KISAH LUCU LAGI MELAWAKKAN
Assalamualaikum....

Macam nie ceriternyer....
Dulu..Kik!Kik!Kik!! Sorry aku tak tahan nak gelak.....

Suatu mase dahulu, di sebuah kampung yang namenyer Kampung Tersusun (bukan nama sebenar) tinggal seorang pengembala kambau (kacukkan kambing dengan kerbau) yang boleh dikatekan tak hensem seakan-akan menyerupai mentibang laut raut wajahnyer...Name diberi ialah Saripun bin Sapan.Adalah dimaklumkan oleh laporan kaji cuaca,Saripun Bin sapan adalah berbangsa eskimo yang  dikacukkan dengan hormon Negrito belah kutub utara...
        Adapun kehidupannya tidaklah keseorangan..die ditemani oleh 18 ekor kambau dan juga kaset nasyid 3 Dimensi terbitan Pertumbuhan bangsa-bangsa bersatu yang telah dibeli olehnya di Ocean dengan harge RM 3.50 sekilo....
         Akhbar Berta Hairan memberitakan bahawa Saripun ini  telah kematian kambaunya...Seperti yang dinyatakan diatas tadi bahawa Saripun ini memiliki 18 ekor kambau...namun akhirnya...malang mendatang..17 Kambaunya mati akibat terpandang kilauan pingat emas yang dimenangi oleh kontijen lumbe kura-kura negara......
          Walaupun perasaannya sedih bercampur hiba ditambahkan dengan perisa lada sulah dan maggi tom yam siam saripun tetap tabah menjaga dan memelihara makan dan minum kambaunya itu, although kambaunye itu sudah pun nyawa-nyawa biskut sekejap ader-sekejap takder yang  best tue.....
          Hinggalah disuatu senja di musim hujan bersamaan dengan 14 april 1203 tahun masihi atau tahun ke 18 hijrah,kambaunya itu telah pun melakukan satu magik yang dibuat david cococrunch.....kambaunya telah melahirkan 36 ekor anak-anak kambau yang comel lagi  qiute dengan beberapa kelipan anak mata ......Keadaan ini telah membanggakan saripun dan mambuatkan hidungnya kembang dan kempis pada saat dan minit dan jam atau dengan maksud lainnya setiap mase......Namun kehidupannya saripun telah dijelouskan oleh penduduk kampung tersusun terutamanya Pak Ciknya yang bernama Serop bin Kalipan...kegiatannya yang ingin menghancurkan hidup Saripun tidak berjaya kerana wataknya dalam cerita ini di titikkan dengan serta-merta....

Itulah cerite yang  lawak la  jugak bagi aku..korang yang dah bace tak  tau la pulak.....
hope...enjoyed........
KE MENU UTAMA