KOLEKSI TERJEMAHAN
ARTIKEL GLOBAL (187)
Ketika mengkaji perihal yang mensabitkan peguam Zainur Zakaria yang dituduh menghina mahkamah, Mahkamah Persekutuan (sebagai mahkamah tertinggi) telah bertindak meragukan juga perilaku hakim Augustine Paul (termasuk berpendapat bahawa Paul bertindak laksana peguam kepada para pendakwa raya). Keputusan penghakiman bertulis yang berasingan daripada tiga orang hakim itu mencetuskan implikasi yang serius terhadap pembicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Punca utama drama ini ialah sekeping surat bertarikh 12 Oktober 1998, yang ditulis oleh peguam Manjeet Singh Dillion kepada Peguam Negara ketika itu Mohtar Abdullah, memberikan penjelasan mengenai pertemuan Manjeet dan rakan seperjuangannya Balwant Singh dengan pendakwaraya Gani Patail. Ketika itu Gani telah menggunakan hukuman mati untuk memeras-ugut anakguam Manjeet yang bernama Nalla untuk memutarbelitkan bukti untuk mengenakan Anwar. Manjeet menyerahkan surat itu dengan sendirinya kepada Peguam Negara (AG) pada 12 Oktober 1998, dan ini diikuti pula oleh satu pertemuan antara beliau dengan AG itu atas jemputan beliau. Sepanjang pertemuan itu, AG tidak pernah menyoal beliau ataupun menafikan tuduhan Manjeet terhadap Ghani. Ada satu perkara penting yang perlu disebut di sini mengenai surat tersebut yang kerap dirujukkan dalam perbincangan dan perdebatan oleh panel Mahkamah Persekutuan itu, di mana kesahihan fakta dalam surat itu telah dipertikaikan. Malahan, terdapat andaian terhadap kesahihan fakta isi surat itu amat ketara dalam proses pengadilan, seperti yang ditunjukkan oleh beberapa siri soalan dan komen Hakim Shimm mengenai perilaku Gani seperti yang terbukti oleh surat tersebut, seperti: Apabila Gani memujuk agar Nalla menuduh Anwar terbabit dengan perilaku seks bersama 5 orang wanita (3 orang sudah berkahwin dan 2 orang masih belum berkahwin). Kenapakah Gani menyebut secara khususnya 5 orang wanita? Apakah patut Gani melakukan perbuatan memujuk Nalla agar membantunya seperti yang dilakukannya itu? Tidak pula ada penjelasan kenapa Gani memikirkan bahawa usahanya mendapatkan kerjasama Nalla itu adalah sesuatu yang waras. Begitu juga halnya dengan kesahihan fakta seperti yang disebut dalam surat itu yang telah dipertikaikan oleh Mahkamah Rayuan ataupun oleh Hakim Paul di Mahkamah Tinggi (Paul hanya bertelagah dengan Zainur berkaitan Para 4 dalam surat tersebut) Apabila semua mahkamah yang disebut tadi menerima-pakai segala fakta dalam surat yang disebutkan itu, ia mengaitkan implikasi salahlaku berbentuk jenayah terhadap para pendakwaraya dan juga AG. Pembabitan AG dalam hal ini adalah amat ketara apabila dia gagal bertindak sebaik sahaja menerima tuduhan bertulis terhadap pegawai bawahannya. Untuk menunjukkan betapa seriusnya tuduhan-tuduhan itu, saya petik sebahagian para 4 surat itu di bawah ini (perkataan menggunakan huruf besar adalah penekanan saya sendiri);: “Ia berbentuk PEMERASAN dan UGUTAN
yang amat tinggi kejijikannya dan menjadi kekecewaan saya yang amat tinggi
juga betapa sebuah institusi yang pernah saya melibatkan diri selama 25
tahun yang memberikan kenangan yang indah sanggup merendahkan martabatnya
untuk MENCIPTA dan mengumpulkan barang bukti. Penggunaan ugutan hukuman
mati sebagai satu alat untuk MEMERAS UGUT BUKTI YANG TIDAK PERNAH WUJUD
(jika tidak kenapa dibuat tuntutan?), adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan
dan sudah tentu bersifat satu jenayah, apalagi satu bentuk dosa, yang paling
besar.”
Perilaku yang berunsur jenayah yang ketara yang ditunjukkan oleh para pendakwa raya, apabila dirumuskan semuanya bersama kelakuan yang boleh dipertikaikan yang ditunjukkan oeh Hakim Paul di sepanjang proses penghakimannya dapat secara logiknya menyelesaikan beberapa teka-teki yang berbangkit daripada Penghakiman panel Hakim seperti berikut: - Tuduhan Manjeet terhadap Gani adalah begitu serius sehingga boleh menyulitkan kedudukan Gani seandainya ia tidak menafikannya. Kenapakah Gani tidak memfailkan affidavit untuk membela dirinya? Panel hakim-hakim itu berpendapat bahawa fakta kes tersebut menghendaki para saksi dipanggil untuk memberikan penjelasan terhadap pelbagai dokumen yang dibentangkan untuk menjawab beberapa soalan yang berbangkit. Paul bukan sahaja tidak memanggil saksi yang diperlukan malahan menegah Zainur daripada memanggil para saksinya. Kenapakah berlaku perilaku yang aneh dan luar daripada kebiasaan ini? Kenapakah Paul begitu tidak berhati perut sehingga enggan memberikan sedikit ruang penangguhan untuk membolehkan Zainur menyediakan pembelaannya? Apakah yang membuat Paul bertindak begitu tergesa-gesa sehingga membuat keputusan bahawa Zainur telah melakukan kesalahan menghina mahkamah lebih awal lagi sebelum tuduhan itu disediakan? Kenapakah Paul menghukum hanya Zainur berseorangan tanpa menghukum peguam yang lain bersamanya, sedangkan terdapat bukti betapa Affidavit yang dikaitkan kepada Permohonan untuk menolak para pendakwaraya telah disediakan oleh peguambela utama yang lain (Raja Aziz dan Haji Sulaiman)? Jawapan-jawapqn yang dikira munasabah kepada kelakuan yang bersifat aneh daripada para pendakwaraya dan juga Hakim yang mengadili kes itu adalah mendorong kepada kebenaran betapa para pendakwaraya memang bersalah kerana menggunakan hukuman mati untuk memeras-ugut Nalla agar mengada-adakan bukti terhadap Anwar, dan Hakim Paul telah bertindak bersekongkolan dengan AG dan para Pendakwaraya, menekan para peguambela Anwar secara mendadak dengan cara menghukum Zainur untuk mengelak tercetusnya bukti yang berkemungkinan akhirnya menggugat perjalanan keseluruhan pendakwaan terhadap Anwar. Untuk melakukan semua itu, kelakuan Paul jelas keanehan (setelah menolak fakta dan aturan biasa untuk menghukum Zainur) sehinggakan ia menjentik perasaan dan naluri Hakim Abdul Malek Ahmad yang berkata Paul telah bertindak berlebihan seolah-olah beliau adalah peguam kepada pihak Pendakwaraya. Ini merupakan sesuatu yang memperlekehkan Paul, secara bahasa lembutnya, dan secara berkaitan, mempertikaikan keseluruhan pengadilan Anwar Ibrahim itu. Apakah maksud yang mengatakan Pendakwa telah didapati bertindak melepasi batasan beretika dengan mengenakan tuduhan yang silap terhadap seseorang di bawah satu Akta yang membawa hukuman mati, semata-mata untuk memeras-ugut bukti palsu daripada orang itu untuk mengaibkan orang yang dituduh? Lagipun, apakah maksud seorang hakim bersekongkolan dengan pihak pendakwaraya untuk menghukum secara menyalahi undang-undang dan secara tergesa-gesa peguambela yang tertuduh dengan tuduhan menghina mahkamah, supaya kelakuan berunsur jenayah para pendakwayara untuk memutar-belitkan barang bukti itu tidak akan timbul untuk menggendalakan pengadilan tersebut? Terdapat hanya satu jawapan, betapa wujudnya salahguna kuasa pengadilan, seandainya yang dituduh dihukum berasaskan keadaan sedemikian. Anwar telah dikenakan satu pengadilan yang sungguh kejam dan terlalu tidak adil dalam ingatan manusia disebabkan kerenah hakim dan pendakwaraya yang tidak berhati perut. Perbicaraan dan penghukuman ke atasnya adalah satu contoh yang amat nyata mengenai salah-atur pengadilan, di mana setiap warga kehakiman dan kepimpinannya telah dikutuk secara bertepatan oleh seluruh dunia kehakiman sejagat. Berasaskan segala pendedahan terkini daripada mahkamah yang paling tinggi di negara ini, adalah menjadi satu kemestian di pihak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, dan Menteri-haprak Kehakiman untuk bertindak secepat mungkin mencari jalan membetulkan salah-urus hukuman dan penghakiman yang telah berlaku itu. Di waktu yang sama mereka yang telah bertanggungjawab menyebabkan terpesongnya perjalanan keadilan itu mestilah ditangkap dan dibawa ke mahkamah pengadilan. Kim Quek 30.06.01 Diterjemahkan oleh SPAR-08-003
|