ANWAR BERTANGGUNGJAWAB ADAKAN ISU KERACUNAN ARSENIK

Isu Datuk Seri Anwar Ibrahim keracunan arsenik sudah selesai. Laporan rasmi oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setebal tujuh muka surat tanggal 4 Oktober dan ditandatangani oleh empat pakar perubatan menjelaskan kedudukan sebenarnya. Anwar Ibrahim tidak keracunan arsenik. Apakah reaksi rakyat setelah mengetahui bahawa Anwar tidak mengalami keracunan? Majoriti rakyat menyifatkan Anwar pembohong. Untuk apa Anwar berbohong? Untuk meracuni fikiran rakyat khasnya penyokong-penyokong beliau yang sejak kebelakangan ini mula mengambil sikap mendiamkan diri dan enggan berdemonstrasi di jalan-jalan raya, supaya kembali bangun dan membuat kacau-bilau dan penentangan terhadap kerajaan.

Alangkah malangnya tindakan Anwar itu sehingga menimbulkan tuduhan yang melampau bila mana kononnya Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Politik Perdana Menetri dikatakan meracun Anwar. Dengan terbitnya laporan HUKM itu ternyatalah tuduhan tersebut satu pembohongan besar. Bayangkanlah orang yang tidak berdosa dan tidak ada kena-mengena dengan kes keracunan arsenik seperti Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Politik Perdana Menteri menerima malu dan aib akibat tuduhan cuba membunuh orang, padahal ia tidak berasas sama sekali. Bayangkanlah betapa kecewanya umat Islam di seluruh negara apabila melihat Masjid Negara dijadikan 'pentas' mencaci dan mencerca sesama umat Islam serta dicemari orang bukan Islam akibat kepercayaan Anwar keracunan arsenik. Dan cuba bayangkan jika kejadian petang minngu 19 September lalu di mana ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bertukar menjadi rusuhan besar dan membakar Kuala Lumpur.

Dipersalahkan

Siapakah  yang hendak dipersalahkan? Tidak lain tidak bukan rasanya yang perlu mengambil tanggungjawab ialah Anwar kerana angkara beliaulah terjadi huru-hara itu. Saya teringat kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar sengaja menimbulkan dakwaan keracunan arsenik dengan harapan kesnya tidak dijadikan kempen pilihanraya.

"Sebenarnya kes arsenik ini hanya untuk memnajangkan perbicaraannya sahaja kerana apabila kes sudah selesai, rakyat boleh membuat ulasan ke ats kes itu," kata Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Telahan Perdana Menteri terbukti tepat. Dengan kes keracunan arsenik ini saja Anwar berjaya mendapat 24 hari tambahan perbicaraan kesnya apabila beliau direhatkan di HUKM dalam tempoh tersebut. Selepas itu helah apa yang akan dibuatnya untuk tambahan tempoh perbicaraan?

Bagaimanapun, Tuhan itu Maha Berkuasa. Tanpa kita sedari Anwar telah 'menelanjangi' dirinya sendiri dan memperlihatkan watak sebenar seoarng bekas pemimpin yang sebenar. Konspirasi yang selama ini dimomok-momokkan oleh pihak Anwar kononnya untuk menjatuhkannya dari jawatan terbukti tidak benar. Sebaliknya beliaulah yang selama ini memimpin dan menjana konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

ASA
Kepong, Selangor