|
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
Taurus (21 April-20Mei)
Virgo(24Ogos-23 September)
dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
* Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
* Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi
dan material.
* Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati
menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan.
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita tanah
harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu
terus berkesan.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA BERSIFAT API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak
Aries(21 Mac-20 April)
Leo(24Julai-23 Ogos)
Sagittarius(23 November-21 Disember).
* Dilahirkan sebagai pemimpin.
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain
walaupun ianya benar.
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan
tidak pemalu.
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh
mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan
menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang
dikasihi merasa sedih dan terhiris.
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api
harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu
terus berkesan.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang
Gemini(22 Mei-21 Jun)
Libra(24 September-23 Oktober)
danAquarius(21 Januari-19 Februari).
* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam
setiap aspek kehidupan.
* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka
segalanya boleh dicapai.
* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi
untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama
bersungguh-sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai
keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk
berkonfrantasi.
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam
dalam hati mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah
zodiak
Cancer(22Jun-23 Julai)
Scorpio(24 Oktober-22 November)
dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
* Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah
bersimpati,berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang
berubah-ubah dan berhati-hati.
* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada
disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang
menyedihkan.
* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri." |
|