Edisi Bahasa Malaysia
Selasa, Mac 02, 1999
Surat Kepada Pengarang
KEPERIBADIAN YANG PALSU
From: Norlela (e-mail address protected)

Terima kasih memberi peluang kepada orang-orang macam saya menyuarakan pendapat.  Selama ni saya sangka web yang ada hanya pro-Anwar saja.

Tujuan saya menulis di sini ialah untuk menyatakan pendirian saya tentang kes Anwar. Apa yang jelas Anwar telah menunjukkan siapa dia yang sebenarnya. Sebelum ini beliau dilihat sebagai seorang yang alim, warak dan baik ( kononnya ).

Peribadi beliau yang ditunjukkan sekarang ( selepas dia dipecat ) tidak langsung mencerminkan ciri-ciri seorang muslim. Padahal beliau merupakan bekas Presiden Abim. Amat memalukan !!!!! Apabila beliau dipecat, beliau terus memberontak dan mengadakan road show untuk menegakkan benang basah. Apa yang saya tak setuju sangat, beliau meninggikan suara, memekik-mekik dan memaki hamun kerajaan. Ini bukan cara Islam....( sila rujuk pada kitab Imam Al-Ghazali ).Cara Anwar berceramah seolah-olah sudah hilang pertimbangan akal. Beliau sanggup mengheret isteri dan anak untuk sama-sama terlibat di dalam percaturan politik ini.

Sekiranya beliau benar-benar bersih, beliau tidak perlu takut kerana kebenaran akan timbul kemudian. Beliau
tentunya percaya kepada Allah yang maha berkuasa. Allah lah yang menentukan segala-galanya. Tapi beliau
bertindak sebaliknya. Beliau takut kerana salah, bukannya berani kerana benar. Beliau harus sedar, kerajaan yang memecatnya adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, bukannya melalui rampasan kuasa atau kuku-besi. Dan yang paling penting, Anwar dan para penyokongnya harus sedar akan hakikat yang sebenarnya. Yakni "tiada gerak walau sebesar zarah pun melainkan gerak Dia". Segala apa yang berlaku adalah atas keizinan Allah dan Rasul. Kerajaan hanyalah perantaraan dan cuma sebagai mahkluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. Kenapa tidak merujuk kepada Al-Quran dan Hadis ??? Para penyokong Anwar nampaknya terlalu taksub kepadanya sehingga lupa akan qada dan qadar Allah. Percayalah .... setiap apa yang berlaku ada hikmat di sebaliknya.

Dari apa yang saya lihat, Anwar tidak menyumbang apa-apa pun pada negara kita lebih-lebih lagi di waktu negara sedang dilanda kegawatan ekonomi. Apa yang telah beliau sumbangkan selama ini??? Apa hasil dari "Masyarakat Madani" yang beliau laung-laungkan ????Kenapa beliau begitu menyokong IMF yang sudah nyata alat orang Barat untuk menguasai ekonomi kita ???? Para penyokong Anwar takkan tak sedar kot ???? Anwar telah diperkudakan oleh Barat....

Semasa di dalam UMNO, beliau sering memperlecehkan PAS yang dikatanya selekeh, tidak cerdik, dan
macam-macam lagi. Hinggakan isu serban dan janggut pun ditimbulkannya. Tapi bila sudah tersingkir, beliau mula berbaik-baik dengan PAS. Inikah pemimpin yang ikhlas??? Beliau sendiri tidak pernah meyokong hukum hudud yang dibentangkan oleh PAS di Parlimen. Tapi semasa ceramah beliau di Kelantan, beliau menyatakan beliau ingin menegakkan hukum Islam. Ini menunjukkan beliau seorang yang putar belit, lidah bercabang dan MUNAFIK. Sangat sedih...tapi inilah Anwar Ibrahim... Syukur dia tidak lagi menjadi pemimpin kita...kalau tidak .....

Ada pendapat yang menyatakan ini dugaan bagi Anwar. Tapi bagi saya ini bala...Bala kerana beliau riak dan takbur.   Beliau selalu bercakap pasal Islam tapi Islam beliau hanya pada nama. Beliau sendiri tidak mengkaji apa itu Islam yang sebenarnya. Apa yang beliau praktikkan selama ini hanyalah "kulit" dan bukan "isi". Beliau hanya mempraktikkan syariat tanpa menkaji tarikat, hakikat dan makrifat. Oleh sebab itulah beliau ditimpa bala seperti ini....Beliau sepatutnya membaca buku-buku Imam Al-Ghazali dan mendalami lagi tentang Islam yang sebenarnya.   Bukan setakat berjanggut dan bertudung sahaja. Islam ini bukan mudah...banyak yang perlu dituntut dan dipelajari.

Saya nasihatkan kepada Anwar....banyakkan selawat ke atas Nabi...sesungguhnya Allah dan malaikat pun
berselawat ke atasnya. Semoga anda sedar dan kembali ke pangkal jalan. Ingatlah ...hidup ini singkat dan anda tidak punya banyak waktu lagi......
 



Disclaimer: isi kandungan artikel adalah tanggungjawab penulisnya