Ok, terkini adalah 'Live in Midgard'. Nampaknya terlalu banyak hasil seni yg telah Therion ciptakan. Antaranya terdapat album-album terbaik yg dihasilkan. Apa yg boleh anda katakan setelah melihat semua ini. Adakah anda ingin meneruskan langkah kejayaan ini dan apakah yg memotivasikan anda ke arah itu? Apakah yg membuatkan anda kekal di persada muzik ini selain dari dunia percintaan (hahaha)?
Saya rasa masa telah membuatkan saya berjaya menghasilkan semua itu. Nasib telah memberikan saya peluang untuk merubah segala arah tuju muzik saya hingga berjaya membuatkan peminat setia Therion bertambah. Saya nampak masa depan yg begitu cerah sekali. Sekalipun kami tak mungkin merilis output kami setiap tahun namun saya rasa Therion akan kekal bertahun-tahun lamanya.
Apa berita terkini Therion? Ada tak sebarang plan di masa depan, material baru, konsert atau tour?
Ya, kami ada pemain dram baru Richard namanya, menggantikan Sami yg menumpukan kpd kerja studio yg kami tubuhkan semasa rakaman Secret of the Runes. Katanya dia terlalu letih dgn tour yg panjang. Richard adalah kenalan lama Sami dan dia juga diperkenalkan oleh Sami kpd Therion. Kmai juga tengah sebok dghn album baru tapi belum pasti bila nak diriliskan (sbb tak ada jadualnya lagi).
Dalam banyak-banyak tour dan konsert yg Therion buat, yang mana satu memberikan satu kenangan manis yg sukar dilupakan?
Saya pasti tak akan lupa kali pertama kami buat show di Dynamo Festival, sbb di sinilah kebanyakkan band-band baru impikan nak buat show. Ada banyak juga konsert lain yg sukar dilupakan antaranya di Lithuania semasa Deggial tour, ada beberapa lagu yg kami ambil dari show ini untuk DVD akan datang.
Dengar kata ada show kat Zagreb (Croatia), jadi tak ke sana, bila? betulke korang nak ke Serbia sekali?
Kami cuba aturkan, pasti best kalau dapat ke Zagred dan Serbia. Tapi kalau ada pihak kat sana sudi nak offer dgn kadar yg berpatutan kat kami, ok jugak. Kalu berminat kontek pengurus kami.
Lirik memainkan pernana penting setiap album, pada pandangan anda sejuah mana kepentingan lirik buat Therion dan atas dasar apakah ia dicipta?
Ia didasari oleh kajian teori dan praktikal tentang kepelbagaian occult, magik, mistik dan mitologi yg memakan masa bertahun lamanya. Ia memberi makna yg mendalam secara peribadi buat saya.
Soalan ni dah banyak ditanya tapi masih ada yg tak tahu jawapannya, kenapa korang tukar nama dari Blitzkrieg kepada Therion?
Sebabnya kerana kami adalah peminat setia Metallica sbb tu diberi nama Blitzkrieg. Masa tu EP Creeping Death mereka menjadi ikutan kami. Kami ada buat lagu cover utk "Am I evil" dan ada satu lagu namanya Blitzkrieg dan kami jadikan nama band. Malngnya kami dapat tahu ada band lain guna nama yg sama, jadi kami tukarlah nama lain. Masa tu jugak band kami berpecah beberapa bulan dan saya mula berjinak dengan gitar sbb sebelum tu saya bermain bass. Kami sukar nak dapat ahli baru dan akhirnya muka lama gabung semula dan bentuk gaya muzik baru dgn nama yg baru.
Rasanya pada awalnya Therion bermain Death Metal, kemudian dalam beberapa album berlaku sedikit perubahan eksperimentasi membawa kpd nada gothic metal. Bermula dgn Deggial, saya rasa nada opera/gothic metal mula ketara. Cuba cerita macam mana ia terjadi?
Bagi saya memangnya berlaku perubahan secara total kalau kita dengar dari awal album hingga yg terkini. Setiap album kami buat perubahan hinggalah sekarang. Tak ada cerita disebaliknya, cuma saya buat lagu cara spontan saja dan secara tak sengaja ia jadi macam tu.
Ada tak masalah dgn band lain bila korang tukar rentak jadi gothic metal. Sbb Therion datang dgn irama death metal menjadi gothic metal ditengah-tengah kepesatan rentak brutal metal. Lagipun gothic agak perlahan berbadning death metal.
Sebenarnya dah lama kami kena kritik sbb guna kibod sejak tahun 1992 lagi. Untuk makluman korang semua sejak album pertama kami dah guna kibod, cuma tak banyaklah. Kami juga ada gabung vokal bersih dgn vokal perempuan. Lawak jugak kan, sbb banyak band dah buat macam tu sekarang ni. kami jugak kena komen pasal guna pengaruh heavy metal utk album ketiga tahun 1993 tapi sekarang dah jadi normal. Kami tak kisah semua tu, sbb kami buat album dgn citarasa kami. Mungkin sbb tu album awal kami tak laku sangat.
Apa pandanagn korang tentang fanzine, adakah ia menyumbang ke arah memajukan dunia metal? Ada tak anda baca sebarang fanzine kebelakangan ni?
Saya rasa mereka begitu penting buat pemuzik underground yg payah nak dapat liputan media semasa. Kami dapat jual 1100 demo masa dulu kerana dapat interviu dari fanzine macam ni, konsertpun mencurah-curahle sbb nama kami mula dikenali. Kadangkala ada soalan yg unik dr mereka yg boleh menarik minat pembaca. Dah jadi adatlah setiap majalah metal terkenal bermula dgn fanzine macam ni.
Apa yg anda lakukan masa santai selain bermain muzik?
Baca buku, daki gunung, tengok konsert klasik, tonton opera dan lepak ngan kawan-kawan.
Apa pendapat anda tentang muzik secara umum? Minat tak dengar muzik jenis lain macam jazz, klasik, pop, ballad dsbgnya. Ataupun hanya metal menjadi pilihan dan tak peduli dgn muzik lain. Apakah pendapat anda tentang muzik metal yg bercampur dgn elemn muzik lain dr metal seperti tekno, jazz, etnik dll?
Sebenarnya minat saya kpd muzik adalah luas. Muzik heavy metal era 80an paling saya minat, kemudian era 70an dgn hard rock dan progresif rock, muzik klasik dan opera (terutamanya dr Jerman dan Rusia) juga band lama macam Voivod. Say jugak minta dgn death, thrash dan black metal, folk, lagu rock biasa dan sewaktu dgnnya. Tekno bukan citarasa saya, kalau yg ekstrem sikit bolehlah, itupun tengok keadaan. Jazzpun sama jugak, tak minat. Saya rasa semua jenis muzik boleh digabungkan cuma ia kena hasilkan satu muzik yg bermakna. Orang yg buat tu mestilah ada keaslian tanpa meniru mana-mana muzik lain. Bagi saya, muzik macam ni payah nak masuk telingalah. Senang kata, tak minatlah.
Ok, band mana pilihan anda utk didengari masa santai? Boleh senaraikan band metal baru dr Sweden yang tak begitu dikenali dunia.
Accept, Iron Maiden, Manowar, Judas Priest, Ozzy, Wagner, Richard Strauss, Rachmaninov, Stravinsky, Voivod, Eloys early albums, Klaatus "Hope", Slayers "Reign in Blood", Celtic Frost, The Gathering, Black Widow, Black Sabbath, AC/DC dan byk lagi. Sebenarnya saya tak begitu mengikuti perkembangan band baru Sweden, mungkin anda lebih arif.
Ok, terima kasih bebanyak dan ayat akhir dr anda.
Kami harap dapat ke Serbia satu hari nanti. harap dapat jumpa peminat kat Zagreb, Budapest dan kawasan yg sewaktu dgnnya. Sekian.
dIskOgrAf
Of Darkness (1991) Beyond Sanctorum (1991) Symphony Masses Ho Drakon Ho Megas (1993) Lepaca Kliffoth (1995)
Theli (1996)
Therion dengan death metal membuatkan aku takjub sekali apabila mereka berjaya menghasilkan output yg sangat inovatif melalui Theli. Theli bagi aku satu campuran muzik klasik dan heavy metal yg amat asing ketika itu tetapi merupakan satu impak yg sgt dahsyat era death metal. Muzik mereka seperti satu kombinasi unik petikan gitar metal, bass, pukulan dram, alunan keybod dan orkestra simfoni. Vokalnya pelbagai dgn koir opera meliputi setiap lagu lalu menampilkan satu suasana yg menakutkan penuh kegelapan.
Aku amat terpegun dgn Theli rasanya tak ada yg setanding dgnnya, muzik mereka yg mirip heavy death metal begitu menarik dgn selang-seli koir wanita. Lirik pula begitu mistik sekali membawa kita ke dunia pemujaan tuhan-tuhan purba zaman Sumeria dan Mesir kuno (agaknya). Elemen klasik dan koir yg begitu ketara disulami dengan riff mudah dan petikan gitar solo yang mengasyikkan. Sebelum ini aku belum pernah mendengar muzik metal berelemenkan opera simfoni hingga aku bertemu Theli. Rasanya inilah hasil seni terhebat dari Therion zaman lewat 90an. Satu pencapaian yg membanggakan dunia detah metal dan aku rekomenkan lu semua dapatkan hasil seni ini untuk menilainya sendirian.
1. Preludium
2. To Mega Therion
3. Cults of the Shadow
4. In the Desert of Set
5. Interludium
6. Nightside of Eden
7. Opus Eclipse
8. Invocation of Naamah
9. Siren of the Woods
10. Grand Finale/Postludium
Arab Zaraq Lucid Dreaming (1997) Vovin (1998) Crowning Of Atlantis (1999) Deggial (2000) Secret Of The Runes (2001) Live In Midgard (2002)
dEmO Paroxysmal Holocaust (1989) Beyond The Darkest Veils Of Inner Wickedness (1989) Time Shall Tell (1990)
bIOgrAf
Sedikit Latar Band :
Asal : Stockholm, Sweden Tahun Ditubuhkan : 1987 dgn nama asal Blitzkrieg kemudian menjadi Megatherion dan akhirnya bertukar kpd Therion Ahli Band Terkini : Christofer Johnsson (vokal, gitar & kibod), Kristian Niemann (Gitar), Sami Karpinen (dram) & Johan Niemann (Basis). Bekas Ahli : Terlalu ramai antaranya Piotr Wawrzeniuk, Oskar Forss, Matti Kärki, Fredrik Isaksson dan ramai lagi.
Sejarah Ringkas :
Kisah penubuhan Therion bermula tahun 1987 apabila Christofer Johnsson menubuhkan Blitzkrieg kemudiannya bertukar nama menjadi Megatherion dan akhirnya kekal hingga kini menjadi Therion. Nama ini membawa tuah apabila mereka menjadi artis rakaman label Jerman, Nuclear Blast. Tahun-tahun seterusnya Therion berjaya merakamkan album demi album dengan diwarnai pelbagai ahli band yang bertukar ganti. Walau apapun org yg menjadi nadi Therion adalah Christofer yg mencipta melodi Therion, mengalunkan riff gitar, menyusun bunyian harmoni organ dan kibod dan juga selaku vokalis. Tak banyak yg boleh kita jumpa manusia sebegini hebat. Semoga akan muncul lebih ramai lagi manusia seperti ini di masa depan. Album terawal Therion lebih kepada death metal tetapi evolusi melanda Therion lalu membentuk satu susunan melodi hebat yang berkombinasikan vokal lelaki, wanita, koir simfoni, orkestra simfoni, melodik arab kuno, klasik dan industri. Album Theli, adalah permulaan buat Therion menempah kejayaan di persada dunia.
Kini Therion bergelar sebagai satu band yg menampilkan satu kelainan dalam muzik mereka di mana elemen opera dan simfoni disemadikan dalam satu nadi death metal. Berinspirasikan melodi Iron Maiden dengan metal klasik membolehkan Christofer turut mendendangkan lagu ciptaannya seiring dgn vokalis wanita. Ia mula dirasai dalam Lepaca Kliffoth dan semakin kuat kedengaran dalam Theli. Boleh juga dinamakan sebagai opera metal atau romantik metal. Untuk memberi impak opera yg hebat Christofer telah membawa pemuzik orkestra jemputan untuk memainkan nada orkestra di samping koir yg berharmoni. 1997 Therion merilis album sempena ulgtahun ke 10 iaitu A'arab Zaraq Lucid Dreaming.
Antara ahli koir yg sering dijemput oleh Therion adalah Sarah Jezebel Deva yg juga bertindak vokalis solo, duet, alto dan soprano. Dia juga pernah terlibat dgn band seperti Covenant dan Cradle of Filth menyumbangkan vokalnya yg bertenaga. Vovin, Lorentz Aspen pula dari Theatre of Tragedy dijemput bermain organ. Lain-lain pemuzik jemputan adalah seperti Ralf Scheepers (Gamma Ray, Primal Fear), Peter Tägtgren (Hypocrisy) dan Hansi Kürsch (Blind Guardian). Jika anda belum mengenali Therion cuba dapatkan Theli dan pasti anda akan terpukau dgn kehebatan melodinya.
After more than ten years, it’s safe to say that Sweden’s Therion has all but perfected the seemingly incongruous marriage of classical and heavy metal music. While lesser bands simply lay a few orchestral tracks on top of typical metal riffing, Therion mastermind Christofer Johnsson has a long history of fusing these distinct genres. Therion’s "dragon trilogy" (Ho Drakon Ho Megas, Lepaca Kliffoth and Theli) documents their path toward the unique melding of metal and string, with the experimental but highly effective Theli bringing these two styles of music together effectively for the first time. The myths of old, the secret sciences of alchemy or cabala are brought to life in more refined ways by mixing metallic hymns with the sublime art of classical composers.
With subsequent releases, Therion continued to push the boundaries of both classical and heavy music, with 2000’s Deggial being the apex. Deggial was the first album to totally focus on authentic instruments, as Johnsson replaced synthesizers with twenty-seven musicians, including a full complement of strings, brass and woodwind instruments along with a tenor and a full choir. The resulting album was powerful but in a darker, far more untraditional way than metal fans (even Therion fans) were accustomed to.
After the introspective and subdued Vovin and Deggial, Therion returns with an album that offers more of a balance between classical and heavy metal. Secret of the Runes returns to the heavier roots of Theli while still continuing the undeniable progression of Therion. Leaving the somewhat Eastern themes of previous releases behind, Secret of the Runes focuses on Therion’s Nordic heritage for the concept behind Secret of the Runes. Johnsson explains, "The word ‘rune’ means ‘secret,’ and therefore the meaning of the title is the ‘secret of the secrets.’ The secret hidden in the concept of the runes is that they are more than just letters to write with; they are also magical signs. The Nordic tradition is the most well-known and basically the only one used among serious occult groups and pagan believers." True masters of classical music like Richard Wagner, Verdi or Sergei Rachmaninov influenced much of Therion’s past orchestrations. In fact, Wagner’s Librettos were based on Nordic-Germanic legends, so as Wagner’s influence is huge on Therion and Johnsson in particular, it only seems right for the band to finally reflect that through their lyrical content. Secret of the Runes represents a return of sorts, a return for Therion to both their Nordic and heavy metal roots.
IntrOdUksI
THERION seringkali menjadi band death metal Sweden kegemaran aku. Tatkala setiap kali aku menikmati lagu, band ini pasti tak ketinggalan. Romantic Death Metal begitulah agaknya yang aku dapat labelkan untuk Therion.
Mereka berjaya menggabungkan estetika Celtic Frost dan gaya tersendiri yang bermelankolik dan bersimfoni. Pertama kali aku kenal band ini ketika aku membeli album kompilasi God Of Darkness, di mana terdapat sebuah lagu dari Therion bertajuk Cult of the shadow.
Mula-mula mendengar lagu ini membuatkan aku terpaku seketika. Begitu unik sekali susunan muzik mereka dengan gabungan vokal lelaki dan berharmoni dengan vokal koir wanita.