. : Rahsia Khusyuk Dalam Solat : .

 

Seorang insan yang bernama Isam menghadiri majlis seorang abid Hatim Al-Islam dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman bagaimanakah caranya tunaikan tuan solat?"

Hatim berkata:"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isambertanya:"Bagaimana wudhuk zahir dan batin?"

Hatim berkata:"Wudhuk zahir dan batin membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batun ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara":-

BERTAUBAT

MENYESALI DOSA YANG TELAH DILAKUKAN

TIDAK TERGILA-GILAKAN DUNIA

TIDAK MENCARI/MENGHARAP PUJIAN ORANG/RIYA'

TINGGALKAN SIFAT BANGGA

TINGGALKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU

TINGGALKAN SIFAT DENGKI

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan ALLAH dihadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut di belakang ku dan aku bayangkan bahawa seolah-olah berdiri di atas titian "Silatul Mustaqin" dan aku menganggap bahawa solat kali ini adalah terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik

setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahhud dengan ikhlas dan pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 3o tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

INSAFLAH WAHAI INSAN......

 

back

 

 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Page Last Edited : 16 Mei 2005 02:40 AM

. : created by stitchz : .