MY FUTURE PLAN |
Assalamualaikum....... Setiap manusia di bumi Allah Ini Mempunyai matlamat tersendiri..... Bagi Umat Islam adalah menjadi satu kewajipan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.... Aku juga mempunyai matlamat hidup di dunia yang sementara ini..... Aku ingin mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti..... Perancangan masa kini insyaAllah dapat membantu dalam kehidupan kita di masa hadapan... Apa yang telah kurancangkan tidaklah sehebat mana.... Aku bercadang untuk melanjutkan pelajaranku di dalam bidang Sains Pendidikkan setelah tamat dan mendapat segulung diploma nanti.....Aku memilih bidang ini kerana ingin meneruskan cita-citaku yang ingin menjadi seorang pensyarah..... Jikalau ada rezeki, aku akan meneruskan pengajian ijazah sains pendidikan di UIAM ataupun di KUiTTHO..Semoga impianku akan terlaksana...InsyaAllah....... Mungkin setelah 5 tahun,ijazah juga telah diperolehi (insyaAllah) aku akan berusaha untuk menjadi tenaga pendidik di UiTM kerana aku ingin membantu bangsaku untuk terus maju dan disegani oleh bangsa lain... Itulah harapan dan impianku...Semoga Allah akan memakbulkannya...InsyaAllah...Amin.... Assalamualaikum...... |