Bagiku ENGKAU yang pertama di hidupku...
Sebaris senikata lagu yang disampaikan oleh
kumpulan CHOZEN ketika mengadakan konsert
dua malam berturut-turut pada 24 hingga 25 Okt
2003 bertempat di Good News, Green High, Kuching,
Sarawak. Atas pimpinan dan penyertaan Tuhan
dalam penyediaan dan persiapan konsert ini, semua-
nya berjalan dengan baik. Konsert ini dianjurkan
hasil kerjasama gabungan tiga gereja dari golongan
muda-mudi iaitu Covenant Fellowship centre, Latter Rain
dan Good News.
Ini merupakan konsert pertama bagi kumpulan
CHOZEN di luar semenanjung Malaysia dan kesem-
patan ini diambil dengan membawa muda-mudi untuk
memuji dan menyembah Tuhan. Kebanyakan lagu-lagu
yang dinyanyikan adalah diambil dari album terdahulu
dan album terkini mereka.
Dianggarkan pada kedua-dua malam konsert berke-
naan dihadiri seramai hampir 400 orang iaitu muda-
mudi datang dari sekitar bandaraya Kuching dan juga
beberapa tempat bahagian di Sarawak.
Kumpulan CHOZEN yang dianggotai oleh lima anak muda iaitu Wel (Vokalis), Alvin (Guitar), Peter (Guitar), Nelson (Drummer) dan Natanael (Bass - pemain gantian) memulakan konsert pada malam pertama dengan bertenaga dan berkobar-kobar untuk memuji dan menyembah Tuhan Kita Yesus Kristus.
Sepanjang konsert tersebut muda-mudi yang hadir pada malam itu tidak henti-henti menari bagi Tuhan dan jeritan sentiasa memenuhi ruangan dewan, terutama ketika lagu "Ada Satu Nama" dinyanyikan bersama-sama. Apapun konsert ini mengajak muda-mudi di Kuching khususnya untuk bangkit dan terus menikmati kasih Tuhan dan mendalami erti kasih yang pertama yang Tuhan berikan.
konsert pada kedua-dua malam tersebut bermula lebih kurang 8.15 malam dan berakhir pada 11.30 malam. Pada malam kedua, acara dimulakan dengan penampilan kumpulan H.O.W (Hard of Worship) dengan membawa lagu ciptaan dan lagu pujian lain untuk membuka tirai konsert.
Perkongsian Firman Tuhan juga diselitkan dipertengahan Konsert oleh saudara Daniel Loh selaku pengurus kumpulan CHOZEN dengan mengongsikan tentang kedudukan / posisi kita sebagai saksi-saksi Tuhan dan sebagai hamba-hamba Tuhan dengan tujuan bahawa kita tahu, percaya dan mengerti bahawa Tuhan adalah tetap DIA, DIAlah alfa dan omega dan kita terus mengerti bawah DIAlah pencipta langit dan bumi.
Pada malam pertama sebelum perkongsian dimulakan saudara Nelson iaitu pemain drum mereka telah memberikan kesaksian tentang kesatuan dalam melayani Tuhan terutama dalam team pelayanan di gereja. Pada malam berikutnya kesaksian peribadi disampaikan oleh saudara Alvin pemain gitar, tentang perjalanan pelayanannya dari sejak penyertaannya sehingga kini.
Selain itu, selama kumpulan CHOZEN berada di Kuching, perlbagai aktiviti telah diikuti yang dirancangkan oleh penganjur terutamanya melawat tempat menarik di Kuching, fellowship bersama dengan jemaat di Covenant Fellowship Centre, BBQ dan sebagainya. Syukur pada Tuhan atas segalanya dengan layanan dan persekutuan yang indah ketika berada di kuching. GOD BLESS!!!