HELAH PEMBANGKANG MAKAN DIRI

Skandal pembohongan pembangkang mengenai dakwaan keracunan arsenik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula membawa padah besar pada strategi mereka. Contohnya, tulisan laman web pembangkang sepanjang minggu ini menjadi begitu celaru. Ini menggambarkan keresahan. Kenyataan pimpinan Barisan Alternatif tidak lagi terancang seperti dulu supaya berkesan dan tidak bercanggah bagu mencerminkan kesatuan hati. Ramai yang tidak sedar pembangkang selama ini menggunakan strategi politik terkini dengan bantuan pakar.

Cuba kita fikirkan bagaimana boleh tercetusnya idea keracunan arsenik? Berapa lama ia dirancang? Apakah dalang-dalang di belakang berniat menimbulkan ketegangan? Nasib baik ia ditangani dengan sempurna oleh kerajaan yang membiarkan Anwar dibawa ke kubu beliau, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan menerima sepenuhnya hasil kajian mereka dan dari makmal-makmal luar negara. Pembangkang sedar dari awal lagi episod ini pertarungan politik yang terpenting dalam kemelut politik negara. Tetapi, ternyata Anwar dan barisan pembangkang aib besar dan mengalami kekalahan teruk. Inilah yang menghantui pemikiran pembangkang.

Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang baik orangnya tetapi terperangkap dalam percaturan politik Anwar dan pembangkang, bebrapa kali menukar tema dan jalan cerita. Beliau ada menegaskan pakar HUKM profesional tetapi keputusan ujian kini cuba dipertikaikan. Pelik sungguh.

Ada beberapa perkara mustahak yang boleh disebut daripada skandal ini :

* Wan Azizah mengetahui lebih awal dakwaan arsenik ini satu pembohongan. Tetapi walaupun kakitangan HUKM mungkin bersimpati dengan Anwar, mereka tidak sanggup mengorbankan soal maruah dengan menjayakan pembohongsn ini. Akhirnya Wan Azizah terpaksa memberitahu rakyat kononnya jangan terkejut kalau hasil ujian menunjukkan Anwar tidak keracunan. HUKM cuma sanggup mmeberi keputusan ujian lebih awal pada Wan Azizah. Itu saja yang mereka sanggup buat.

* Anwar memang kelihatan kurus dibandingkan sewaktu menjdai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri. Tetapi 'Pak Skeikh' kita ini sememangnya kurus dan cengkung. Kita tentu masih ingat wajah beliau sewaktu diperkenalkan dalam satu sidang akhbar mengumumkan kemasukan beliau ke dalam UMNO pada 1982. Setelah mengalami sedikit berat badan sewaktu dalam Kabinet, beliau kembali pada tahap asal.

* Wan Azizah tiba-tiba mengungkit kisah 'mata lebam' dan melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan Anwar

* Media asing (saya baca dalam internet) enggan menjayakan tuduhan pembangkang mengenai keracunan arsenik. Laporan mereka ternyata tidak  berat sebelah. Tetapi ada wartawan asing yang agak malas. Mereka tidak bercakap dengan lebih ramai orang sebelum membuat kesimpulan besar. Jadi masih ada ayat-ayat yang pelik bunyinya dalam laporan mereka. Sebagai contoh, ada laporan mengatakan kalangan penyokong Anwar merasakan adanya konspirasi dalam usaha membuktikan kandungan arsenik dalam badan Anwar rendah. Sudah tentu ini tidak benar. Pemyokong Anwar sendiri sedar strategi buruk pembangkang. Mereka tentu tahu kajian dijalankan oleh tidak kurang 12 pakar. Makmal-makmal di Australia dan Britain turut membuat kajian. Pihak Mayo Clinic di Amerika di mana penyokong kuat Anwar, William Cohen dan Robert Rubin dan Madeline Albright ada juga beri pendapat dan pandangan. Apa gunanya mereka semua ini cuba hendak menipu.

* Pengarah HUKM telah mendedahkan taktik peguam-peguam Anwar melengah-lengahkan keputusan laporan pemeriksaan perubatan.

Ada pepatah Cina purba yang lebih kurang bunyinya begini: He who digs a pit for his brother will fall into it himself. Saya fikir pembaca tidal memerlukan terjemahan dan taksiran.

A RAZAK ISMAIL
Pulau Pinang