:: Maklumat Am ::
:. Sejarah .:
a

Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang Masjid Tanah Alor Gajah Melaka telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Seramai 61orang staf kolej telah mula bertugas mulai tarikh tersebut. Pengambilan pelajar perintis sessi 1999/2000 bermula pada 19 Julai 1999.Seramai 3,000 pelajar ditawarkan ke tiga bidang pengkhususan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan. Bilangan staf telah bertambah ke 85 orang.

Pada 1 Januari 2000, seramai 1000 orang pelajar telah dipindahkan: 500 orang ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS) dan 500 lagi ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP).

---------------------------------------------------------------------

a
:. Logo .:
a

---------------------------------------------------------------------

a
:: Bentuk Am ::
a
a
Gabungan 2 asas rekabentuk iaitu bimorfik dan geometri menunjukkan gabungan pendidikan informal dan formal, keseluruhannya juga mewakili keseimbangan antara rohani dan jasmani. Lukisan secara blok, heksagon huruf KMM menunjukkan kekukuhan dan kestabilan.

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA sebagai pusat pengajian matrikulasi dan seterusnya merupakan merupakan motto kolej iaitu KARISMA, MAJU dan MULIA.

Gabungan dua simbol dinamik menunjukkan suatu pergerakan yang berterusan dan membentuk suatu global. Ia bersesuaian dengan visi untuk mencapai pengiktirafan dunia. Lukisan simbol yang bersentuhan menunjukkan komitmen dan kerjasama antara warga kolej untuk mencapai kecemerlangan.

---------------------------------------------------------------------

a

Tulisan KMM yang mengarah kehadapan dan ke atas menunjukkan keazaman warga kolej untuk mencapai visi, misi dan objektif. Manakala huruf berbentuk geometri melambangkan perkembangan sains dan teknologi yang berterusan.

---------------------------------------------------------------------

Biru - Kesepaduan ilmu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Hijau - Melambangkan universal, kesejahteraan dan keislaman.

Kuning - Menekankan budaya ilmu dan keutuhan pendidikan yang menjadi teras visi dan misi kolej.

Putih - Melambangkan kemuliaan dan kemurnian.

---------------------------------------------------------------------

:: Motto :: - "KARISMA MAJU MULIA"

---------------------------------------------------------------------

:: Visi :: - Kualiti Pendidikan matrikulasi yang memenuhi aspirasi negara dan diiktiraf dunia.

---------------------------------------------------------------------

:: Misi :: - Mewujudkan suatu iklim pendidikan yang kondusif untuk membentuk generasi yang cemerlang dalam segala aspek bagi menghadapi cabaran alaf baru.

---------------------------------------------------------------------

:: Piagam Pelanggan ::

Kami warga Kolej Matrikulasi Melaka dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

1. memberi khidmat yang terbaik melalui pengurusan yang mesra,cekap, dinamik,efisien dan berterusan

2. memastikan setiap program dan aktiviti yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi dan kolej dirancang dan dilaksanakan, diselia dan dinilai dengan sebaik-baiknya supaya program dan aktiviti-aktiviti tersebut berkesan dan pelajar-pelajar mendapat manfaat yang maksimum

3. mengambil tindakan terhadap surat menyurat dalam tempoh yang ditetapkan

4. membekalkan maklumat asas yang tepat dan terkini mengenai kerja dengan serta merta bila diminta

5. memastikan bangunan dan kawasan kolej sentiasa terurus,bersih,ceria dan selamat

6. melengkapkan data dan rekod peribadi pelajar dalam masa sebulan selepas pendaftaran

7. menyampaikan transkrip peperiksaan setiap semester sebulan dari tarikh dari peperiksaansetelah disahkan oleh Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

8. mengambil tindakan serta merta membantu pelajar yang menghadapi masalahkesiahatan, peribadi dan gangguan emosi

9. berusaha memastikan semua pelajar menamatkan kursus dengan cemerlang dan berjaya melanjutkan pengajian ke instituisi pengajian tinggi.

---------------------------------------------------------------------
a

:: Lagu ::

Berilmu, Berkemahiran, Berteknologi,
Gigih Tempuh Cabaran,
Capai Satu Wawasan.

Disiplin, Berakhlak Mulia,
Berketerampilan,
Berfikiran Kreatif,
Kritis Dan Inovatif.

Kolej Matrikulasi Melaka,
Megah Unggul, Berbudaya,
Saling Hormati, Sopan, Berbudi Bahasa.

Kolej Matrikulasi Melaka,
Berkarisma, Maju, Mulia,
Ilmu Membentuk Generasi Cemerlang.

---------------------------------------------------------------------