DAMANSARA: Ketua Pengarang Webreformis telah bersetuju untuk menjadikan Peguam Negara yang baru dilantik sebagai fokus utama WR mulai dari hari ini sehingga beliau melepaskan atau dipecat dari jawatan tersebut, menurutnya selepas bermesyuarat dengan krew-krew WR yang lain. "WR akan menyiarkan cerita mengenai Ghani Patail dari semasa ke semasa sehingga beliau meletak jawatan. Pelantikan beliau melambangkan kehancuran krebiliti kehakiman di negara ini," katanya kepada Wartawan WR. Abdul Ghani Patail dilantik mengantikan Ainum Mohd Saaid selepas Ainum mengemukakan pemohonan meletak jawatan. Ghani Patail sebelum ini adalah salah seorang Hakim Mahkamah Rayuan. "Pelantikan Ghani Patail sudah dirancang sekian lama, ini adalah habuan kepada beliau diatas tugas-tugas beliau sebagai Ketua Pendakwara Kes Datuk Seri Anwar," katanya lagi. Kredibiliti kehakiman tercemar dengan pelantikan seorang pendakwaraya yang pernah menjanjikan habuan kepada seorang tertuduh jika beliau bersedia untuk menjadi saksi dalam kes Anwar. "Kita tidak lupa apabila Ghani dan Azahar (seorang lagi Pendakwaraya) memujuk Datuk Nala agar mengaku bahawa Anwar adalah seorang yang rendah moral dan Datuk Nala adalah pembekal pelacur kepada Anwar. Kes tersebut memaksa Datuk Seri Anwar memfailkan tuduhan salahguna kuasa keatas Ghani Patail," katanya. Menurutnya lagi, Laman webreformis akan menjadikan Abdul Ghani Patail sebagai fokus Laman WebReformis sehingga beliau meletak jawatan atau disingkirkan. "Tiada kompromi untuk manusia sejahat Ghani Patail. Menjadi tanggungjawab laman ini untuk menyebarkan maklumat salah laku Ghani sehinggalah beliau meletak jawatan,"katanya lagi.~WR Crew Wartawan WR
Catatan:
|