:: Maklumat Akademik ::
:: Objektif ::

o Menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran ke arah negara yang berteknologi tinggi

o Membentuk generasi yang berdisiplin, berakhlak mulia, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri yang unggul

o Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif

o Menyahut seruan dan harapan kerajaan dan negara bagi menghasilkan sebanyak mungkin siswa/siswi yang berpotensi dan berkelayakan untuk pembangunan negara

o Mewujudkan dan membina kesedaran ke arah penghayatan budaya ilmu yang terancang dan sistematik

-----------------------------------------------------------------------

:: Konsep Program ::

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat Ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.

Tempoh pengajian program pra-universiti ini mengambil masa 3 semester atau (1 1/2 tahun). Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang kepada aspek akademik dan kokurikulum.

Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang tidak sahaja berilmu dan berketrampilan tetapi juga mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini akan mengikuti silabus dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus program Matrikulasi.

-----------------------------------------------------------------------

:: Bidang Pengkhususan ::
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan menawarkan dua(2) jenis bidang pengkhususan iaitu:

a) Program Matrikulasi Sains (Sains Hayat / Sains Fizikal) (Kod M001)
b) Program Matrikulasi Perakaunan (Kod M002)

Di samping bidang Pengkhususan, semua pelajar program Matrikulasi Kementerian Pendidikan
diwajibkan mengambil mata pelajaran yang meliputi kecergasan fizikal dan mental, sukan dan
permainan. khidmat masyarakat, sosial dan penampilan diri.

-----------------------------------------------------------------------

:: Subjek Matrikulasi ::

Mata pelajaran yang akan dipelajari semasa mangikuti program Matrikulasi adalah seperti berikut;

-----------------------------------------------------------------------

:: Pelajar Sains ::

Pelajar diwajibkan mengambil Matematik, Kimia dan sama ada Fizik atau Biologi. Jumlah waktu pertembungan seminggu seperti berikut :

-----------------------------------------------------------------------

:: Kimia, Fizik atau Biologi ::

Kuliah - 4 jam seminggu (150 pelajar/kuliah)
Praktikum - 2 jam seminggu (30 pelajar/praktikum)
Tutoran - 2 jam seminggu (15 pelajar/kelas tutoran)

-----------------------------------------------------------------------

:: Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi ::

Kuliah - 4 jam seminggu (150 pelajar/kuliah)
Tutoran - 2 jam seminggu (15 pelajar/kelas tutoran)

-----------------------------------------------------------------------

:: Matematik ::

Kuliah - 4 jam seminggu (150 pelajar/kuliah)
Tutoran - 2 jam seminggu (15 pelajar/kelas tutoran)

-----------------------------------------------------------------------

:: Bahasa Inggeris ::

Tutoran - 3 jam seminggu (30 pelajar/kelas tutoran)

-----------------------------------------------------------------------

:: Sains Informatik ::

Praktikum - 2 jam seminggu (30 pelajar/praktikum) Untuk satu semester sahaja

-----------------------------------------------------------------------

:: Pendidikan Islam/Moral ::

Islam/Moral [Tutoran] - 2 jam seminggu (30 pelajar/kelas tutoran) untuk satu semester sahaja

-----------------------------------------------------------------------

:: Dinamika Kemahiran ::

1 jam seminggu (150 pelajar/kuliah)

-----------------------------------------------------------------------

:: Kokurikulum ::

1 jam seminggu (30 pelajar/praktikum)

-----------------------------------------------------------------------