.... Gani perancang utama pendakwaan Anwar
Sumber: Fokus Eksklusif WebReformis

DAMANSARA: Penglibatan Abdul Gani Patail dalam kes-kes yang membabitkan Datuk seri Anwar bermula sejak malam Anwar ditangkap lagi, menurut penganalisis data WR. 

"Hasil Kajian saya terhadap maklumat mengenai Gani adalah, beliau juga berada di Bukit Aman di malam DSAI ditangkap. Beliau ada bersama Rahim Nor semasa DSAI ditumbuk sehingga pengsan," katanya.

Selain itu, Gani adalah orang yang bertanggungjawab memberikan idea kepada Rahim Nor supaya menahan DSAI mengikut akta ISA bagi memastikan kecederaan DSAI dapat disembunyikan, menurutnya lagi. "Abdul Gani Patail merupakan pendakwa yang terlibat dengan ke semua kes-kes membabitkan DSAI dan kita punya maklumat bahawa beliau adalah antara perancang utama dari segi undang-undang untuk membuat tuduhan-tuduhan fitnah kepada DSAI," kata beliau. 

Selain itu, abang kepada Abdul Gani, Abdul Wahab Patail merupakan hakim yang membenarkan afidavit mengfitnah DSAI yang dikemukakan oleh Musa Hassan disiarkan dalam semua media arus perdana pada 3 September 1998 dengan alasan ianya dokumen awam. 

Abdul Wahab Patail juga merupakan hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Nalakaruppan yang kemudiannya dilepaskan oleh mahkamah rayuan. Penglibatan anak beranak Patail dalam kes-kes fitnah ini telah menyemarkan nama baik keluarga Patail sendiri. 

WR hari ini akan menyiarkan kenyataan media Datin Seri Wan Azizah berhubung dengan penglibatan Gani Patail dalam kes DSAI. Kenyataan media tersebut dibuat pada 23.3.1999.

Wartawan WR
www.webreformis.cjb.net 
 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!

http://e-umno.tripod.com/