WebMetal ~ Malaysian Made Metal Site

NU'S

Khabar terkini yg disumpah oleh Mick di buku sumpahan adalah seperti berikut :
"Hailz to all Metalheads! Here is Mick from DESTINITY. See you soon in Hell and for the new opus call IN EXCELSIS DEMENTIA in June 2004 in Asia."

Kalau nak tengok video klip mereka sila KLIK INI sekarang.

Destinity sememangnya tak perlu aku ceritakan lebih lanjut. Black metal bermelodik yang kejam.

Pukulan black metal mereka seiras dengan Cradle Of Filth. Jeritan vokalis yang berubah serak dan nyaring menyedapkan lagi santapan telinga.

Destinity pada mulanya aku tak tahupun kewujudan mereka. Lalu majalah Konsert (Malaysia) memperkenalkan Destinity kepadaku melalui reviu album Supreme Domination's Art.

Album inilah yang merasuk aku utk kenal dengan lebih dekat band ini. Sayangnya album terkini mereka Under The Smell Of Chaos masih belum tiba di pasaran Malaysia.

Destnity boleh dihubungi di alamat:
RIGNANESE Mick 29, chemin du pr?rond 69700 MONTAGNY
Tel : 06 18 97 86 30

ataupun emel di:
Destinity66@hotmail.com

ataupun laman web mereka destinity.fr.st

HI-STORY

DESTINITY salah sebuah band black metal yg bertunjangkan muzik black metal bersimfoni dari Lyon, Perancis. Album terdahulu banyak memaparkan aliran muzik doom black metal tetapi dgn kemunculan album terbaru mereka Supreme Domination's Art keluaran sebuah label terkenal dari Malaysia iaitu Psychic Scream Entertainment begitu berlainan sekali.

Tunjang asal mereka telah berubah sama sekali dari doom kepada Symphonic black metal. Mereka turut menggelarkan corak muzik yg diperkenalkan itu sebagai Supreme Vampyric Symhonic black metal. Alunan muzik yg bersimfoni tetapi menyeramkan.

Jika anda meminati Cradle of Filth anda seharusnya meminati Destinity kerana cara persembahan muzik mereka agak seiras. Ini boleh dikesan dari gaya nyanyian dan alunan suara jeritan vokalisnya. Kadangkala mungkin anda tertanya adakah Dani, vokalis Cradle of Filth turut serta diundang untuk menyumbangkan suaranya. Tidak sama sekali. Mungkin secara kebetulan suara vokalis Destnity agak mirip suara Dani Cradle of Filth. Namun muzik Destinity memang mempunyai pengaruh dari nama besar seperti Cradle of Filth.

Apa yg nyata anda pasti tidak rugi atau kecewa dgn persembahan Destnity. Memang hebat dan menakjubkan. Susunan muzik mereka ternyata padu dan hebat sekali. Anda pasti khayal dibuai indah dan gerun oleh alunan black metal bersimfoni dan bermelodi lagi menyeramkan yg dibawa khas oleh Destinity buat peminat setia mereka. Oleh itu segera dapatkan Supreme Domination's Art untuk kepuasan anda.

Album pertama Destnity adalah Wepts From The Sky yg telah dihasilkan pada tahun 1999. Supreme Domination Art pula merupakan album kedua mereka yg baru sahaja keluar pasaran tahun 2001. Terkini 2002 Under The Smell Of Chaos telah muncul merasuk peminatnya.

Jasad terkini Destinity adalah :
[ Kris-Tyraël - Drums ]
[ Vocals - Mick ]
[ Lord D.D. - Lead Guitar ]
[ Rythmic Guitar - Zephiros ]
[ Morteus - Keyboard ]
[ Bass Guitar - Chart ]

DISCO-GRAFI


UNDER THE SMELL OF CHAOS

UNDER THE SMELL OF CHAOS (Adipocere Records) - 2003
1. Introspection 2. Under The Smell Of Chaos 3. Daemonity 4. Enter My Nightmare 5. Evil Moon 6. Psychose 7. Glutted Wargasm 8. As The Disease We Shall Spread 9. Hymn For Minas Morgul 10. An Astral Travel (Through The Gloomy Ocean Of Sadness) 11. Dominus Satanas

SUPREME DOMINATION¡¯S ART

SUPREME DOMINATION¡¯S ART (Psychic Scream Entertainment) ¨C 2001
1. The Beginning Of Eternal Sufferings 2. Wreak Of Sorrow 3. Beyond The Spiritual Prophecy 4. Supreme Domination¡¯s Art 5. New Dark Empire 6. From The Bowels Of The Abyss 7. The Greatest Dream (Brutal Sodomy) 8. The Sermon Of Infinity 9. Vanth¡¯s Dusk Enigma

WEPTS FROM THE SKY

WEPTS FROM THE SKY (Auto-production) ¨C 1999
1. Vanth¡¯s Dusk Enigma 2. Storm¡¯s Breath 3. Desire¡­ 4. Souls Joined Together Eternaly 5. Supremacy In Madness 6. The Beautiful Call Of Lord 7. Ultimate Silence Of The Unspocken 8. Wepts From The Sky