Sebagai seorang isteri, saya merasa sunnguh hairan dengan sikap Datin Seri Dr Wan Azizah yang mempertikai hasil ujian ke atas air kencing, kuku dan rambut suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini mengkritik laporan HUKM yang mendapati Anwar tidak keracunan arsenik dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat perkara ini seterusnya.
Keracunan
Bagi seorang isteri mestilah bersyukur kepada Allah kerana mendapati suaminya tidak keracunan. Tetapi dalan hal ini nampak jelas Dr Wan Azzizah begitu kecewa apabila hasil ujian yang dijalankan, baik oleh HUKM mahupun oleh makmal di luar negara, mendapati Anwar tidak keracunan.
Dengan nada kecewa, beliau memberitahu penyokongnya, "janagn terkejut jika hasil ujian dapati Anwar tidak keracunan". Sepatutnya, senbagai isteri beliau gembira dengan hasil ujian berkenaan. Kenapa? Adakah beliau mahu Anwar keracunan?
FATIMAH YAHYA
Ipoh, Perak