 |
.... |
Afidavit
Datuk Seri Anwar terhadap Ghani Patail pada 9 Jun 1999
Sumber: WebReformis |
DALAM MAHKAMAH TINGGI
MALAYA DIKUALA LUMPUR
(BAHAGIAN JENAYAH) WILAYAH PERSEKUTUAN
PERBICARAAN JENAYAH NO.45-51-98
Permohonan Jenayah No. 1999 (PENDAKWARAYA
Lwn DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM)
Antara Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
(Pemohon) Dan Pendakwa Raya (Responden)
AFIDAVIT
Saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim,
seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan sedang ditahan di penjara
Sungai Buloh, Selangor dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti
berikut:-
1. Saya adalah Pemohon dalam
prosiding ini.
2. Melainkan di mana dinyatakan
sebaliknya, fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah dalam pengetahuan
saya dan dipercayai benar.
3. Saya telah didakwa di Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur pada 29hb September 1998 dengan 9 kesalahan, 5 di bawah
seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 22/1970, dan yang lainnya
di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan (termasuk kesalahan jenayah asal
yang saya kena tuduh dalam prosiding-prosiding ini).
4. Atas permohonan Peguam Negara,
perbicaraan terhadap kesalahan-kesalahan tersebut telah dipindahkan kepada
Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
5. Pada 5hb November 1998, 4
daripada tuduhan rnengenai kesalahan kesalahan di bawah seksyen 2 Ordinan
22/70 telah dibicarakan di bawah kes jenayah No.45-47-98 dan 45-49-98.
Pada penghujung perbicaraan saya telah didapati bersalah dan dihukum penjara
selama 6 tahun.
6. Kes pendakwaan dalam perbicaraan
tersebut adalah berdasarkan dakwaan seorang bernama Azizan bin Abu Bakar
bahwa beliau telah diliwat oleh saya. Pada penghujung kes pendakwaan, pihak
pendakwa telah meminda pertuduhan- pertuduhan supaya mereka tidak lagi
perlu membuktikan bahawa perbuatan liwat telah dilakukan oleh saya.
7. Sungguhpun keterangan yang
memprejudiskan diterima-pakai sebagai sebahagian daripada kes pendakwaan,
pindaan kepada pertuduhan-peituduhan telah dibenarkan.
8. Dalam prosiding ini pertuduhan
juga ada hubungan dengan dakwaan oleh Azizan bahawa ianya telah diliwat
oleh saya.
9. Mengikut pertuduhan asal,
kesalahan dikatakan telah dilakukan pada 7.45 petang pada satu hari dalam
bulan Mei 1994.
10. Pada 27hb April 1999 diwaktu
kes disebut di hadapan Mahkamah Tinggi, Pendakwaraya memohon agar tarikh
kesalahan yang dituduh dipinda daripada bulan Mei 1994 menjadi bulan Mei
1992, dengan penjelasan bahawa satu kesilapan "typograph" terjadi.
11. Apabila kes bermula untuk
perbicaraan pada 7hb Jun 1999, Pendakwaraya sekali lagi memohon agar tarikh
kesalahan yang dituduh dipinda daripada "bulan Mei 1992" menjadi "di antara
bulan Januari hingga Mac 1993."
12. Pindaan kepada pertuduhan
telah dibuat selepas peguam saya menulis 2 surat bertarikh 27hb Mei 1999
kepada Pendakwaraya, dan selepas peguam kepada Encik Sukma Darmawan, (Tertuduh
kedua di sini), Encik Karpal Singh telah menulis surat bertarikh 27hb Mei
1999 kepada Pendakwaraya mengikut sekyen 402A Kanan Acara Jenayah (semua
surat-surat yang diserahkan kepada Pendakwaraya akan disebut sebagai "Surat-Surat
Seksyen 402A"). Di sini ditunjukkan kepada saya Surat-surat Seksyen 402A
yang di tanda di sini sebagai "DSAI.1".
13. Dalam permohonannya, Pendakwaraya
menyatakan bahawa pindaan dibuat selepas mengambil kira Surat-Surat Seksyen
402A.
14. Saya dengan sesungguhnya
percaya bahawa tindakan jenayah kini terhadap saya dibuat dengan niat jahat
(mala fide) oleh kerana:-
(1) sungguhpun Pendakwaraya
telah mengenakan pertuduhan asal terhadap saya pada 29hb September 1998,
beliau tidak membuat apa-apa pindaan kepada pertuduhan itu sehingga 27hb
April 1999 dan apabila beliau mendapati bahawa pertuduhan yang dipinda
tidak boleh dipertahankan selepas mengambil-kira Surat-Surat Sekyen 402A,
beliau membuat satu lagi permohonan untuk meminda pertuduhan.
(2) sungguhpun beliau ada mengumumkan
kepada awam mengenai panduan pendakwaan, adalah jelas bahawa Pendakwaraya
tidak berhati-hati/cuai apabila beliau membuat pertuduhan (termasuk pindaan
kemudiannya) terhadap saya;
(3) Pendakwaraya, dengan mengendalikan
pendakwaan dalam prosiding ini, kini telah meluahkan sekali lagi tuduhan
liwat yang sama terhadap saya oleh Azizan yang pihak pendakwaan telah gagal
membukti dalam perbicaraan sebelum ini.
15. Secara alternatif, saya
sesungguhnya percaya bahawa pemindaan yang dipohon oleh Pendakwaraya tidak
harus dibenarkan atas alasan niat jahat (mala fide), dan pindaan itu jika
dibenarkan akan memprejudiskan saya dan ianya menindas dan merupakan suatu
penyalahgunaan proses Mahkamah yang Mulia ini.
16. Saya telah dinasihatkan
bahawa pada 25hb November 1998, Encik Manjeet Singh Dhillon, peguam bagi
pihak Dato' Nallakarupan iaitu tertuduh dalam perbicaraan jenayah No.45-40-98,
yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi No.2 (Mahkamah Jenayah) (selepas dari
ini disebut sebagai "perbicaraan Nallakarupan"), cuba mengemukakan keterangan
dengan tujuan menunjuk bahawa Pendakwaraya telah bertindak secara niat
jahat (mala fide) dengan menuduh Dato' Nallakarupan melakukan kesalahan
di bawah Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yang boleh dikenakan
hukum mati) dan tidak dengan kesalahan di bawah Akta Senjata Api 1960.
17. Pada 9hb November 1998,
Encik Manjeet Singh Dhillon telah mengikrar satu surat akuan berkanun,
di mana ia menyatakan antara lain:-
(1) bahawa pada satu mesyuarat
yang dia hadir di Jabatan Peguam Negara pada 2hb Oktober 1998 (di mana
beliau telah meminta pertuduhan terhadap Dato 'Nallakarupan di ringankan
kepada suatu yang tidak boleh dikenakan hukuman mati), Dato' Abdul Gani
Patail (seorang daripada pendakwa dalam prosiding ini) mengatakan beliau
boleh menimbangkan permintaan itu jika Dato' Nallakarupan bersedia berkerjasama
dengan Jabatan Peguam Negara dengan melibatkan saya dalam perbuatan kesalahan
seksual dengan beberapa perempuan berkahwin dan yang belum berkahwin.
(2) bahawa Encik Balwant Singh
Sidhu, peguam bersama untuk Dato' Nallakarupan, hadir di mesyuarat itu;
kesalahan seksual dengan beherapa perempuan berkahwin dan yang belum berkahwin.
(3) bahawa Encik Azahar bin
Mohamed, (seorang lagi daripada pendakwa dalam prosiding ini) kemudiannya
telah membuat tuntutan yang sama dengan apa yang dibuat oleh Dato'Abdul
Ghani Patail pada Encik Manjeet Singh Dhillon;
(4) bahawa apa yang telah berlaku
di-mesyuarat tersebut telah dinyatakan dalam surat yang Encik Manjeet Singh
Dhillon telah hantar kepada Peguam Negara bertarikh l2hb Oktober 1998,
yang mama ianya belum lagi memdapat jawapan daripada Peguam Negara. Di
sini ditunjukkan kepada saya surat akuan berkanun Encik Manjeet Singh Dhillon
di tandatangani pada 9hb November 1998 yang di tanda sebagai sebagai "DSAI.2".
18. Tingkah laku Dato' Abdul
Gani Patail dan Encik Azahar Mohamed seperti disebut di atas menunjukkan
penyalahgunakan jawatan mereka sebagai pegawai Jabatan Negara dengan mencari
jalan luar dari biasa untuk mencungkil keterangan terhadap saya secara
salah.
19. Selanjutnya di dalam prosiding
Suruhanjaya Di Raja yang dilantik untuk menyiasat kecederaan yang dialami
oleh saya di waktu saya dalam reman di Ibu-pejabat Polis Bukit Aman, seorang
pegawai polis telah memberi keterangan pada malam saya ditangkap, Dato'
Abdul Ghani Patail hadir di situ dengan pihak-pihak pegawai polis yang
menunggu-terima saya apabila saya dibawa ke Bukit Aman.
20. Penglibatan yang tidak sihat
oleh Dato' Abdul Gani Patail dan Encik Azahar bin Mohamed telah
menimbulkan beberapa soalan tentang ketidak-berat sebelah (impartiality)
dan sikap pendakwaan berhubung dengan segala prosiding terhadap saya, termasuk
prosiding ini.
21. Berhubung dengan Pendakwaraya,
saya ada pada beberapa masa sebelum saya di tangkap berbincang dengan beliau
mengenai perkara-perkara yang ada hubungan dengan kesalahan yang saya dikena
tuduh. Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu
itu, saya menemuinya untuk mendapat nasihat guamannya selaku Peguam Negara.
22. Saya dengan sesungguhnya
juga percaya bahawa pendakwaan terhadap saya oleh Pendakwaraya tercemar
dengan niat jahat berdasarkan keadaan-keadaan berikut:-
(1) Encik Sukma Darmawan, tertuduh
kedua di sini, telah didapati bersalah untuk kesalahan di bawah seksyen
377D Kanun Keseksaan, (bahawa beliau di katakan telah bersetuju di liwat
oleh saya) telah kemudiannya menarik balik pengakuannya dengan mendakwa
bahawa pengakuannya diperolehi darinya oleh polis secara salah di sisi
undang-undang; Disini ditunjukkan kepada saya Affidavit Encik Sukma Darmawan
yang diikrarkan pada 10 Disember 1998 yang ditanda sebagai disini sebagai
"DSAI.3".
(2) walaupun dakwaan Sukma terhadap
polis adalah serius, Pendakwaraya telah menuduhnya memberi keterangan palsu
(yang melibatkan saya) dan gagal menjalankan satu penyiasatan untuk menentukan
sekiranya benar pengakuannya;
(3) seorang bernama Mior Abdul
Razak juga telah membuat kenyataan beliau terpaksa membuat pengakuan bahawa
beliau telah diliwat oleh saya, tetapi Pendakwaraya telah menuduhnya memberi
keterangan palsu dan gagal menjalankan satu penyiasatan untuk menentukan
sekiranya benar pengakuan tersebut telah diperolehi daripadanya secara
salah di sisi undang-undang; Di sini ditunjukkan kepada saya Akuan Berkanun
bertarikh 8 haribulan Februari 1999 yang diikrarkan oleh Encik Mior Abdul
Razak ditanda di sini sebagai "DSAI.4".
(4) seorang benama Dr. Munawar
Anees juga telah mendakwa telah dipaksa oleh polis membuat pengakuan (yang
melibatkan saya) melalui cara yang salah di sisi undang-undang oleh pihak
polis. Di sini ditunjukkan kepada saya surat akuan berkanun Dr. Munawar
Anees yang diikrarkan pada 7hb November 1998 yang ditanda di sini sebagai
"DSAI .5".
23. Berdasarkan apa yang telah
di sebutkan di atas pihak pendakwaan, dengan menunjukkan sikap yang amat
tidak professional dalam menjalankan tugas mereka dan juga menunjukkan
bahawa mereka ada kepentingan untuk menentukan saya disabit dengan cara
yang boleh dipersoalkan, saya sesungguhnya percaya bahawa pendakwaan yang
dijalankan di sini adalah mala fide;
24. Oleh demikian saya memohon
untuk perintah-perintah seperti di pohon.
Diikrarkan oleh Dato' Seri Anwar
bin Ibrahim
di Kuala Lumpur
9 haribulan Jun 1999
Di hadapan saya,
Norhazani bt Hamzah
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah
Tinggi Bahagian Jenayah Kuala Lumpur.
Afidavit ini difailkan oleh
Messrs S. N. Nair & Partners, Peguamcara bagi pihak tertuduh dan yang
alamat penyampaian ialah Suite l6.O5, Level 16, Wisma Hangsam, No.1 Jalan
Hang Lekir, 50000 Kuala Lumpur. (Tel No: 2019496 Fax No: 2019542).
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
http://e-umno.tripod.com/