NU'S| |
METALASIA antara band metal Malaysia yang lahir dari bawah tanah berjaya menerobos ke gawang mainstream semasa. Keberanian mereka membuat terjunan udara demi meluahkan rasa hati yang geram terhadap lanun cetak rompak menaikkan lagi populariti mereka.
Hanya satu lagu yang pernah aku dengar dari Metalasia iaitu sewaktu mereka membuat persembahan di Hiburan Minggu Ini. Gabungan Ning Baizura bersama Metalasia dilihat seolah-olah ingin meniru gaya gothic metal dengan suara soprano. Muzik mereka ketika itu agak kurang jelas tenggelam dek suara soprano dan vokalisnya.
Walau apapun syabas diucapkan buat Metalasia kerana berjaya di aliran atas tanah berbanding band-band bawah tanah yang lain.
Metalasia tertubuh di atas cetusan rasa dan keinginan anggotanya yang ingin membawa pendengar menjiwai muzik ala 80an yang diberi nafas baru dengan penekanan terhadap gitar work yang sangat progresif. Dianggotai oleh 5 orang anak muda yang mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang muzik terutamanya yang membabitkan jenis muzik underground dan seangkatan dengannya, mereka kini dilandaskan yang paling tepat untuk mengegarkan persada muzik metal tanahair.
Apapun, Metalasia terbukti mempunyai iltizam yang tinggi bagi memartabatkan tahap persembahan muzik dengan menonjolkan muzik metal progresif yang sekaligus menyerlahkan kebolehan dan ketangkasan pemuzik-pemuziknya di dalam setiap persembahan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album pertama mereka berjudul Khalifah Alam Maya.
Metalasia dan Khalifah Alam Maya memang memberi pengertian yang sedikit konflik kerana di dalam satu masa mereka berazam menjadi kumpulan metal terunggul di Asia manakala di sudut yang lain pula mereka ingin menjadi utusan yang membawa khabar gembira buat pencinta-pencinta muzik metal.
Di dalam persembahan konsert mereka baru-baru ini di Karnival Bukit Jalil, Metalasia telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu duduk sebaris dengan pemuzik-pemuzik handalan seperti Man Kidal, Shahrul, Hillary, Samad, Izo dan ramai lagi. Ketangkasan gitaris Metalasia iaitu King Shah dan kehebatan penyanyi dan gitaris kedua mereka CD dapat dilihat pada setiap lagu yang diperdendangkan Metalasia. Headbangin, solo gitar, larian dan koreografi yang unik turut menambah serlah kerancakan persembahan mereka di pentas.
Mereka adalah jawapan yang paling tepat kepada peminat-peminat yang telah lama dahagakan mutu muzik yang berkualiti. Lagu-lagu di dalam album mereka banyak mempamerkan penerokaan baru untuk kemajuan muzik metal dan ini bersesuian dengan judul album mereka Khalifah Alam Maya. Namun, Metalasia tidak seharusnya lupa dan alpa bahawa tanpa lagu yang iramanya mampu memikat para pendengar, usaha mereka ke arah kecemerlangan mungkin sia-sia. Rata-rata peminat muzik di Malaysia mempunyai tabiat yang hanya mengambil tahu sesuatu kumpulan baru apabila ada irama lagu daripada album mereka yang mampu mencuri perhatian. So, what U have to do is just put aneffort on it and try to understand the audience.
Silantra... Bermula Sebuah Hikayat
Khalifah Alam Maya
Khalifah Alam Maya merupakan album sulung dari kumpulan ini yang telah dikeluarkan oleh Tri Castle Bass World Sdn Bhd, secara keseluruhanya bila aku mendengar saja album ini, aku teringat kepada album Jason Becker yang bertajuk 'Perpetual Burn', bunyi petikan gitar King Shah & Ridz hampir menyamai album tersebut, dan aku rasa album tersebut susah untuk dicari buat masa sekarang, jikalau korang nak tahu macamana bunyinya elok korang dengar album kumpulan Metalasia.
Dalam album ini menampilkan Cd - Vokal, King Shah - Gitar & Keyboard, Ritz - Gitar, Ewan Brakar - Bass dan Sam Maya - Drum.
Banzai
Insaf
Manusia Berdosa
Khalifah
Alam Maya
Kamikaze
Ikhtilaf
Dimensi
(Instrumental)
Bencana
Aniaya
Kuda
Padiku Mengamuk Dengar Lagu Metal (Instrumental)
Lumba
Maut
Inspirasi
(Instrumental)