 |
.... |
Teman
lama: Gani Patail pelajar kurang cerdik
Sumber: WebReformis |
KUALA LUMPUR: Datuk
Gani Patail hanya lulus ijazah sarjana muda undang-undang kepujian kelas
ketiga dari Universiti Malaya, menurut seorang rakan sekelasnya di
UM.
Universiti-universiti umumnya menganugerahkan
ijazah sarjana muda mengikut peringkat kecemerlangan akademik, dari kepujian
kelas pertama, kepujian kelas kedua atas, kepujian kelas kedua bawah, kepujian
kelas ketiga dan ijazah am (general degree).
Menurut beberapa orang pelajar yang
ditemui di sekitar Fakulti Undang-undang Universiti Malaya semalam, perlantikan
Datuk Gani seolah-olah memberi isyarat kebolehan akademik seseorang langsung
tidak menjadi prasyarat kenaikan pangkat, sebaliknya masa depan kerjaya
seorang pegawai kerajaan ditentukan oleh hubungan politik dengan parti
pemerintah.
Menurut seorang pelajar Tionghua yang
tidak mahu dikenali, perlantikan Gani menguatkan lagi 'kepercayaan' di
kalangan masyarakat bukan bumiputra di negara ini bahawa isu meritokrasi
diabaikan seratus peratus dalam sektor perkhidmatan awam negara.
"Sebab itulah ramai yang cemerlang
di universiti dengan ijazah kelas pertama dan sebagainya memilih untuk
bekerja di luar negara atau dengan swasta, kerana mereka anggap tiada masa
hadapan dengan kerajaan kalau tidak kenal orang politik," jelasnya lagi.
Beliau juga bimbang perlantikan Gani
itu memberi gambaran bahawa pelajar boleh mempunyai tempat yang tinggi
di dalam kerajaan walaupun tidak cemerlang, jika mereka pandai 'membodek'
pemimpin politik.
Perlantikan Datuk Gani Patail sebagai
Peguam Negara yang baru mengundang kritikan dari pelbagai pihak. Bukan
sahaja perlantikan itu dikritik kerana latar belakang akademiknya, pemimpin-pemimpin
pembangkang juga mempersoalkan ketelusannya dalam memimpin pentadbiran
undang-undang, termasuk dakwaan menghalang perlaksanaan undang-undang di
dalam kes rasuah Datuk Seri Rafidah Aziz dan cubaan mereka keterangan palsu
di dalam pendakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ada juga pihak yang mempersoalkan
tempoh yang singkat yang diambil oleh Gani Patail untuk memanjat jawatan
tertinggi negara.
"Bagi seorang yang hanya berkelulusan
ijazah kelas ketiga, dalam masa 14 tahun selepas keluar universiti, dia
dah jadi ketua bahagian pendakwaan, iaitu selepas mendakwa Pairin Kitingan,"
kata seorang lagi pelajar. "Kini selepas mendakwa bekas Timbalan Perdana
Menteri, dia dilantik menjadi Peguam negara. It doesn't take a genius to
establish a pattern here," rungut beliau lagi. "Apakah dalam Jabatan Peguam
Negara tidak ada peguam yang lebih cemerlang latar belakang akademiknya,
atau lebih senior?
Kenapa Peguamcara Negara (Solicitor
General) yang sepatutnya orang kedua senior tidak dilantik menjadi Peguam
Negara?" soal beliau mengakhiri temuramah pendek dengan wakil BKO di Universiti
Malaya.
- Ehsan Berita Keadilan
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
http://e-umno.tripod.com/