix dan Linux. Maka arahan
dalam Vi bergantung kepada papan kunci yang sedia ada.
Sebelum anda bermula, anda perlu ketahui bahawa Vi mempunyai
dua mod utama. Mod untuk masukkan arahan dan mod untuk
membuat penambahan dan perubahan.
Apabila anda mulakan Vi, anda akan bermula dengan mod
penerimaan arahan. Ini bermaksud Vi bersedia untuk menerima
arahan berdasarkan kunci yang anda tekan di papan kunci.
Bagi mod kedua, ia bermaksud apa jua kunci huruf dan nombor
yang anda tekan akan tertera di skrin dan ia akan dimasukkan
dalam fail anda.
Sebagai permulaan taip sahaja vi pada command prompt.
vi
Anda boleh dapatkan command prompt sama ada dengan mencari
console atau terminal (term).
apabila anda masukkan arahan vi dan tekan kunci "enter" anda
akan mendapat skrin kosong. Ini bermaksud vi dalam mod
penerimaan arahan.
Kunci utama untuk anda tukarkan mod vi adalah kunci escape
atau ESC. Bila anda ke mod penambahan untuk kembali ke mod
arahan anda hanya perlu tekan kunci ESC. Kunci ESC ini
penting.
Ada beberapa kunci yang akan membawa anda ke mod penambahan
atau perubahan.
Sebelum itu, bagaimana anda hendak keluar daripada Vi.
Jika anda hanya tekan Vi dan tidak menekan apa-apa kunci arahan
maka anda hanya perlu tekan kunci huruf : dan huruf q dan
tekan enter.
Anda akan perhatikan apabila ditekan kunci : (dua titik atas dan
bawah atau titik bertindik) ia akan membawa anda ke baris paling
bawah dan : akan berada disitu.
Anda sepatutnya mendapat prompt CLI semua setelah menekan
:q dan tekan enter.
Bagaimana pula jika anda tidak pasti?
Tekan sahaja kunci ESC dan masukkan kunci :q dan enter seperti
panduan diatas. Ingat ya kunci ESC akan membawa anda ke mod
arahan.
Kembali semula ke vi
Untuk membolehkan anda menaip, anda perlu tekan huruf-huruf
yang akan membawa anda ke mod penambahan. Dua kunci yang boleh
anda gunakan adalah a untuk "add" dan i untuk "insert"
Perhatian, arahan huruf kecil perlu dalam huruf kecil.
Maka apabila a ditekan dalam mod arahan, huruf a tidak akan
muncul, anda akan lihat perkataan Insert dibawah skrin anda.
Ini bermaksud anda boleh mula menaip.
Selepas habis menaip untuk kembali ke mod arahan, anda hanya
perlu tekan kunci ESC.
Setelah puas menaip tentu anda mahu simpan fail ini. Untuk
pengetahuan anda, apa yang anda taip masih belum lagi disimpan
dalam fail. Ia masih berada dalam "buffer" vi. Anda perlu
simpan dalam fail.
Cuba diri anda dengan menaip perenggan diatas. Setelah menaip
jangan lupa untuk tekan kunci ESC.
Selepas kunci ESC, untuk simpan fail dengan nama fail yang
anda mahukan, tekan kunci : dan huruf w diikuti dengan satu
"space bar" dan tekan kunci enter.
:w nota-vi.txt
Ini bermaksud saya ingin menyimpan apa yang saya taip dalam
fail bernama nota-vi.txt
Untuk mengubah fail ini semula anda hanya perlu taipkan
vi nota-vi.txt
Katakanlah anda mahu membuat penambahan pada baris baru
sama ada anda gunakan kunci anak panah atau anda tekan
enter pada mod arahan, pada baris akhir perenggan tekan
sahaja huruf o dan anda akan dibawa ke baris baru dan
terus ke mod penambahan.
Bagaimana pula jika anda tidak mahu simpan apa yang
telah ditambah atau diubah. Tekan sahaja kunci :
dan q dan ! (tanda seruan) dan tekan enter.
:q!
Ini akan keluarkan anda daripada vi tanpa anda simpan
perubahan yang anda tidak mahu ke dalam fail.
Katakanlah anda mahu buangkan satu huruf dan satu
ayat. Yang boleh anda lakukan adalah dalam mod arahan
anda letakkan kursor pada huruf yang mahu anda buang
dan tekan kunci huruf x. Satu huruf akan dibuang dan
anda masih lagi dalam mod arahan.
Ingat ya, jika anda tidak pasti sama ada dalam mod
arahan atau tidak, tekan sahaja kunci ESC.
Bagaimana pula bila mahu membuang satu baris.
Bawa kursor ke baris yang hendak dibuang dan tekan huruf
d dan d. Ini akan buangkan satu baris. Untuk buang lebih
daripada 1 baris, taip sahaja jumlah baris yang hendak
dibuang dan huruf d dan d.
15dd
bagaimana pula jika anda hendak batalkan hasrat anda tadi
dan "undo". Pada mod arahan taip sahaja kunci : dan huruf u
:u
Selain daripada menggunakan kunci panah, anda boleh gunakan
kunci huruf untuk menggerakkan kursor dalam mod arahan.
h adalah untuk ke kiri,
l adalah untuk ke kanan,
j adalah untuk ke atas,
dan k adalah untuk ke bawah.
Sebaik sahaja membuat perubahan anda boleh simpan perubahan
itu ke dalam fail dengan menekan kunci : dan huruf w
:w
Anda boleh teruskan kerja anda selepas itu. Anda juga
boleh terus keluar dan simpan fail anda dengan menekan kunci
: dan huruf x
:x
anda akan terus keluar ke baris arahan.
Di dalam vi ada juga kemudahan "copy" dan "paste". sebagai
contoh anda mahu salin satu baris diatas dan letakkan ia dibaris
paling bawah. Bawa kursor ke baris yang anda mahu salin
dan tekan huruf y dan y. (yank yank)
yy
selepas itu bawa kursor ke baris akhir fail anda dan tekan
huruf p
p
Bagaimana pula untuk menyalin lebih daripada 1 baris?
sama seperti arahan memadam, bawa kursor ke baris paling
atas yang hendak disalin. taipkan berapa baris ke bawah
yang hendak disalin dan tekan y dan y.
15yy
bawa ke bahagian anda hendak "paste" dan tekan huruf p
p
Apa yang telah anda lakukan tadi adalah menyalin
ke "general buffer".
Anda boleh gunakan beberapa buffer untuk menyimpan
salinan yang berlainan.
Sebagai contoh anda mahu salin baris 5 dan baris 10.
tekan kunci " dan nombor, contoh disini adalah 2
"2
Bawa kursor ke baris 5 dan tekan yy
Bawa kursor ke baris 10 dan tekan " dan nombor 3
"3
Kemudian tekan yy
Bawa ke baris dimana anda mahu salin kedua-dua ini.
tekan " dan 2 dan tekan p dan untuk salin baris 5
disitu, selepas itu tekan " dan nombor 3 dan tekan
p untuk salin baris 10 pula.