JATA atau lambang ini merupakan sebuah perisai
dengan sembilan tangkai padi yang memberi erti
percantuman sembilan buah negeri dan bintang
pecah sembilan di bawahnya yang juga merupakan
maksud yang sama.
Di atas perisai ini bersilang sebilah pedang
yang terhunus dengan sarungnya, ditengah-tengah
di antara pedang dan sarungnya ini terhunus
sebilah mata tombak yang dipanggil "Changgai Puteri".
Pedang dan Changgai Puteri itu sekarang ini
adalah menjadi cogan kebesaran peribadi Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan yang telah mula dipakai pada
tahun 1948, iaitu setelah perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan
Negeri Sembilan berjalan kuat kuasanya pada
1 hb. Februari 1948.
Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British.
Warna hitam maknanya Datuk-Datuk Undang. Warna
kuning maknanya Yang Di-Pertuan Besar. Pedang dan
sarungnya di atas perisai itu tanda keadilan.
Bendera Negeri Sembilan
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja.
Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna
rakyat, sementara bahagian tiga segi yang
berwarna hitam maksudnya Datuk-Datuk Undang
bagi Luak-Luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
Lagu Negeri Sembilan Darul Khusus
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Klik di sini untuk dengar lagu.
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.