|
NU'S
Dimmu Borgir, black metal Norway yang disanjung tinggi seluruh alam kegelapan.
Khabar terkini Sept 2003 kedengaran bahawa mereka telah meriliskan album baru Death Cult Armageddon yang telahpun meresap di pasaran kegelapan metal.
Laman web mereka juga khabarnya berwajah baru dan akan muncul pada 080903.
Jadi nanatikan mereka di www.dimmu-borgir.com pada tarikh tersebut.
Sementara itu jangan lupa dapatkan Death Cult Armageddon segera.
|
|
HI-STORY
Dimmu Borgir adalah nama sebuah kawasan lava besar di danau Mount, Iceland. Dimmu Borgir adalah sebuah band yang memainkan melodic black metal berasal dari Norway. Shagrath, Silenoz dan Tjodalv membentuk band ini pada tahun 1993. Tak lama selepas itu, Brynjard Tristan bergabung sebagai pemain bass dan Stian Aarstad sebagai keyboardis. Sejauh ini kehebatan nama mereka dianggap menyamai band-band seperti Emperor, Rotting Christ dan Cradle of Filth.
Permainan keyboard yang menyeramkan, petikan gitar yang agresif, lirik dan penampilan berbau satanisme yang kental, permainan dram yang menggila, nada suara yang berat ala doom metal dan harmonisasi ala opera, semua ini merupakan ciri khas Dimmu Borgir. Gaya muzik mereka byk dipengaruhi oleh black metal 80an, heavy metal, dan musik klasik karya Wagner dan Dvorak. Dimmu Borgir memulakan karier mereka dengan terhasilnya 7" EP berjudul "Inn I Evighetens Morke" (terjemahan : "Memasuki Kegelapan Abadi") di label Necromantic Gallery Productions pada tahun 1994. EP ini laris terjual dlm masa seminggu, merupakan tanda awal kejayaan DImmu Borgir di dunia black metal. Dimmu Borgir telah hadir di dunia muzik black metal agak lama walaupun mereka baru dikenali dan mendapatkan penerimaan dari penggiat muzik ini di tahun 1994, ketika mereka mengeluarkan debut album yang berjudul "For All Tid" di label No Colour Records. Formasi band untuk album debut ini adalah : Shagrath (dram & vokal), Erkekjetter Silenoz (gitar & vokal), Tjodalv (gitar), Brynjard Tristan (bass), Stian Aarstad (synthesizers, piano & efek).
Pada tahun 1996 mereka menghailkan sebuah album yg dianggap sebagai terbaik penting dalam sejarah black metal "Stormblåst" di bawah naungan label Cacophonous Records. "Stormblåst" menunjukkan kemajuan hebat dalam teknik muzik para anggota Dimmu Borgir sehingga semakin terserlah originaliti muzik yg menunjangi mereka. Formasi untuk album ini tidak banyak berubah kecuali pertukaran antara Shagrath yang kini memegang posisi kunci, gitar dan vokal, sementara Tjodalv duduk di belakang dram. Untuk ke-2 album perdana mereka ini Dimmu Borgir masih menulis lirik dalam bahasa Norway, akan tetapi setelah itu mereka mula bertekad untuk menarik perhatian peminat dengan menulis lagu dalam bahasa Inggeris.
Setelah "Stormblåst", Dimmu Borgir menghasilkan EP "Devil's Path" di tahun 1996 dengan label Hot Records. Dalam EP ini, Nagash (eks Troll / The Kovenant) direkrut untuk menggantikan Tristan sebagai pemain bass. EP ini seterusnya disusuli dengan album terhebat mereka berjudul "Enthrone Darkness Triumphant". Album ini merupakan langkah awal mereka berpindah ke label terkenal apabila dirakamkan di (Nuclear Blast), produksi yang berpengaruh dengan produser terkenal Peter Tagtren dan kejayaan penjualannya lebih dari 150,000 unit. Dengan kejayaan ini muncul tuduhan dari peminat dlm dunia black metal bahawa Dimmu Borgir telah mengkhianati dunia muzik metal underground. Namun yg nyata, Dimmu Borgir tetap bertunjangkan muzik black metal yang agresif walaupun agak bermelodi dan kejayaan mereka sebagai perintis kpd band-band black metal lainnya untuk meraih kejayaan yang merupakan hak setiap band yang berjuang keras dan konsisten dengan muzik yang mereka cintai. Dimmu Borgir memilih kerjasama dengan major label Nuclear Blast kerana mereka menganggap label mereka terdahulu gagal menyediakan bantuan dan promosi yang memadai untuk memajukan nama Dimmu Borgir.
Nuclear Blast menghasilkan album pertama mereka "For All Tid", di tahun 1998. Album ini turut memuatkan dua lagu dari 7" EP "Inn I Evighetens Morke". Di tahun yang sama, muncul maxi EP "Godless Savage Garden". Album ini menagndungi 2 lagu baru, 2 lagu lama yang dirakam semula, satu lagu cover version and 3 lagu dari live show mereka. Maxi EP ini mendapatkan pencalonan "Spellemannsprisen" (Grammy Awards ala Norway) di kategori muzik metal. Dimmu Borgir turut muncul memainkan lagu "Grotesquery Concealed". Setelah itu mereka meneruskan projek album "Spiritual Black Dimensions" di studio Abyss dengan engineer Peter Tagtren (Hypocrisy, Pain, The Abyss). Album ini menyajikan sound Dimmu Borgir yang semakin ketara lebih cermat walaupun tetap mempertahankan keagresifan muzik mereka.
Dikeluarkan pada 1 Mac, tahun 1999 oleh Nuclear Blast, "Spiritual Black Dimensions" meraih kejayaan penjualan yang lebih hebat dari karya-karya mereka sebelumnya dan memperkuat posisi Dimmu Borgir sebagai salah satu pemimpin di dunia black metal. Setelah rakaman album ini, Nagash memutuskan untuk keluar dari band dan menumpukan karier muziknya dengan band The Kovenant. Posisinya digantikan oleh Simen Hestnaes (aka I.C.S. Vortex) dari band Borknagar di tahun 1999. Sebulan setelah album ini terhasil, Dimmu Borgir muncul dgn split album bersama band Old Man's Child, berjudul "Sons of Satan Gather for Attack". Di bulan yang sama Astennu menghasilkan album "Mirrored Hate Painting" dengan projek sampingannya bernama Carpe Tenebrum di bawah label Hammerheart Records. Ditengah tour Dimmu Borgir di tahun 1999, Tjodalv keluar dari band kerana konflik artistik dan peribadi. Nick Barker, bekas pemain dram band Cradle Of Filth mengambil alih posisinya.
Proses rakaman album Dimmu Borgir selanjutnya mengalami beberapa masalah seperti kesukaran untuk berlatih disebabkan Nick Barker yang saat itu masih tinggal di England dan pemecatan Astennu (gitar) gara-gara masalah peribadinya. Pengganti Astennu adalah Galder (Tom Rune Andersen), pemain gitar dan 'otak' di belakang band death metal Norway, Old Man's Child. Dengan formasi yang sudah mantap, Dimmu Borgir memasuki Fredman Studio di penghujung tahun 2000 untuk merakam album "Puritanical Euphoric Misanthropia". Album ini menunjukkan kematangan muzik para anggota Dimmu Borgir dengan kemampuan mereka menggabungkan musik black metal yang agresif dengan sound atmosferik mengkhayalkan ala muzik opera dan klasik. Kekuatan album ini ketara dalam lagu-lagu "Blessings Upon The Throne Of Tyranny", "Kings Of The Carnival Creation","The Mealstrom Mephisto" dan "Architecture Of A Genocidal Nature").
Sebagai bonus, Dimmu Borgir merakam beberapa lagu dengan simfoni orkestra Gothenburg. Hasil dari 'perkahwinan' antara black metal dan simfoni orkestra ini mendapatkan sambutan yang hebat dari para peminat dan pengkritik. "Puritanical Euphoric Misanthropia" lebih dari sekadar sebuah album dari koleksi muzik Dimmu Borgir. Album ini berjaya menyegarkan scene black metal yang semakin seragam dari segi kreativit. Keberanian Dimmu Borgir untuk bereksperimen dengan muzik genre ini membuatkan nama mereka semakin terkenal dan dihormati sebagai salah satu band black metal yang berjaya. Dimmu Borgir turut terlibat dlm tour untuk mempromosikan album baru ini sejak bulan Mac tahun 2001 lalu. Dengan kesetiaan mereka pada genre muzik black metal dan disertai kematangan dalam bereksperimen demi mendapatkan sound yang lebih unik lagi, karier Dimmu Borgir diharapkan berkekalan. Ini merupakan sesuatu yang paling dihargai oleh peminat Dimmu Borgir dan black metal pada umumnya.
|
|
DISCO-GRAFI
"Death Cult Armageddon - 2003"
01. Allegiance
02. Progenies Of The Great Apocalypse
03. Lepers Among Us
04. Vredesbyrd
05. For The World To Dictate Our Death
06. Blood Hunger Doctrine
07. Allehelgens Død I Helveds Rike
08. Cataclysm Children
09. Eradication Instincts Defined
10. Unorthodox Manifesto
11. Heavenly Perverse
Bonustrack Digi:
12. Satan My Master (Bathory Cover)
" "
|