Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari
kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan
tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak
pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik
muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat
dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah
ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu
dia boring.
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi! tuan dia. Cara
mengalahkannya, senang aje, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,
bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga
lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktihhviti lain
dia nak buat.
Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita
hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.
Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk
menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat
gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen
berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik
bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya
kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...
Hantu Chat/Instant
Messenger
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..
takder kerja lain asyik nak chat dan IM je, lepaih tu nengok e-mail.....
macam sekarang nih..sah-sah tengah baca tips nie.......macamana nak
jawab.....korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja