Negeri Sembilan ialah salah sebuah negeri
yang indah permai di Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia.
Negeri Sembilan bersempadankan negeri Selangor di
sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor dan Melaka
di sebelah selatan. Keluasan Negeri Sembilan ialah 6,645
km persegi atau 664,591 hektar dan panjang pantainya 43
km. Kedudukan gunatanah di Negeri Sembilan mengikut
pengkelasan yang dipengaruhi oleh bentuk permukaan bumi
dan kegiatan ekonomi seperti pertanian, hutan simpan,
perumahan, perindustrian, perlombongan dan tanah
kerajaan. Mengenai bentuk rupabumi 25 % dikategorikan
sebagai kawasan tanah tinggi (1700 kaki dari paras laut)
dan 75 % tanah rendah. Penduduk Negeri Sembilan sehingga
tahun 1993 ialah seramai 718,366 orang dan gunatenaga
ialah 4%.
Seorang Menteri Besar dilantik oleh Paduka Seri
Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk menjadi
ketua pentadbiran, dan beliau menjadi salah seorang
daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Di Negeri Sembilan mempunyai suatu sistem yang unik. Ia mempunyai Luak
yang diketuai oleh Datuk Undang. Luak-luak ini adalah Luak Sungai
Ujong, Luak Rembau, Luak Johol, Luak Jelebu dan Luak Tampin. Luak
Tampin tidak diketuai oleh Datuk Undang, sebaliknya ia diketuai
oleh Tunku Besar. Sistem Pemerintahan Negeri Sembilan diketuai oleh
Yam Tuan Besar.
Perlantikan Yam Tuan Besar ini adalah dari persetujuan
Datuk Undang dan Tunku Besar yang mempunyai
kuasa penuh dalam melantik Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.
Negeri
Sembilan dibahagikan kepada 6 daerah pentadbiran,
yang diketuai oleh seorang Pegawai Daerah iaitu
di Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Rembau, Port
Dickson dan Tampin. .