![]()
Selamat Datang ke Laman Web
Kursus Perkahwinan Orang Pekak Islam Zon Tengah 2003
Bengkel Masakan Adabi
Persatuan Ibubapa dan Penjaga Anak Pekak Kuala Lumpur (PESIBA): Bengkel UPSR / PMR
JICA : Fakhrul Azman, Pegawai Pembangunan BIM KLSD dan AJK BIM KLSD terpilih ke Jepun
Pemenang Abilimpik Kebangsaan 2003
Kursus Jenazah anjuran KLSD dengan kerjasama JAWI
Setiausaha KLSD selamat menjalani pembedahan kecil
Kursus Bina Negara Teras Pulau Pinang untuk orang Pekak
Penubuhan Unit Belia Pekak KLSD
Kontijen Kuala Lumpur ke SKOP ke-14, Langkawi 2003
Kursus Perkahwinan Orang Pekak Islam Zon Tengah 2003
Seramai 38 termasuk lebih kurang 15 orang ahli KLSD telah hadir di Institusi Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi, Selangor untuk menyertai kursus Perkahwinan Orang Pekak Islam Zon Tengah anjuran Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan kerjasama bersama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama 3 hari pada 13hb. Sept. 2003. Tempat penginapan, makan minum dan sijil penyertaan telah disediakan oleh pihak JAWI.
Kelab Wanita Pekak KLSD dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) telah mengadakan Bengkel Masakan Adabi pada 20hb September 2003 (Sabtu) di KLSD. Ia telah dihadiri oleh lebih kurang 20 orang ahli dan bukan ahli. Dalam bengkel tersebut, pakar masakan dari Adabi, syarikat pembuatan makanan yang terkenal tunjur cara bagaimana masakan kepada para hadirin ini.
Persatuan Ibubapa dan Penjaga Anak Pekak Kuala Lumpur (PESIBA): Bengkel UPSR / PMR
En. Aqlam Jafri (Presiden KLSD) dijemput ke Bengkel UPSR / PMR pada 8hb. Sept. 2003 di City Villa Hotel, Kuala Lumpur untuk beri ceramah kejayaan hidupnya serta beri tips untuk menghadapi peperiksaan UPSR / PMR kepada 50 orang murid pekak dari sekitar Lembah Kinta. Dalam bengkel tersebut, 3 orang penceramah: Dr Fatimah Muhammad, Pn Rosnah Abu Samah (Guru SSD) dan En. Aqlam Jafri beri ceramah motivasi. Selepas itu, murid-murid tersebut juga diberi peluang mengambil peperiksaan percubaan UPSR / PMR yang sediakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas.
JICA : Fakhrul Azman, Pegawai Pembangunan BIM KLSD dan AJK BIM KLSD terpilih ke Jepun
Panel Pemilihan MFD telah memutuskan nama Fakhrul Azman Mat Zin terpilih bagi mengikut Kursus Kepimpinan Orang Pekak Asia dan Ocean di Jepun yang disediakan oleh JICA (Japan International Cooperation Agency) dan bertujuan untuk memberikan latihan yang merangkumi pentadbiran organisasi dan pengurusan program termasuk penyelidikan bahasa Isyarat. Beliau akan berkursus ke Jepun pada 29 September hingga 16 November 2003. Komuniti orang Pekak berdoa agar beliau kembali dengan selamat ke tanah air dan memanfaatkan pengalaman berkursus untuk menyumbang ke arah meningkatkan taraf hidup komuniti kita.
En. Fahkrul Azman telah bertolak ke Jepun pada 21hb. Sept. 2003 dari KLIA jam 8:45 malam dengan penerbangan Japan Airlines dalam kelas business. Sebelum bertolak, En. Aqlam Jafri (Presiden KLSD), En. Tan Kim Huat (Naib Presiden KLSD I), Pn. Sariah Ibrahim (Setiausaha KLSD), En. Nik Firdaus (Naib Setiausaha Pn. Hafidah Awaludin (Penterjemaah Bahasa Isyarat MFD), ahli keluarga Fahrul Azman dan lain beri ucapan selamat jalan serta beri semangat kepadanya di KLIA.
Pemenang Abilimpik Kebangsaan 2003
Pemenang-pemenang tersebut akan mewakili Malaysia ke Abilympic 2003, New Delhi, India dalam bulan November 2003 seperti di bawah:
English Text Processing : Sariah Ibrahim, KLSD
Web Designing : Aqlam Jafri, KLSD
Poster Designing : Haslita Hashim, KLSD
Batik Block Printing : Lim Anuar, KLSDWakil-wakil kita akan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Majlis Pemulihan Malaysia (MCR) dan peserta-peserta kurang upaya yang lain ke New Dehli pada November ini. Puan Hafidah Awaluddin dari MFD juga terpilih untuk menjadi jurubahasa isyarat bagi kumpulan wakil kita. Tahniah kepada wakil kita. ORANG PEKAK BOLEH! MALAYSIA BOLEH! KLSD BOLEH!
Kursus Jenazah anjuran KLSD dengan kerjasama JAWI
Kursus Jenazah anjuran oleh Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dihadiri oleh seramai 40 orang dewasa Pekak di Pusat Islam Malaysia pada 7 September 2003 jam 9 pagi hingga 1 petang. Seorang ustaz dan seorang ustazah dari JAWI beri ceramah kepada para hadiri mengenai asas jenazah termasuk bagaimana mandi dan kapan jenazah.
Setiausaha KLSD selamat menjalani pembedahan kecil
Setiausaha Kehormat KLSD dan Setiausaha Kehormat MFD, Pn. Sariah Ibrahim telah selamat menjalani pembedahan kecil di Hospital UKM, Cheras pada 21hb. Ogos 2003 selepas beliau mengadu kesakitan di bahagian perutnya. Kita berdoa agar beliau kembali bertugas apabila kesihatannya sembuh kelak.
Kursus Bina Negara Teras Pulau Pinang untuk orang Pekak
Seramai 12 ahli orang pekak dari Unit Belia Pekak Kuala Lumpur di bawah KLSD menyertai Kem Bina Negara Teras di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 30hb Ogos hingga 1hb. Sept. 2003 . Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-46, Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) yang menganjurkan kursus tersebut telah menerima seramai 78 orang belia Pekak dari seluruh Semenanjung Malaysia untuk menyertai kem tersebut. Terima kasih kepada MFD kerana berjaya memimpin belia kita.
Penubuhan Unit Belia Pekak KLSD
Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) tidak ketinggalan untuk mengetengahkan muka baru pemimpin Belia Pekak yang bakal menerajui pucuk pimpin KLSD, Persatuan Orang Pekak Negeri yang terbesar di Malaysia apabila AJK Unit Belia Pekak (UBP) KLSD berjaya ditubuhan pada 16hb. Julai 2003. KLSD juga merupakan persatuan orang pekak negeri yang pertama menubuhkan UBP dalam seluruh Malaysia.
AJK UBP KLSD dibarisi oleh remaja Pekak yang mempunyai latarbelakang yang cemerlang dalam akademik dan aktiviti sosial.
Presiden : Cik Asmak Asaari
T. Presiden : En. Abdul Rahman
Setiausaha : Cik Norlida
Bendahari : Cik Christin Low
AJK : Cik Magevari, En. Nuzaihan, En. Athong Chong, En. Hayma dan En. Daniel Cheng
Kontijen Kuala Lumpur ke SKOP ke-14, Langkawi 2003
![]()
Sukan Orang Pekak Malaysia (SKOP), Langkawi 2003 telah diadakan di Pulau Langkawi pada 30hb. Mei hingga 5hb. Jun 2003. Dalam kejohanan tersebut, Kontijen Kuala Lumpur telah berjaya menduduk tempat ke 4 dengan menggondol 3 pingat Emas, 4 Perak dan 6 Gangsa dalam acara Trek dan Bowling Templin. KOntijen Kuala Lumpur juga berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Perbarisan Terbaik.
Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur @ 2003