SEDEKAH YANG DISEDEKAHKAN......

Pada Suatu Hari Seorang lelaki kaya sedang bersarapan bersama-sama isterinya.Mereka menikmati hidangan yang sungguh sedap iaitu ayam bakar.Seorang pengemis datang dan berdiri di pintu.Orang kaya dengan bongkaknya menemplak dan mengusir pengemis itu...
         Selang beberapa lama selepas itu,kehidupan lelaki kaya itu mula berubah.hartanya sudah mula berkurang dan kesihatannya turut terganggu ......Nikmat hidupnya makin berkurang dan akhirnya memaksa dia untuk menceraikan isterinya dan hidup dalam penuh kedaifan......
           Isteri yang  diceraikan itu berkahwin dengan seorang hartawan yang amat kaya dan tinggi kedudukannya dalam masyarakat.
           Pada suatu hari sewaktu sepasang suami isteri yang baru  berkahwin itu sedang duduk menikmati sarapan,maka datanglah seorang pengemis meminta sedekah.....Si suami menyuruh isterinya memberikan sarapan yang mereka makan kepada pengemis itu....Si isteri menurut kata suaminya dan pada ketika itu alangkah terkejutnya si isteri itu kerana pengemis itu adalah bekas suaminya.Menagnis si isteri itu  kepada suaminya..Kemudian si suami pula  memujuk dan menceritakan pada suatu ketika dahulu, bekas suamimu itu pernah mengusir seorng pengemis.....Si suami terus berkata.."Demi Allah, akulah pengemis itu"...
            Si isteri bertanya bagaimana keadaan boleh berubah...
            Maka jawab si suami.."Sebagaimana Allah mengubah keadaan bekas suamimu disebabkan kerakusan dan kebakhilannya,seperti itulah diriku......Walaupun berasal dari sedekah,aku menyedekahkan rezeki Allah itu kepada orang yang memerlukannya atau lebih miskin dariku.Selain itu aku  membahagikan kekayaan yang merupakan sedekah!"

MORAL: Ingatlah hidup kiter nie berpusing..hari  nie kite tolong orang..InsyaAllah esok pulak orang tolong kiter.....
Kisah Tauladan ini adalah dipetik dari buku...kalau korang nak tau la..