MASJID JADI MEDAN MENABUR KEBENCIAN

Setelah sekian lama mata kita tidal lagi diperlihatkan aksi-aksi ganas kumpulan reformasi yang sering merusuh di sekitar ibu kota dan sekian lama juga telinga kita tidak lagi diperdengarkan jerit pekik kata-kata hina nista. Kini 'tangan-tangan hitam' memutarkan kembali 'wayangnya'. Kali ini tempat suci dan 'rumah Allah' menjadi sasarannya - Masjid Negara. Amatlah malang bagi kita umat Islam menjadikan masjid-masjid senagai medan untuk menabur bibit-bibit kebencian sesama manusia apatah lagi sebagai medan pertempuran oleh mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam dan keadilan.

Masjid adalah temapt untuk umat Islam beramal ibadat, mengisi keimanan dan bermacam-macam kegiatan yang dituntut oleh agama Islam. Amat malang sekali tempat suci ini dikotori oleh kumpulan-kumpulan perusuh yang bukan sahaja merosakkan persekitaran masjid, malah lebih daripada itu segala ucapan yang penuh kebencian, kata-kata hinaan dihamburkan sewenang-wenangnya di masjid.

Apakah ini 'moral Islam' yang ingin ditunjukkan oleh umat Islam kita kepada dunia? Malang menimpa lagi umat Islam kita apabila mereka sanggup mengheret sama orang-orang bukan Islam mencemari kesucian masjid. Tidak berakalkah mereka ini? Atau bebalkah mereka daripada memikirkan kesan-kesan dan risiko yang mungkin dihadapi oleh diri mereka sendiri, agama dan negara?

Saya merasa amat kecewa dengan kata-kata Ketua Pemuda Pas Pusat, Mahfuz Omar, yang mencabar pihak Jakim (Utusan pada 21.9.99), supaya membuktikan dalil al-Quran yang melarang orang bukan Islam berpolitik di masjid. Mungkun betul tiada nas dalam al-Quran yang menyebut tentang larangan tersebut tetapi bagaimana dengan dalil al-Quran yang membenarkan bukan Islam berpolitik di masjid?

Bolehkah Mahfuz Omar buktikan? Sebagai umat Islam, kita mempunyai norma-norma, tatasusila dan budaya Islam yang perlu dijaga. Adakah masjid boleh dijadikan tempat bermain 'dam aji' atau tempat permainan kanak-kanak atau tempat melepaskan haiwan peliharaan hanya semata-mata tiada nas al-Quran yang melarangnya? Amatlah dangkal sekali pemikiran Mahfuz Omar.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimanakah agaknya nasib masjid-masjid di negara kita jika Partl Alternatif diberikan kuasa memerintah. Mungkin masjid-masjid di negara kita akan jadi tidak ubah seperti 'balai raya'. Semua aktiviti boleh dilakukan, orang ramai boleh masuk dan keluar tanpa mengira agama dan tujuan.

Semua ini boleh berlaku jika konsep 'menghalalkan cara' ini terus menjadi agenda parti-parti alternatif. Sama-samalah kita renungi dan mengambil iktibar darinya. Semoga Allah selamatkan bumi Malaysia bertuah ini.

SUARA BENAR
Besut, Terengganu