Luahkan segala MANTRA dan KUTUKAN kematian di sini.
lAmAnwEb
Nampaknya laman ni dah lama tak update sejak 2002. Lama sangat tu. Aapa kisah terkini entahle.....
IntErvIU
Interviu ni aku carik dr Extra Shit yg dibuat oleh IRA editornya.
Arkhaytulmayt (archaic+mayat). Band ini dari Shah Alam, Selangor Malaysia. Dianggotai 5 anak muda yg khabarnya masih belajar di sana. Mereka bermula dgn irama Symphonic Attack Dark Metal. Berpengaruh Immortal, Enthroned, Burzum, Marduk (yaaaaaa!!!!!) dan banyak lagi. Interviu dijawab oleh Pet.
Hai Pet... pekabo? Tanx sbb luangkan masa ngan saya buat kedua kali ni!!!!!!!!!! arghhhhhhhh
Aku ok. Salam nuraka buat semua.
Cerita sket sejarah korang, bila korang mula ni?
Salam dari Shah Alam. Band ni mula tahun 1999 dgn 3 ahli iaitu Haffeez, Lan dan Wan. Boleh kata diaorg ni pengasaslah. Pertengahan 1999, aku dan Kerry masuk band ni. Sejak awalnya band ni takde nama so pada satu mlm yg berpuaka kami bersetuju letak nama Arkhaytulmayt. Jadi ia berahlikan Haffeez-gitar/u, Lan-Dram,Wan-basis, Pet-Vokal dan Kerry-gitar/i, tapi tahun 2001 Kerry keluar dan diganti oleh Es.
Ada apa-apa tersembunyi sebalik nama tu? Apa ertinya dan dr mana korg dapat?
Ia hanyalah satu nama takde mesej tersembunyi tapi muziknya yg lebih penting. Jgn menilai muzik dr namanya saja.
Korg ni asal memang dr Shah Alam ke?
Semua dr sana kecualai aku dr Bangi.
Cerita sikit pasal jenis muzik korg. Band mana yg jadi idola.
Demo pertama kami bermain melodik dark metal sedikit bunyi rock/thrash tapi demo kedua kami terus ikut stail Scandanavian macam Darkthrone, Burzum, Immortal, Enthroned dan bykle lagi. Tapi takde sebijik sgt cuma mirip-mirip gitu (ape ko cakap nih pet??????????? -ed) kami gabungkan irama thrash yg kami gelarkan Symphonic Attack Dark Metal.
Kenapa korg pilih muzik jenis ni?
Sebab kami sukakannya. Kami semua sukakkannya. Lagipun tak byk band kat Malaysia main mcm tu. kami nak jadi salah satu perintis gitu...hahahah
Setakat ni demo apa yg korg rilis? Jenis lirik mcm mana yg korg tulis? Cinta? Kebencian? Perang?
Demo pertama kami 'Evening Flight' ada 4 lagu, evening flight, Pusaka of the lord of Forestry, Apparation in the Forest of Archaic dan Just the Beginning... Manakala lirik kami berdasarkan dunia mitos dan mistik. Macam naga, kepahlawanan dll.
Siapa buat lagu dan lirik?
Lagu dicipta oleh Haffeez lirik oleh Seri Gempita a.k.a Mizal of Phanstasmagoria Artwork.
Ada tak korg terlibat ngan band projek?
Ya sudah tentu. Lan, pemain dram kami jadi vokalis band Dreaded dari Kedah. Aku, Hafeez ngan Wan pulak buat band projek ngan Seri Gempita bernama Symphonized Labyrinth.
Setakat ni ada tak sesapa yg kritik band korg dan apa yg korg buat?
Kami dapat byk kritik dan sokongan. Kami ucap t/k ngan kritik tu sbb ia boleh tingkatkan muzik kami. Apapun t/k bebanyak buat semua sokongan dan kritikan.
Ramai kata budak metal penyembah setan, jahat dan semua yg negatif. Apa pandangan korang?
hmmmm... tak lama dulu jadi satu isu sensitif pasal black metal. Akhbar tempatan macam Harian Metro kutuk sakan kami. Katanya kami pengikut setanlah, sembah kubur, sampai kata kami bakar Quran. Tu semua fitnah semata. Kami bukannya penyembah setan! Kami ni artis seni muzik. Walaupun tak terkenal mcm artis lain. Kami percayakan Allah, neraka dan syurga. Kalau ada yg mengaku pengikut fanatik black metal, tu semua karut! kalau kat barat tu memanglah ada. Ia bergantung pd individu sebenarnya. Korg tahu sapa korg dan jalan mana yg korg pilih.
Apa harapan korg utk masa depan?
Aku harap band ni akan maju dan kukuh kat Malaysia serta mampu berkembang sampai luar negara. Harap dapat main gig kat sana.
Kalau korg berpeluanglah merubah dunia ni apa korg nak buat ngan dunia ni?
Tak ada apa-apa. Takde sapa yg boleh buat mcm tu. Ia tak mungkin boleh diubah, ia tetap mcm tu...hehe
Pet!!! t/k bebanyak ngan bantuan lu. Ada apa-apa nak ckp buat kali terakhir?
Thanx Ira utk interviu ni. Salam buat semua saudara seMetalku. Bawalah dunia ke lembah kegelapan...ahahah
Asal : Shah Alam, Selangor Malaysia. Tahun Ditubuhkan : 1998 dgn nama asal Zirkon bertukar kpd Arkhaytulmayt Ahli Band Terkini : (setakat 2002)Zaffeerun (Gitar Utama), Savartus (Gtar Irama), Zalzabouth (Dram), Nakarazakth (Basis) & Emperor Draconis (Vokalis). Bekas Ahli : Arkhaytul.
Sejarah Ringkas :
Cukup mengejutkan sekali bilamana band ini masih hidup hingga kini. Bermula tahun 1998, 3 hero kegelapan, Zaffeerun (Binjai), Nakarazakth (Wan) dan Zalzabouth (Lan) muncul dari lubok gelap Shah Alam, Selangor. Mereka berhasrat meniupkan satu roh occult menjadi realiti tapi hanya sekadar mimpi fantasi utopia. Tatkala itu ketika jamming mereka hanya mempopularkan lagu-lagu hit beberapa Puak Metal spt Ryusgnal, Hayagriva, Rotting Christ dan byk lagi. Namun mimpi fantasi utopia itu menjadi realiti akhirnya apabila Arkhaytul (Kerry) muncul tahun 1999. Kemudian vokalis pula dicari dan Zaffeerun bertemu Seri Gempita (Mizal) sewaktu audisi lalu memperkenalkan rakannya dari UiTM iaitu Emperor Draconis (Pet). Maka itu puak ini lengkaplah sudah dan gerak seterusnya adalah untuk mencari satu nama yg pasti menggegarkan mukabumi kegelapan. Zirkon pada mulanya menjadi pilihan namun agak memualkan lalu ahli puak bersama Seri Gempita bertemu dan berbincang semula. Akhirnya mereka berjaya memutuskan bahawasanya 'Arkhaytulmayt' adalah yang paling sejiwa dgn roh mereka. Ia adalah gabunga 2 perkataan iaitu 'Archaic dan Mayt (dlm bahasa arab maksudnya mayat)'.
Perjalanan mereka bermula dgn rilisnya demo pertama lewat 1999 iaitu 'Evening Flight'. Terdapat 2 trek lagu yg dimuatkan iaitu 'Evening Flight', 'Apparition in the Forest of Archaic' dan 'Pusaka of the Lord of Forestry' termasuk instrumental bermelankoli bertajuk 'Just the Beginning'. Susunan muzik digubah sepenuhnya oleh Zafferun dan lirik dicipta oleh
Seri Gempita. Malangnya demo ini agak memalukan disebabkan bunyinya yg tidak begitu baik. Mungkin disebabkan oleh jurutera bunyi dari sebuah studio yg tak begitu dikenali di Seksyen 7, Shah Alam tidak memberi komitmen dan perhatian yg sempurna seolah-olah kami tidak berguna di matanya. Menurut mereka belaiu cukup tak pro langsung bila berkata,"Jangan pukul drum kuat-kuat nanti pecah!!!". Bolehke cakap macam tu? Tak patut. Dipersada metal tempatan nama Arkhaytulmayt cukup hebat. Mereka mendapat sambutan menggalakkan. Pelbagai kritik dan komen diberikan setelah munculnya demo pertama yg tak memuaskan tu. Namun ia terjual sebanyak 500 salinan. Banyak interviu yg mereka terima termasuklah surat-menyurat hingga membuatkan mereka terlalu sebok.
Selepas itu mereka menyepi selama 2 tahun. Tiada sebarang gerak langkah dari Arkhaytulmayt. Ia menjadi cukup tragik bila Arkhaytul meninggalkan band tahun 2001 tanpa sebarang alasan. Mungkin kerana masalah peribadi. Dikala itu juga muncul satu bala besar buat peminat black metal. Bala besar ini cuba dihangatkan oleh mereka yg tak berotak dari Harian Metro, Berita Harian, 'TV3' dan pencacai-pencacai bodoh yg cuba menyebarkan fitnah tentang pergerakan 'Black Metal' di Malaysia. Keadaan menjadi semakin teruk bila Zaffeerun ditangkap polis dan dibawa ke balai lalu dihujani pelbagai soalan bodoh tentang 'Black Metal'.
Namun semua itu tidak mematahkan semangat pejuang-pejuang Arkhaytulmayt menjelang tahun 2002 setelah isu 'Black Metal' menjadi sejuk sesejuk embun kegelapan larut malam. itu semua hanyalah satu propaganda oleh 'Harian Metro' dalam meraih keuntungan haram hasil dari mensensasikan isu tersebut. Keadaan menjadi terkawal dan peminat metal semakin bebas terlibat dgn scene tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa. Begitu juga Arkhaytulmayt, mereka kembali bernyawa apabila 'Savartus' masuk menggantikan Arkhaytul. Pastinya penghujung 2002 mereka akan muncul dgn hasil terbaru yg masih dlm pembikinan. 2 lagu telahpun digubah dan dlm proses memperkasakan muziknya di studio jamming dekat Seksyen 18, Shah Alam. Jadi begitulah riwayat Arkhaytulmayt buat ketika ini bertarikh 26/02/2002.
It was far enough from our imagination that this band can still survive until now. Back to 1998 when the three 'Musketeers of Darkness', Zaffeerun (Binjai), Nakarazakth (Wan) and Zalzabouth (Lan), from the 'Darkest Part' of a region called Shah Alam decided to perform the most enchanting occult art ever and it just almost a 'Utopia' than a reality. At the beginning of this never-ending journey, they just playing cover songs from some 'Metal Hordes' such as Ryusgnal, Hayagriva, Rotting Christ and some other bands in their jamming session. But their dream became reality in 1999, when Arkhaytul (Kerry) joined this 'horde'. 'It wasn't enough...' Who will sing their songs then??? This 'question' was answered not long after that when Zaffeerun met Seri Gempita (Mizal) and he introduced Zaffeerun with his junior in PPP, UiTM named Emperor Draconis (Pet) in an 'audition' session. Emperor Draconis was then immediately joined this 'horde'. Now the 'horde' had a complete list of it's member, so what to waiting for... make some good music then... Ahhh... before that, a band must have a name... What's a suitable name for this band??? At first we decided to use 'Zirkon' as our band's name. But it's sounds like 'Shit'... and on some gloomy mystical night as we gather around together with Seri Gempita, had came to our mind to use 'Arkhaytulmayt' as our band's name... It was the mixed of two words that is 'Archaic and Mayt (It's corpse in Arabic)'.
The story continued then when we finally released our 1st art of darkness in late 1999 called 'Evening Flight Demo'. There were 3 'Act of Darkness' appeared in this demo called 'Evening Flight', 'Apparition in the Forest of Archaic' and 'Pusaka of the Lord of Forestry' plus one melancholic Instrumental called 'Just the Beginning'. The music arrangement in this demo was totally written by Zafferun and the lyrics was totally produced by Seri Gempita. Sadly to say that this demo sounds like fucking shit... It was because of the sound engineer or in the other words 'Bastard Mother Fucka' treated us like we were criminals or something in his not so famous studio in Section 7, Shah Alam. How can he said "Jangan pukul drum kuat-kuat nanti pecah!!!" (don't hit the drum so hard or it will broken), what a non professional person... Let's talk about the support from our local Metalheads then... We received a numerous supports and critics from our local Metal Supporters for our 1st not so happening demo... and it was sold about 500+/- copies... Lots of interviews and letters comes to us, and sorry to those whom we didn't reply your letter as we got lot's works to do...
For 2 years after, things became so quite... nothing was produced during that long bored times... It becomes more worst as Arkhaytul left the band in 2001 without any reason... (maybe it was a personal secret then... but you are still our good friend forever), At the same time... some issues rises up about 'Black Metal' brought by a 'mother fucka Harian Metro', then accompanies by other news media like 'Berita Harian', 'TV3', and some others spreading 'shits' about the 'Black Metal' movement in our country... Things went more worst when Zaffeerun brought to Police Station and had being asked some stupid questions about 'Black Metal'...
Things got better in 2002 when the 'Black Metal' issue stopped as it was just a propaganda of 'Harian Metro' to take a chance from the issue to rises up their profit of their newspapers sales... and Metalheads can once more again get involved in the scene without any disturbance from the enforcement authority. So as Arkhaytulmayt, we breath again as 'Savartus' joined this band taking up Arkhaytul possiton... and we once again will produced our 2nd act of darkness that probably will release in the end of this year (2002)... 2 songs have been completed and in the phase of practicing its in a jamming studio in Section 18, Shah Alam... So, the history of Arkhaytulmayt ends... but the tales of Arkhaytulmayt will never ends... 'Darkness it'll be...'
IntrOdUksI
ARKHAYTULMAYT sebenarnya bukanlah band yg aku kenali. Band ini kalau diikutkan muncul setelah aku terbuka sebuah webzine yg bernama Extra Shit. Lalu aku terbaca interviu Ira editornya dgn Arkhaytulmayt. Tak ada apa yg dapat aku katakan sebab lagu merekapun aku langsung tak pernah dengar. Mereka membawa deruan angin Melodic Dark Metal Unlimited. Sepupu sepapat dengan black metal aku kira.
Jadi untuk melengkapkan paparan, aku selitkan interviu oleh Ira Extra Shit buat tatapan korang semua. Aku alihbahasakan jugak biograf mereka untuk yg tak reti cakap omputih. Apa yg pasti aku cukup berminat untuk mengkoleksikan band-band tempatan dalam WebMetal ni. Band ni datangnya dari Shah Alam, Selangor. Satu tempat aku bermain satu ketika dulu.