. : I'm The Champion : .

 

Ramai yang tidak percaya bahawa mereka asalnya adalah juara dan terus akan menjadi juara beberapa kali dalam hidup dengan segala kekuatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Pencipta kita untuk kita menempuh segala cabaran yang menjelma.

Mari kita renungkan sejenak asal kejadian kita

Terjadinya anda adalah hasil pencantuman sperma bapa dan telur (ovum) dari ibu. Di saat terpancutnya air mani maka berenanglah anda beserta beribu-ribu sperma yang lain dalam satu peraduan renang yang hebat mengalahkan Olimpik. Betapa tidak, sebabnya

   Dalam sukan olimpik, hanya beberapa orang sahaja peserta sahaja sedangkan peraduan ini melibatkan ratusan ribu malah jutaan peserta.

   Lorong renang Olimpik adalah lurus, bergarisan dan luas sebaliknya peraduan ini lorongnya berliku-liku dan hebat, jauh, penuh rintangan dan berhimpit-himpit dengan peserta-peserta lain.

   Dalam Olimpik yang kalah tidak menemui maut, tetapi yang kalah dalam peraduan ini beerti kematian.

   Peraduan Olimpik menjanjikan tiga hadiah (emas, perak, gangsa) peraduan ini hanya menawarkan satu hadiah sahaja (sebiji telur).

   Dalam Olimpik yang menang akan terjamin mendapat hadiah menang, dalam peraduan ini belum pasti terus hidup, banyak lagi rintangan dan dugaan dan seterusnya yang perlu dihadapi untuk bergelar "Juara".

Demikianlah hebatnya peraduan renang ini sehingga ramai perenang tersangkut di ranjau-ranjau sepanjang jalan. Namun anda tetap mara, dan akhirnya sampai ke garisan penamat. Selain dari anda ramai lagi perenang yang turut sampai. Maka berlakulah perebutan mencuba hendak bercantum dengan telur. Akhirnya hanya seorang pemenang. Itulah anda!!! Adakala terdapat dua,tiga,empat atau lima pemenang. jadilah kembar.Tetapi selalunya hanya seorang sahaja pemenang. Alangkah bangganya, alangkah gembiranya kerana andalah JUARA.

Dari saat itu, bermulalah pula ujian dan dugaan baru. Kadang - kadang siibu turun darah, keguguran. Namun si juara terus berpaut teguh pada rahimibusehingga beberapa bulan.

Waktu dalam keadaan sarat, ibu-ibu masih kuat bekerja. adakah siibu tergelincir. Bergegarlah gantungan si juara namun terus berpaut teguh hinggalah sampai waktunya.

Bila sampai waktunya, alangkah sukarnya untuk keluar, kepala besar, badan besar, sedangkan pintu keluar teramat kecil. Si juara terus bergerak mengasak. Sedikit... ...sedikit... ... sedikit. Sudah kelihatan cahaya. Lagi... ... lagi... ... lagi... ...waaa... ... ...

Apapun jua bangsanya, semua jeritan adalah sama Waa...! Itulah jeritan JUARA. Jeritan memberitahu dunia:

-Akulah juara @ I'm the CHAMPION-

Betapa hebatnya jeritan itu, jeritan sang juara selepas berjaya melepasi onak ranjau duri dan liku-liku getir kesusahan.

Dengan segera datang si ayah, melafazkan azan membisikkan iqamat. Mengatkan lafaz menyeru ke arah kejayaan....Haiyya' alal falaah.....

 

back

 

 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Page Last Edited : 16 Mei 2005 02:40 AM

. : created by stitchz : .