 |
.... |
Imbuhan
untuk Gani: PRM
Sumber: WebReformis |
SELANGOR: Parti Rakyat
Malaysia menganggap perlantikan Dato' Abdul Ghani Patail sebagai Peguam
Negara jelas sebagai imbuhan daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
kerana khidmat yang diberikannya dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana
Menteri Anwar Ibrahim didorong oleh kepentingan politik.
Menurut Presiden PRM, Dr Syed Husin
Ali peranan Dato' Ghani dalam kes tersebut penuh kontroversi kerana melibatkan
dirinya yang dikatakan melakukan kesalahan jenayah dengan mengancam untuk
mengenakan hukuman bunuh ke atas bakal saksi, Dato' Nallakaruppan bagi
mendapatkan bukti mengenai Anwar Ibrahim.
"Dalam kebanyakkan negara seseorang
kakitangan awam yang melakukan kesalahan seperti ini akan dipenjara selama
bertahun-tahun," katanya dalam suatu kenyataan hari ini. Menurutnya, tuduhan
tersebut telah dibuat secara bersumpah oleh Anwar Ibrahim dan tidak pernah
dicabar oleh Dato' Ghani dengan affidavit atau bukti lisan secara bersumpah.
"Bagaimana Dr. Mahathir menganggap
seorang seperti Dato' Ghani boleh memegang jawatan sebagai Peguam Negara,
apabila terdapat tanda soal yang besar di atas tingkah laku professional
dan integreti beliau," ujarnya.
Beliau menganggap bahawa Dr Mahathir
mahukan seorang Peguam Negara yang tidak berwibawa dan boleh mengikut telunjuk
sebagaimana terbukti pada masa lalu dalam perbicaraan kes Anwar Ibrahim
dan kes lain yang didorong kepentingan politik.
"Perlantikan Dato' Ghani tidak lama
selepas perlantikan Dato' Fairuz sebagai Ketua Hakim menggambarkan Dr mahathir
tidak mahu sistem kehakiman di negara ini bebas serta mempunyai integritif,"
tambahnya
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
http://e-umno.tripod.com/