WebMetal ~ Malaysian Made Metal Site

NU'S

Cradle Of Filth satu nama besar yang mempopularkan unsur-unsur seksual dan puitis dalam irama black metal bermelodi ala gothic.

Satu-satunya band black metal yang memiliki vokalis bersuarakan 7 jenis bunyian.

Anehkan. namun itulah yang diberitahukan oleh seorang rakan kepadaku. Bagaimanapun jika anda dengarkan hasil seni COF ini sememangnya sukar nak menafikan dakwaan itu.

Nak tahu tentang Damnation And A Day album terbaru mereka, sila terjun ke laman web mereka www.cradleoffilth.com.



HI-STORY

Cradle of Filth Band yg pada awalnya tidak menonjol satu ketika dahulu kini secara tiba-tiba menjadi sebuah band yang paling popular di UK mewakili aliran Black Metal seawal tahun 1994 dgn kelahiran debut album The Principal Of Evil Made Flesh. Secara kasarnya band ini lebih byk dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka dari Scandinavia yg dikepalai oleh Emperor dan Mayhem.

Pengaruh ini turut memperkenalkan solekan hitam putih di kulit muka mereka. Ia kelihatan seperti wajah mayat dgn dilengkapi oleh alat-alat pengkebumian serta dituruti semburan api dan simbahan darah di pentas persembahan. Bagi kebanyakkan band Black Metal Scandinavia yg berpaksikan occult, falsafah berkaitan dgn mitos Viking tetapi tidak bagi Cradle of Filth. Bagi mereka aliran yg dibawa lebih kpd gothic berwajahkan muzik ala puisi. Ini boleh dilihat dlm kebanyakkan lirik lagu mereka yg byk berunsurkan kegelapan dgn menggunakan alat cello serta jeritan suara vokalis perempunnya iaitu Andrea Mayer (berasal dari German dan telah berkahwin dgn salah seorang ahli Emperor). Asas bunyi band ini lebih menjurus kpd bunyian apokalip gitar dan suara vokalisnya.

Band ini pernah mengalami suasana yg perit pada satu ketika apabila kehilangan beberapa ahli kumpulan, birokrasi pihak pengurusan dan syarikat rakaman mereka. Mereka akhirnya berjaya bersatu semula lalu berjaya menghasilkan Dark Faerytales In Phallustein pada tahun 1996 dgn dibarisi Dani Filth (vokal), Robin Graves (basis), Damien yg berasal dr Ireland (keyboard), Stuart Anstis dan Jared (gitaris). Album studio ketiga mereka Dusk ... And Her Embrace, atas label Music For Nations tururt berjaya dikeluarkan.

Kali ini mereka lebih byk memaparkan elemen mitos pontianak atau vampire dgn nada romantik ala Victorian dan Medievel. Bekas basis Brutality, Jeff Acres turut serta dlm band ini pada tahun 1995 manakala gitarisnya Bryan Hipp keluar pada tahun 1996. Cradle Of Filth beroleh nama yg gah di mata dunia setelah mereka memalukan Tara Palmer Tomkinson semasa anugerah muzik Kerrang! tahun 1998. Pada tahun yg sama klip Cruelty And The Beast memperkenalkan pengelibatan pelakon Ingrid Pitt di 'Bathory Aria'. Filth dan Graves pula melengkapkan barisan band ini dgn kemunculan album Midian.

DISCO-GRAFI


"Damnation And A Day - 2003"
01. A Bruise Upon The Silent Moon 02. The Promise Of Fever 03. Hurt And Virtue 04. An Enemy Led The Tempest 05. Damned In Any Language ( A Plague On Words) 06. Better To Reign In Hell 07. Serpent Tongue 08. Carrion 09. The Mordant Liquor Of Tears 10. Presents From The Poison-Hearted 11. Doberman Pharaoh 12. Babalon A.D. (So Glad For The Madness) 13. A Scarlet Witch Lit The Season 14. Mannequin 15. Thank God For The Suffering 16. The Smoke Of Her Burning 17. End Of Daze



"Live Bait For The Dead - 2002 "


"Lovecraft & Witch Hearts - 2002"


"Bitter Suites To Succubi - 2001"


"Midian - 2000"


"From The Cradle To Enslave - 1999"


"Cruelty And The Beast - 1998"


"Dusk And Her Embrace - 1996"


"Vempire or Dark Faerytales in phallustein - 1996"


"The Principle Of Evil Made Fleash - 1994"