ARTIKEL TERKINI
Kaedah Penyeragaman Takwim Islam
  Konsep Garis Tarikh Bulan Antarabangsa(ILDL),menggunakan criteria kenampakan 
  anak bulan pada gelob bumi sebagai mekanisme penentuan tarikh global.Berdasarkan 
  golb bumi,waktu matahari terbenam berubah-ubah mengikut kedudukan titik bumi 
  dari timur ke barat.Bulan selepas mengalami ijtimak,akan berpisah kea rah timur 
  matahari,menyebabkan jangkamasa bulan berada di atas ufuk selepas matahari terbenam 
  menjadi semakin lama di sebelah barat glob bumi.Fenomena pemisahan ini boleh 
  digambarkan dalam glob bumi sebagai 'kawasan bulan terbenam terdahulu daripada 
  matahari' dan 'kawasan matahari terbenam terdahulu daripada bulan'.Secara geometri,titik-titik 
  pemisahan ini bolehlah disambungkan dan menjadi satu lengkungan yang dinamakan 
  'Garis Batas Bulan Baru(GBBB)'.Syarat minimum yang memungkinkan anak bulan kelihatan 
  dipenuhi ke barat dari garis batas tersebut.Tetapi ke sebelah timurnya,bulan 
  baru belum wujud lagi.Semakin besar perbezaan longitude di antara garis batas 
  berkenaan dengan longitude tempatan pada waktu matahari terbenam,bulan baru 
  akan menjadi semakin besar.Bulan baru ini, kemudiannya disifatkan sebagai anak 
  bulan akan mula kelihatan apabila sifat-sifat fizikalnya mencapai tahap tertentu.Secara 
  saintifik,fenomena kenampakan pertama ini boleh dikesan dan ditandakan dalam 
  glob bumi.Menurut Ilyas(1978),lengkungan yang menyambungkan longitude kenampakan 
  pertama anak bulan pada latitude bumi yang berlainan ini dinamakan Garis Tarikh 
  Bulan Antarabangsa (GTBA).
Format Paparan Takwim Hijri Piawai
  Sesebuah paparan takwim dengan maklumat dan reka bentuknya mesti mampu mempamerkan 
  potensi sebagai sebuah dokumen yang berkesan dan sesuai digunakan oleh masyarakat.Buat 
  masa sekarang, tidak terdapat penyelarasan mengenai bahan paparan dan format 
  takwim bagi setiap takwim yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri.Walau 
  bagaimanapun disebabkan takwim merupakan 'keperluan guna pakai masyarakat',paparan 
  takwim hijri yang ideal perlu praktik dan objektif.Untuk tujuan tersebut sebuah 
  takwim hijri yang ideal perlu mengandungi keperluan minimum sebagaimana yang 
  perlu ada dalam paparan takwim.Untuk memperluaskan kedinamikan sesebuah takwim,terdapat 
  beberapa perkara yang amat berguna,iaitu kuantiti imkannur rukyah dan femnomena 
  falak yang yang perlu dinyatakan dalam paparan takwim.
  Dalam pada itu,kebanyakan trakwim yang diterbitkan di Malaysia didapati tidak 
  mengikut konsep hari dalam system takwim Islam.Walaupun paparan tarikh hijri 
  dilaksanakan,tetapi waktu solat dimulakan dengan waktu Subuh.Justeru itu,satu 
  usaha perlu dilakukan untuk menukar keadaan ini,supaya takwim waktu solat yang 
  diterbitkan mengikut konsep sebenar hari dalam system takwim Islam.Takwim waktu 
  solat yang menggunakan paparan tarikh hijri,hendaklah memulakan jadual waktu 
  solat dengan waktu maghrib.