Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika
tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Tidak
suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk
menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah.
Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ia akan mendatangkan hasil.
RabiulAwal
Perwatakannya baik,
mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.
RabiulAkhir
Perwatakanya jahat.
Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana
tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat
keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan
menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .
JamadilAkhir.
Wataknya berani, dia
hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia
salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar,
pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana
jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang
tuanya.
Rejab
Semasa kecil dia degil dan
nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri
dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .
Syaaban
Perwatakanya baik, hidup
selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila
bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua
orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam
kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .
Ramadhan.
Dia baik, pendiam, suka
merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka
membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakan keras. Hatinya
keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah
kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam
hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak
berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru.
Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat
hasil yang memuaskan.
Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu
jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu
berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan
garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.