![]() |
![]() Selamat Datang ke Laman Web |
![]() |
Salam sejahtera! Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan sepatah dua kata kepada pembaca setia laman web ini. Di zaman Era Globalisasi, kita tidak seharusnya ketinggalan untuk menjejak bidang IT (Teknologi Maklumat) bagi memberi informasi terkini mengenai organisasi kepada masyarakat umum melalui Internet. KLSD adalah sebuah organisasi yang ditubuh dan ditadbir oleh orang pekak sendiri sejak tahun 1987. KLSD kini mempunyai lebih kurang 1,200 orang ahli pekak berbilang bangsa termasuk ahli sekutu (orang bukan pekak) yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan Selangor. KLSD juga memberi khidmat masyarakat terutamanya orang pekak iaitu khidmat jurubahasa, kaunseling, penempatan kerja, belajar kursus Teknologi Maklumat (IT) serta belajar berdikari sebelum masuk ke dunia pekerjaaan. Bagi masyarakat bukan pekak juga boleh mendapat manfaat iaitu mempelajari kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Sebagai Rakan Pekak (Friends of the Deaf), pihak kami mengalu-alukan kepada badan korporat , syarikat swasta atau mana-mana individu tampil bagi menaja program sosial dan aktiviti kami dengan mendapat pengecualian cukai. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penaja terutamanya pihak Shinjiru kerana menaja hos laman web ini. Saya juga mengucapkan syabas kepada Cik Haslita dan En. Fakhrul Azman kerana membina laman web yang ketiga. Sekian, terima kasih. Aqlam Jafri
|
|