Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila
jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun
sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya,
cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai
kenyataan.
Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi
terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk
saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati
kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi
sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi;
jangan terlalu sedih ... terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia
pernah membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika
dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia
berada di hadapan kamu, jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu
hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali
perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu,
bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling
berharga ialah hati yang ikhlas.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang
kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda
bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali; mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda
rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia;
jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana
takut. Cubalah dahulu; atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia
berlalu begitu sahaja.
Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan
anda benar2 bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air
mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang
gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada
orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha
untuk mendapatkannya atau mempertahankannya.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang
hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita;
kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya. Terdapat banyak
bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah
sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih
untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau
diamana sahaja anda berada.
Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda
ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2:
terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi
masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.
Lawaknya
bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi
jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali
daripada standard itu.
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau
sayangi kerana kita mahukan yang berbaik untuk diri kita. tetapi,
sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan
berusaha bersama. ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.
Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia
sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg
bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2
menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.
Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano.
pertama, kita bermain ikut peraturannya. kemudian, lupakan peraturannya
dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah
amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda
mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. yakin terhadap diri
sendiri dan pasangan anda. jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda
dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.
Apa kata seseorang memberitahu anda ini: saya
tidak percaya dengan courtship(mendapatkan perhatian bagi memenangi
seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang,
maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada
pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan
'court'(sentiasa cuba memenangi) anda selamanya
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk
disedari kehadirannya.
terdapat cinta pandang pertama,tetapi ia masih
memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya;merinduinya apabila
dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa
daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang
bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat
saingan dalam percintaan
Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih
dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis.
Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan
kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya. Anda tidak pernah
kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda
bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati
anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar
mereka buat keputusan di pihak mereka.
Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup
ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih
yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda
telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan
sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda
yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar
dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan
sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur
dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda, dan masih
sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang
paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita
dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang
yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keihlasan itu
dapat dirasai dalam hati.
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang
perlu disedari. Apabila anda bercinta, - ia bukan 'passport' untuk anda
difahami;tetapi untuk anda memahami.- ia bukan 'passport' untuk anda
mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. - ia adalah untuk anda
mendengar; bukan supaya anda didengar. - ia adalah untuk anda berkorban
dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. - ia bukan
untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.