Bagi melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh KLSD dalam
memastikan setiap program KLSD dapat dijalankan. KLSD kini mempunyai 4orang
kakitangan sepenuh masa iaitu dua orang pekak (En. Fakhrul Azman Mat Zin
dan Mark Kwan) dan 2 orang bukan pekak (Cik Natzarina bt Ahmad Termizi
dan Pn. Norijan Yahya).
En. Fakhrul Azman Mat
Zin
En. Fakhrul Azman
Mat Zin telah bekerja di KLSD selama 5 tahun sebagai Pegawai
Penyelaras Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), dahulu beliau ditugaskan
bekerja sebagai Pelukis Buku BIM dan mengajar orang bukan pekak
untuk Kelas BIM.
|
Pn. Norijan Yahya
Pn. Norijan Yahya
merupakan staf yang terawal dalam menerajui pembangunan KLSD.
Beliau mula bekerja pada tahun 1996 dan berhenti pada tahun 1997
bagi menumpukan sepenuh perhatian di dalam urusan rumahtangga.
Kini beliau telah kembali bergiat aktif dalam mengambil alih tugas
sebagai Pegawai Sosial bermula bulan Jan. 2002 bagi membantu orang
Pekak mencari pekerjaan.
|
En
Mark Kwan
Beliau mengambil alih tempat
pembantu Kelas Latihan Komputer pada bulan Jun 2003 sebaik sahaja beliau
diberhentikan kerja oleh syarikat yang menghadapi masalah ekonomi.
Cik Natzarina
bt Ahmad Termizi
Beliau baru dilantik sebagai
Pegawai Pentadbiran yang ditinggalkan oleh Puan Lydia pada 15 September
2003. Pihak EXCO KLSD mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas
kepada beliau.
|