Introduction

A tribute to the special things in my life...

My life, loved ones, work, food, home, interests, health tips, family tips, cooking, surfing, e-commerce, travel, reading... etc... etc...

For the Soul...

Islam agama Allah dari dahulu hingga akhirat

Dato' Dr Haron Din, 17 Disember 2007

  • Bagi orang-orang yang percaya kepada al-Qurannul Karim sebagai Kitab Allah, kitab hidayah yang menerangi jalan yang benar, pasti akan meyakini sepertimana firman Allah (mafhumnya):
    "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah adalah Islam." (Surah Ali-Imran, ayat 19)
  • Daripada sepotong ayat ini pun sudah dapat diyakini bahawa Islam adalah satu-satunya agama Allah. Kerana ayat tersebut adalah yang 'muhkamaat' iaitu jelas dan nyata.
  • Jika Allah menyebut dengan jelas seperti ayat di atas, maka Islamlah satu-satunya agama yang benar daripada dahulu, sekarang dan selama-lamanya.
  • Firman Allah (mafhumnya):
    "Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak sama sekali akan diterima (oleh Allah) daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi." (Surah Ali-Imran, ayat 85)
  • Kisah turunnya ayat ini menurut Akrimah disebabkan oleh orang-orang Yahudi berdepan dengan Rasulullah s.a.w., mengingkari kerasulan baginda dengan hujah Nabi mereka Nabi Ibrahim a.s. adalah ikutan mereka dan Nabi Ibrahim a.s. adalah beragama Islam dengan kata mereka (orang Yahudi) "nahnu muslimun" yang bererti kami juga beragama Islam.
  • Rasulullah s.a.w. berhujah kepada mereka, "Jika kamu beragama Islam, Allah mewajibkan ke atas orang Islam menunaikan haji, apakah kamu menunaikan haji di Baitullah?"
  • Jawab mereka, "Kami tidak diwajibkan haji itu."
  • Lalu Allah mewahyukan wahyu di atas kepada Nabi Muhammad s.a.w., lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan wahyu tersebut kepada mereka.
  • Dalam ayat lain, Allah berfirman (mafhumnya):
    "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak dan Yaakub dan keturunannya, dan apa yang diturunkan kepada Nabi-nabi, Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan (Nabi) seseorang pun antara mereka dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)." (Surah Ali-Imran, ayat 84)
  • Ungkapan 'muslimun' pada akhir ayat 84 ini, mengandungi pengertian yang amat mendalam. Berdasarkan tafsir yang muktabar, muslimun bererti beriman dan menyerah diri kepada Allah, ia juga bermaksud mentaati dan mematuhi apa sahaja hukum yang datang daripada Allah.
  • Ungkapan itu juga bererti agama kami adalah Islam, berpandukan kepada ayat 19 dan ayat 85, Surah ali-Imran.
  • Ia juga selaras dengan firman Allah dalam sepotong ayat (mafhumnya):
    "...dan Aku (Allah) reda Islam menjadi agama kamu." (Surah al-Maidah, ayat 3)
  • Orang-orang yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya dan beramal dengan tuntutan Imannya daripada dahulu hingga sekarang dan ke hari-hari yang akan datang, diistilahkan sebagai muslimin atau muslimun.
  • Ia merujuk kepada perihal orang-orang itu telah menyerah diri kepada Allah.
  • Firman Allah (mafhumnya):
    "...Dan Dialah (Allah) yang menamakan kamu sebagai muslimun (orang-orang Islam) semenjak dahulu dan di dalam al-Quran ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu..." (Surah al-Hajj, ayat 78)
  • Oleh kerana itu Islam adalah satu-satunya agama Allah yang benar, agama tunggal dari dahulu hingga akhirat.
  • Akan tetapi telah dan sedang berlaku, Islam hanya tinggal pada namanya sahaja, orang-orang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam, negara yang mendakwa sebagai negara Islam, tetapi amalan-amalan di dalamnya tidak berpandu kepada Islam.
  • Ada manusia yang diberi kuasa memerintah, mereka adalah Islam, beragama Islam, menggelarkan mereka muslimin, tetapi tidak melaksanakan hukum-hukum Islam.
  • Inilah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadisnya (mafhumnya):
    "Akan datang suatu ketika pada akhir zaman, Islam tidak tinggal kepada mereka melainkan namanya sahaja dan al-Quran tidak tinggal kepada mereka melainkan tulisannya sahaja..."
  • Istilah Islam yang merujuk kepada agama Allah yang sebenar dalam Quran amat banyak, sekurang-kurangnya disebut 10 kali seperti dalam Surah Ali-Imran (ayat 19, 67 dan 85), al-Maidah (ayat 3), al-An'am (ayat 125), az-Zumar (ayat 22), al-Hujurat (ayat 17), at-Taubah (ayat 74), Yusuf (ayat 101), as-Saff (ayat 7) dan ayat-ayat lain.
  • Semuanya membuktikan Allah menyebut berulang-ulang kali bahawa agama yang satu hanyalah Islam.
  • Adapun perkataan yang disebut Allah secara jelas seperti muslimin, muslimat atau muslimun, disebut amat banyak disebutkan dalam al-Quran, tidak kurang daripada 43 kali dalam 43 ayat yang berlainan.
  • Kesimpulannya, agama Allah hanyalah satu. Kerana itulah wajib dipertahankan keaslian agama ini. Jangan ada orang menokok atau menambah, meminda atau mengubah, kelak akan dimurkai Allah. Wallahu a'lam.
"That which you have been given is but a fleeting comfort of this life. Better and more enduring is that which Allah has for those who believe and put their trust in Him; who avoid gross sins and indecencies and, when angered, are willing to forgive; who obey their Lord, attend to their prayers, and conduct their affairs by mutual consent; who bestow in alms a part of that which We have given them and, when oppressed, seek to redress their wrongs." [Al-Qur'an, Sura: 42 (Ash-Shura), Ayat: 36-39]

Quotes...

  • A pessimist is one who makes difficulties of his opportunities; an optimist is one who makes opportunities of his difficulties.
    Reginald B Mansell
  • If you want to succeed you should strike out on new paths rather than travel the worn paths of accepted success.
    John D Rockefeller, Sr.