CHOZEN
Sejarah dan Latarbelakang
CHOZEN ditubuhkan pada tahun 1999 di dalam Pelayanan Pujian & Penyembahan Gereja Grace Shah Alam. Anggota Chozen terdiri daripada anak- anak muda dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang berlatarbelakangkan pelbagai denominasi. Kesemua anggota Chozen juga berbeza kaum / bangsa antara satu sama lain.
Kumpulan Chozen mempunyai karunia untuk mencipta lagu dan sehingga kini, sudah pun merakamkan dua (2) album rohani. Sebelum mengeluarkan album, setiap ahli Chozen pernah melayani Tuhan secara aktif dalam bidang Praise & Worship di beberapa buah tempat selain di gereja sendiri. Contohnya seperti melayani untuk KKR, Kem Muda Mudi, Konsert Penginjilan, serta Pelayanan Misi Orang Asli. Kerinduan yang mendalam untuk memberitakan Injil melalui Muzik, Pujian dan Penyembahan menyebabkan sekumpulan anak muda ini menubuhkan sebuah band rohani yang pertama di Malaysia.
Pada asalnya kumpulan Chozen terdiri daripada enam (6) orang iaitu:-
Jeremy Kumar (Vokalis & Percussions)
Loren Wel (Vokalis & Guitar/Keyboard)
Alvin Anthony (Vokalis & Gitar)
Peter Garan (Vokalis & Gitar)
Gordon Pirak (Bass)
Nelson David (Drum/Keyboard)
Tetapi oleh sebab beberapa hal tertentu, Jeremy Kumar telahpun meminta untuk menarik diri daripada kumpulan Chozen pada pertengahan tahun 2002. Jadi, sekarang yang tinggal hanya lima (5) orang dan dibantu oleh saudara Daniel Loh sebagai Soundman dan Manager band ini. Jikalau bukan kerana kasih dan anugerah Tuhan, kumpulan Chozen pasti tidak akan dapat bertahan sampai sekarang. Syukur kepada Tuhan!
Dasar Pelayanan & Visi Kumpulan Chozen.
A Menjangkau generasi muda / remaja melalui pelayanan muzik dan nyanyian, di samping itu juga menggenapi Amanat Agung (Mat 28: 19-20).
A Mencipta berbagai variasi lagu – lagu rohani.
A Memenuhi keperluan jemaat gereja yang haus akan pujian dan penyembahan.
A Melalui pelayanan muzik, membina jaringan antara gereja – gereja yang terdiri daripada pelbagai denominasi di seluruh Malaysia.
Nama kumpulan Chozen diambil daripada Alkitab, dalam 1 Petrus 2:9 ; yang berbunyi, “Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan – perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terangNya yang ajaib..”
Sehingga kini, atas pimpinan dan penyertaan Tuhan, kumpulan Chozen telahpun mengadakan beberapa konsert dan persembahan di Semananjung Malaysia iaitu antaranya di Gereja Grace Subang USJ (2001), Music Fest anjuran Gereja Grace Subang USJ (2001), Gereja SIB Cameron Highland, AOG di Kapar, Gereja Elim Kepong, AOG Kajang, Jemputan Gereja Anglican Kajang, Noisy Nite Cheras, El Shaddai KL, Gereja Grace Kelang, Tribute to JC SIB KL, Gereja SIB Kajang, Bazaar Gereja Grace (BI), Praise Nite Gereja Grace (BM), Grace Sanctuary Family Banting, Music Fest Tabernacle of David dan sebagainya. Selain itu pada 24 dan 25 Oktober 2003, kumpulan chozen mengadakan konsert di Kuching anjuran bersama Covenant Fellowship Center, Latter Rain dan Good News.
Pada tahun ini (2003), Pengurus kumpulan Chozen iaitu Mr. Daniel Loh telah menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan sebagai Chozen Wave Sdn. Bhd. Tujuan syarikat ini ditubuhkan adalah untuk menerbitkan serta mengedarkan album Chozen secara sah di bawah undang – undang kerajaan Malaysia. Selain daripada itu, syarikat ini mempunyai kemudahan studio rakaman, graphic designing, music composing & arrangement, dan menjual baju T serta barang – barang cenderamata Chozen. Dasar syarikat ini bukan untuk keuntungan tetapi sebagai menyokong pelayanan Chozen. Terima kasih kepada Tuhan yang menjadikan semua ini suatu realiti bagi kumpulan Chozen. Tuhan memberkati kita semua. Amen!
Latarbelakang Ahli Kumpulan Chozen
Berasal dari Sarawak, berbangsa Iban. Sekarang berumur 28 tahun dan masih bujang. Memiliki sijil Diploma Sains Komputer daripada UiTM dan sekarang sedang bekerja di Jabatan IT, JKR Malaysia. Beliau pernah mengikuti program kerajaan “Dasar Pandang Ke Timur” mewakili Malaysia ke Jepun. Melayani Tuhan secara aktif dalam bidang Praise & Worship di gereja tempatan di Sarawak, dan juga di Shah Alam. Beliau boleh bermain drum, gitar, serta pemimpin pujian.
Berasal dari Kudat, Sabah dan membesar di Kota Kinabalu, berbangsa Rungus. Sudah berumur 27 tahun dan masih bujang. Memiliki Ijazah BSc. (Hons) Information Studies (major in Records Management) daripada UiTM Shah Alam. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di Pusat Tanggungjawab Mahkamah Sesyen Shah Alam selama kira – kira setahun dan kini sedang mencari pekerjaan yang baru. Sangat berbakat serta berpengalaman dalam mencipta dan menyusun lagu (composing & arrangement). Beliau bermain gitar sejak kecil lagi dan mempunyai suara yang sangat baik. Pernah beberapa kali menyertai pertandingan mencipta lagu dan menyanyi (pernah menang beberapa kali juga). Bergiat secara aktif dalam pelayanan Pujian & Penyembahan di gereja tempatan di Sabah dan juga di Selangor.
Alvin Anthony
Berasal dari Belaga, Miri, Sarawak. Berbangsa Kayan (Orang Ulu). Berumur 27 tahun dan masih bujang. Pendidikan terakhir yang diterima adalah kursus Ijazah Kejuruteraan Awam di UiTM Shah Alam. Seorang pelayan Tuhan yang cukup aktif dalam Pelayanan Pujian & Penyembahan di gereja asal dan di gereja Grace Shah Alam. Selain itu, beliau juga beberapa kali terlibat dalam menganjurkan kem – kem muda mudi, Konferensi, mission trip dan pelayanan misi orang asli. Beliau sangat berkebolehan dalam bermain gitar dan drum serta boleh mencipta lagu.
Gordon Pirak
Berasal dari Baram, Miri, Sarawak. Berbangsa Kelabit (Orang Ulu). Sekarang berumur 28 tahun dan sudah berkahwin. Memiliki Ijazah dalam bidang Perakaunan daripada UiTM Shah Alam dan sekarang bekerja sebagai Eksekutif di syarikat Panasonic di Shah Alam. Hamba Tuhan ini sangat berdedikasi dalam semua pelayanannya. Walaupun berbakti di gereja lain iaitu di gereja Subang Jaya AOG, namun tetap mengambil berat akan pelayanan di luar gereja bersama – sama ahli kumpulan Chozen yang lain.
Ahseng @ Nelson David
Berasal dari Sandakan, Sabah. Berbangsa Sino Kadazan. Berumur 22 tahun dan masih bujang. Pendidikan terakhir yang diterima adalah sijil Matrikulasi (major dalam Physical Science) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001. Selepas itu, menjadi staff sepenuh masa di Gereja Grace Shah Alam sehingga Jun 2003. Mula terlibat dalam pelayanan mimbar sejak kecil lagi. Seorang hamba Tuhan yang sangat giat dalam Pelayanan Muda Mudi dan Pelayanan Praise & Worship. Selalu terlibat dalam menganjurkan aktiviti rekreasi muda mudi dan seminar / bengkel muzik serta pujian & penyembahan. Selain boleh bermain drum, beliau juga sangat berkebolehan bermain Piano/Keyboard sebagai permainan alat muzik kedua beliau.
Daniel Loh Min Chin (Pengurus dan Pengarah Syarikat)
Berasal dari Tondong, Bau, Kuching Sarawak. Berbangsa Cina Bidayuh. Berumur 36 tahun yang bekerja sebagai Technician dalam bidang automotif di Delloyd Industries Sdn. Bhd. Kelang, Selangor dan belum berumahtangga. Mengenal dan menerima Tuhan Yesus pada tahun 1986. Beliau telahpun bersama-sama kumpulan Chozen sejak dari awal penubuhan dan pada tahun 2002 beliau menjadi Pengurus kumpulan Chozen. Bagi mengembangkan pelayanan, beliau telah menubuhkan Syarikat penerbitan dan rakaman pada awal tahun 2003. Beliau juga sangat bergiat aktif dalam pelayanan di gereja iaitu menjadi Penatua Gereja, ketua persekutuan doa dan majlis teritinggi gereja Grace Shah Alam, Selangor. Selain itu, beliau juga belajar secara separuh masa di Bible College of Malaysia.