Guli
Guli yang dimainkan ini sebesar lebih kurang duit syiling seringgit.
Guli dimainkan dengan membalingkan guli kepada guli lawan.
Ia mesti mengenai tepat pada guli lawan tu. Permainan ini tiada had. Ikut suka berapa orang nak main
asalkan ada guli jer boleh main. Untuk bermain guli ni tak perlukan gelangang asalkan ada tanah lapang yang berpasir.
Satu lubang akan dibuat sebesar guli bagi mendapatkan lesen. Satu garisan mengikut had yang ditetapkan akan dibuat.
Cara Bermain
Pemain hendaklah memasukkan guli garipada garisan yang telah ditetapkan sehingga masuk.
Itu adalah syarat yang utama untuk mendapatkan lesen. Sekiranya tidak masuk pemain hanya boleh mendapat
hanya sekali sahaja giliran. Pemain yang telah memasukkan guli ke dalam lubang dikira telah mendapat lesen dan
boleh mendapat giliran seberapa banyak selagi pemain itu melontar gulinya
mengenai guli lawan.
Pemain yang belum mendapat lesen akan berusaha untuk mendapatkan lesen.
Walau bagaimanapun pemain yang belum mendapatkan lesen boleh melontar gulinya kepada guli
lawan tetapi hanya sekali. Ini bermaksud pemain itu memilih antara mendapatkan lesen ataupun
melontar kepada guli lawan
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia
mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu.
Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan
lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka
mengawal permainan.
Walaupun pemain yang telah mendapat lesen boleh mendapat giliran seberapa banyak, tetapi
pemain itu akan kehilangan lesen sekiranya pemain itu melontar gulinya kepada guli lawan dan mengenai guli lawan
yang lain iaitu mengenai dua guli sekali baling. Maka pemain ini kehilangan lesen dan dipanggil 'pitek'. Pemain ini
dikehendaki mencari lesen sekali lagi.
Permainan guli ini tiada hadnya sekiranya ada pemain yang sanggup bertarung. Namun begitu
permainan ini akan tamat apabila hanya ada satu pemain sahaja yang gulinya tidak pecah kerana pemain boleh
memecahkan guli lawan. Jika guli lawan itu pecah, maka terkeluarlah daripada permainan. Kena beli guli lain.
BACK
NEXT