Selamat           Datang           ke              Laman            Web
 

Kejayaan dan Pencapaian KLSD

Di Peringkat Kebangsaan

   
1 11 orang ahli SHIMA berjaya menakluki puncak Gunung Tahan pada 12 Jan 1989 dan dipimpin oleh Allahyarham Encik Nor Ramli, dari Persatuan Mendaki Malaysia (PMM).
2 SHIMA menganjurkan Mesyuarat Ketua Orang cacat Pendengaran Kebangsaan Pertama pada 23-25 Mei 1990 bertempat di Pusat Belia Antarbangsa Kuala Lumpur. Hasil mesyuarat ini telah melahirkan penubuhan 7 buah persatuan negeri.
3 Hari Keluarga Bersama Orang Pekak Pertama telah diadakan di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kg Baru Pada Tahun 1993. Acara-acara kekeluargaan diadakan bagi merapatkan hubungan keluarga dan masyarakat yang terlibat.
4

Merapatkan hubungan di antara KLSD dengan orang Pekak Sarawak dan sabah menerusi Lawatan Muhibbah ke Sarawak dan Sabah pada tahun 1994.

5 Ekspedisi Berakit di Sungai Pada dan mendaki Gunung Kinabalu, Sabah pada 20-25 Oktober 1995 yang disertai oleh 10 orang ahli KLSD. Dua orang ahli KLSD berjaya menakluki puncak Gunung Kinabalu. Mereka berpeluang melihat matahari gerhana berlaku pada hari sama.
6 Kerjasama dengan Biro tata Negara untuk menganjurkan Kem Belia Orang Pekak Kebangsaan Pertama bertempat di Kem Bumi Jati, Klang, selangor pada 16-20 Disember 1995. 79 orang dewasa Pekak dari seluruh negara telah menyertai aktiviti lasak dan ceramah patrotik.
7 Radio TV Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia bekerjasama dengan KLSD telah mencipta sejarah dengan memulakan sisipan Isyarat Malaysia di Siaran Berita Perdana TV 1 pada 1995 sempena Hari Orang Cacat Antarabangsa 3 Desember.
8 Buat pertama kali Kelab Wanita Pekak KLSD ditubuhkan dengan memulakan aktiviti pertamanya ialah Kelas Memasak pada 16 jun 1996.
9 “ Malaysia Deaf’s Homepage” yang dihasilkan oleh Aqlam Jafri, Penuntut Gallaudent Universiti, Amerika Syarikat telah dilancarkan oleh Y. Bhg. Tuan Syed Abd Rahman bin Syed Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan disaksikan oleh Y. Bhg. Dr Mohamad Awang Lah, Timbalan Presiden MIMOS Berhad. Laman Web ialah "Malaysia Deaf’s Homepage” ialah http://www.jaring.my/klsdeaf
10 KLSD menganjurkan Kem Remaja dan Belia Pekak Kebangsaan ke 2 telah diadakan di Tekam Plantantion, Pahang pada 25-29 Mei 1997. 80 orang Remaja dan Belia Pekak dari seluruh sekolah dan persatuan negeri telah menjalani berbagai aktiviti lasak yang menguji ketahahan fizikal dan mental.
11 Kem Bahasa Inggeris yang pertama di FRIM, Kepong pada tahun 1997 untuk kanak-kanak sekolah pekak. Pelajar Gallaudet University , Amerika Syarikat yang membuat Program Pratikal Kerja dengan KLSD telah membantu kem tersebut.
12 40 orang Pekak telah menyertai Ekspedisi Berkayak Menjelajahi Sungai Kelantan Bersama Orang Pekak sejauh 240km pada 1-6 Jun 1999. Ianya berjaya direkodkan di dalam “ Malaysia Book of Records”. Usaha ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Belia Sukan Kelantan dan Persatuan Orang Cacat Pendengaran Kelantan
13 Kelab Wanita Pekak KLSD Menganjurkan Kem Tahan Cabaran Wanita Pertama diadakan di Kem kancil, mangrove Park Melaka pada 30-31 Oktober 1999 dan membimbing mereka agar tabah menghadapi cabari yang mendatang.
14

Perasmian Pusat Teknologi Maklumat Orang Pekak pada 6 Jun 2000 buat pertama kalinya diadakan di Kompleks Perniagaan Sri selangor yang dirasmikan oleh bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Tan Sri Kamaruzzaman Shariff. Seterusnya Bengkel Celik IT untuk pelajar Pekak telah diadakan di MIMOS Berhad.

15 Kontijen KLSD telah menjadi juara keseluruhan pingat dalam Sukan Kebangsaan Orang Pekak (SKOP) ke 13, Kelantan pada tahun 2001 berturut-turut sebanyak 6 kali sejak tah
16

Perasmian Pusat Teknologi Maklumat Orang Pekak pada 6 Jun 2000 buat pertama kalinya diadakan di Kompleks Perniagaan Sri selangor yang dirasmikan oleh bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Tan Sri Kamaruzzaman Shariff. Seterusnya Bengkel Celik IT untuk pelajar Pekak telah diadakan di MIMOS Berhad.

   

Utama


 
 
Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur @ 2003