.... LAPORAN POLIS DSAI TERHADAP MAHATHIR, MOHTAR DAN GANI PATAIL LAPORAN POLIS: DANG WANGI REPORT NO. 20255/99 (Terbitan semula)

Saya merujuk kepada Dokumen Siasatan BPR dan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara bertarikh 14 Mac 1995 yang ditandatangani oleh Abdul Gani Patail. Dokumen tersebut telah diserahkan kepada saya oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah di sekitar akhir 1995. Dokumen tersebut menjelaskan bahawa terdapat asas prima facie mengenakan pertuduhan lima kes rasuah terhadap Dato Paduka Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan dan Perindustrian menurut Seksyen 2(2) Ordinan 22, Peraturan Perlu, 1970. 

Peguam Negara berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan oleh BPR dan beliau bersedia dengan pertuduhan terhadap Dato Paduka Rafidah Aziz. Pertuduhan tersebut sepertimana yang tertera dalam dokumen dapat dirumuskan seperti berikut. 

Pertama: Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra MITI beliau telah meluluskan 1.5 juta saham dalam Leader Universal Holdings Bhd kepada menantunya, Fazrin Azwar bin Mohd. Nor; 

Kedua: Beliau meluluskan permohonan Fazrin Azwar bagi menjual 450,000 unit saham tersebut; 

Ketiga: Beliau meluluskan permohonan Fazrin Azwar bagi menjual 315,000 unit saham tersebut; 

Keempat: Beliau meluluskan permohonan Fazrin Azwar bagi menjual bagi menjual 335,000 unit saham tersebut; 

Kelima: Beliau meluluskan pembahagian 4,173,910 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar. 

Pertuduhan tersebut telah tidak diteruskan akibat campurtangan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Muhammad; menyebabkan pendakwaan terhadap Dato Paduka Rafidah Aziz belum dapat disempurnakan. Namun, kegagalan berbuat demikian, sepertimana diperuntukkan oleh undang-undang bermakna Dato Seri Dr. Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah dan Abdul Gani Patail telah mencemar matlamat keadilan dan melangar peruntukan undang-undang. 

Dengan ini saya kepilkan dokumen tersebut yang bertarikh 14 Mac 1995 sebagai bukti/keterangan dan eksibit satu laporan polis dan kenyataan penjelasan saya bertarikh 9 Julai 1999 sebagai sebahagian dari laporan polis disini. 

Anwar Ibrahim 

9 Julai 1999 

Dokumen Siasatan BPR dan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara
 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!

http://e-umno.tripod.com/