Selamat           Datang           ke              Laman            Web
   

Sejarah

Pengasas-pengasas ialah...


En. Mohd Sazali En. Yeo Chiew Pn. Betty Ting

En. Simon 
Ting
Pn. Rosnah Abu Samah En. Chai Bui Lun
Majlis Perasmian SHIMA telah dirasmikan oleh 
Menteri Kebajikan Masyarakat, YB En. Mustaffa
Mohammad pada 28hb. Jun 1987

 

Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) menjadi persatuan untuk orang pekak ketiga dalam Kuala Lumpur selepas Persatuan Orang Pekak Kebangsaan (NSD) dan Kelab Pekak YMCA Kuala Lumpur bersama Pusat Majudiri 'Y'. Ianya ditadbirkan oleh orang pekak sendiri dengan tanpa jajahan bukan pekak. Sehingga kini lebih kurang 1,100 orang pekak berdaftar menjadi ahli persatuan.

Sebelum ini, nama pertama bagi Persatuan ialah Persatuan Orang Cacat Pendengaran Wilayah Persekutuan dan Selangor atau nama ringkasnya SHIMA (Society of Hearing Impaired Federal Territory and Selangor). Ianya mulai ditubuhkan pada 23hb. Jun 1987 dan dilancarkan oleh Y.B. Dr. Peter Chin, Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang.

Tempat pertama diduduki oleh persatuan kita ialah Bilik Ruang, Tingkat Satu, Bangunan MAVOGA, Jalan Dewan Sultan Sulaimen 1, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kemudian, ianya dipindah ke Kompleks Perniagaan Seri Selangor, Jalan San Peng pada tahun 1991. Terdapat ada 2 buah bilik diberi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Tingkat Dua, Kompleks tersebut. Sekarang ia dapat lebih 3 buah tambahan.

Negeri Selangor dipisahkan dari Persatuan kita dalam tahun 1992. Satu pindaan iaitu kes pemisahan Negeri Selangor diberi keputusan oleh ahli-ahli secara suara sebulat semasa Mesyuarat Agung Dwitahunan. Namanya ditukar ialah Persatuan Orang Cacat Pendengaran Kuala Lumpur. Akhirnya ia ditukar kepada Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur atau namanya ringkas KLSD dalam tahun 1994.


  Logo SHIMA

Logo KLSD

 

Utama


 
 
Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur @ 2003