Hehe....teladan
untuk org yang suka tengok cermin lelama....
Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing
di depan cermin besar. Lima
enam tujuh lapan...lapan
kali! Pun masih belum puas
hati. ditatapnya dari atas
keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot
masih ada yang tidak kena
dengan penggayaan sakannya
petang itu. Okey la ni, dah
cukup cantik hapa? Sawiyah
bersoal dan berjawab
sendiri. Memang sebelum ini
pun aku dah memang cantik,
memanglah...Sawiyah berbangga
pun sendiri. Selama ini
pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian
tentang dirinya. Di pondok
menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke
mana saja dia pergi banyak
perhatian lelaki berhidung zebra crossing
tertumpu kepadanya. Sawiyah
tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang
begitu! Cuma mujurlah Sawiyah
tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian
murahan begitu. Barang
baik mesti berharga tinggi. Itu
kena jaga. Begitu pegangan
Sawiyah. Dan kerana itulah,
kalau setakat kerani cabuk
atau pegawai berabuk, Sawiyah
bolayan terus. Apa klesss diorang tue? Namun
demikian setelah kehadiran
Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup
Sawiyah mulai goyah. Second
bosnya itu benar-benar
membuatkan dia jadi sesuku
angau. Dulu dia payah
memberikan senyum kepada
sebarang lelaki, tetapi kepada
Sameon sengihnya melebar nampak
gusi. Keramahan sapaan
Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan
kemeluatan kengkawan
sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu
semua. Targetnya hanya satu,
Sameon! Katalah apa orang nak
kata. Perigi cari timba ke,
apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr.
Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat
dia tidak bertepuk
sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk
dengan dia. Cuma tepuk
Sameon ibarat tepuk kucing
di depan ikan panggang. Sambil
tepuk sambil jeling, sambil
jeling sambil dekat, tunggu masa nak
ngap. Itu pun sangat-sangat
Sawiyah pasti! "Malam ini u ada pree
tak? Kalu boleh, I ndak ajak
dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan
sebegitu. Pelawaan dari
Sameon yang selama ini tak pernah lepas
dari benak Sawiyah. Bagaimana
mesti Sawiyah jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala
belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu
di situlah kemuncaknya. Dua jam
sebelum jam 8.00 malam seperti mana
yang dipersetujui
bersama, Sawiyah bersiap habiss. Dadanya
tak berhenti-henti
dug-dag-dug-dag menantikan saat indah
yang akan dilalui bersama
jejaka pujaannya itu.
Sameon! Sameon!
Berulang-ulang nama itu
meniti di ibir nipis Sawiyah.
Dan apabila deru kereta
Sameon memasuki laman rumah sewanya,
Sawiyah laju menuju ke
pintu. Semuanya menepati seperti rencana
asal. Sameon tersengih segak
menanti, sedang Sawiyah
buru-buru mengenakan
kasut tinggi mengejar waktu.
Apapun yang paling ketara
ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar
semasa menutup pintu
kereta Sameon. Cuma sayang
senyum Sawiyah itu tidak kekal
lama. Hanya sekitar 1 jam 18
minit kemudian, bibir yang menguntumkan
senyum itu bersimpul
sesimpul-simpulnya. Wajah
Sawiyah cukup kelat, sewaktu
menghempaskan pintu kereta
terakhir menuju pintu rumah sewanya,
Sawiyah tidak menoleh ke
belakang lagi. Deru kereta
Sameon yang semakin menjauh begitu
menyakitkan telinga.
Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing
di depan cermin besar.
Lima enam tujuh lapan...lapan kali! Dan
semakin ditatapnya wajah di
cermin semakin berdengung-dengung kata-kata
berbisa Sameon di
telinga..."U memang lawa.
Body pun best. I minat gila kat
u...cuma yang satu kurang
gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."
Pelan-pelan Sawiyah meraba
hidungnya......
Moral
: Mana ada manusia yang
sempurna?
...JANGAN
BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG...